Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor, Perak

by - 05:26:00

Masa dekat entry pergi Company Trip dekat Pangkor  aku ada kata yang aku duduk dekat Puteri Bayu Beach Resort kan. Tapi macam aku mention jugak, kitorang ramai-ramai ni tak duduk dekat resort pun sebab nak jimat and sebenarnya sebab resort punya bilik tak cukup. huhu

Jadi, kami duduk dekat hotel. Sebenarnya lebih kepada ikut nasib tau duduk hotel ni. Kalau dapat bilik yang okay, okay lah. Kalau dapat bilik macam bilik aku ni kelakar jugaklah. Tapi masa tengah breakfast hari last tu, Jenny cerita pasal bilik dia lagi kelakar. Hahahaha

Okaylah marilah masuk ke dalam. 

Mula-mula sampai dihidang lemonade manis nak potong kaki. Hahahaha aku tak tahu lah, aku rasa manis, jenny cakap pahit. hahaha

Bilik aku floor 4. Depan lift ni. Naik lift ni, belok kanan terus bilik aku.

Hah ni la bilik aku dengan aniqah selama 2hari satu malam. 

Katil double single. Okaylah selesa. 

Part lemari ni aku pun tak tahu nape dia togel. Aku pergi bilik anis elok je tertutup. hahahaha

Ini lagi aku tak tahu kenapa sinki dekat luar. Hahaha bilik anis dekat dalam sinki dia. 

Toilet okay je bersih. Itu paling penting. Sinki luar tak apa. hahaha 
Ada air panas semua. okay lah untuk semalaman.

Tuala disediakan. Aku siap bawak tuala lagi. sekalinya disediakan. Aku risaulah mana tahu tak sediakan.

Pintu toilet bilik ni unik tau. Ade dua pintu kayu yang ade bunyik bila nak tutup. Aku tak berani pun kunci kalau masuk mandi. Aku bagi tahu aniqah je, yaya dalam toilet jangan bukak. Hahahaha sebab seram hokeyyy pintu dia. hahahahaha

Iron ada dekat luar. Kongsi-kongsi. Pagi tu iron hilang aku jerit je sape curi iron?? then ade je kepala keluar cakap reny curik.. hahaha

Permandangan sebelah tempat iron.
Lepas island hopping, reramai jemur baju dekat luar ni, then baju aku hilang. Aku tak tahu ler sapa amek. Malas pikir. hhahahaha

Lawa kan. Ni view dekat swimming pool. 

Dekat je nak pergi beach. 

View petang ni memang lawa. SubahanAllah.

Overall okay je. Ikut nasib korang. Selesa ja. Memang diorang target untuk trip agaknya. Kalau nak selesa maybe kalau amek resort okay.?
Makanan sedap jerr. Semua sedap. 

Jenny punya bilik tu dia cerita aircond bilik dia berbunyi2. gedukgedukgeduk nak tidur susah. Hahaha aku okay je tidur. Sebab dah penat. 




You May Also Like

2 comments

  1. Bestnya pergi Pangkor! Puteri Bayu Beach ni memang selalu pilihan pertama lah kalau bercuti situ. Bolehlah hotel & resortnya selesa and pentingnya, laut dia best sangat and dekat dgn hotel :D

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
  2. good post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com

    ReplyDelete