Eco Shop, Bangi

by - 18:50:00

Assalamualaikum, Hye


Ingat tak aku ada pernah post dekat entry https://haiyayashari.blogspot.com/2018/07/cerita-hari-sabtu.html yang aku dengan iera singgah eco kengkonon nak tengok-tengok sekalinya ramai gila orang. Mak ai. Pening kepala aku. Ni first time aku datang sini sebenarnya. Ramai orang pulak. Iera kata kedai eco ni memang ramai orang. Kene pandai pilih timing kalau nak datang. Pelik aku kedai rm2 je pun. Hahaha

Dulu masa kecik-kecik, aku suka sangat pergi kedai rm2. Kalau balik sekolah, aku mintak bapak aku berhenti kedai rm2. Nak beli sikat lah, nak beli pencil lah, nak beli pen lah. Macam - macam. Padahal tak penting pun masa tu. Saja nak beli. Hahaha


Tapi sebenarnya kedai ni best sangat. Banyak sangat barang yang best. Tapi masa aku pergi ni, ramai sangat orang. Hari minggu kan. Opkos ramai orang. 

Dekat eco bangi ni 2 tingkat. Tingkat atas ni macam hardware, kitchen, mainan macam tulah.
Kami sekejap je dekat atas sebab nak jalan pun berlaga-laga dengan orang. Nak pilih sticker pun susah. Aku bedal pisau dengan pillar je nak potong buah. 

Bahagian bawah mostly makanan dengan cashier. Bahagian kegemaran kami. Hahahaha 
kitorang banyak shopping makanan je sebab pening kepala orang ramai. Hahaha

Hah cukup tak nak tambah lagi tak tanya ira. Hahaha
Nampak tak amek keropok nak buat stock dekat opis.

Okay ini 2 orang je beli tau. Penuh kemain makanan. Alah percayalah sekejap je habis melantak semua ni. Buat stock dekat opis, dekat rumah sikit. 

Nanti nak pergi lagilah. Nak pergi masa tak ramai orang. Iera cakap dekat Eco selayang 24 jam tau. Boleh ler korang p pukul 2 pagi ke. Hahahha

Eco bangi ni dekat jr dengan bangi sentral tu. Dulu ni pasaraya. Sebelah shell. sebelum warta lama. 
Okay ni alamat eco bangi. 

PT 72529 (Grd & 1st Flr)- HS(D) 144405,
Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

You May Also Like

0 comments