Tuesday, 4 July 2017

YayaDeko: Dekorasi Ruang Foyer

Assalamualaikum.
Hye.
Annyeong.

Weyh aku tak pernah buat segment dekorasi kan.
Kalau ade pun orang punye aku google bukan aku punye.

Apa sudah jadi ni? hahaha.
Sejak-sejak dah meningkat umur ni, makin pelik pulak. Boleh cenggitu?
Tapi aku rasa ape salahnya aku nak buat segment YayaDeko macam aku buat segment Anugerah Hari Yang Indah dengan Luahan Hati . Gittew.

Rumah yang aku duduk ni rumah family. Lama dah duduk sini sejak umur aku 4 bulan.
Means sejak 1994. 23 tahun dah. Last renovate rumah ni masa 2005.
So agak lunyai sikit. Opkoslah kan.

Jadi tahun ni kitorang buat masa dah raya ke 4. Kira deko raya jugaklah kot. Haha Sebab baru ade masa. Sebenarnya nak buat lama dah masa soya (kakak aku) kawen tahun lepas tapi masing-masing busy! So terbengkalai macam tu je project deko aku dengan aqish (kakak aku jugak).

Tahun ni macam rajin sikit, aku cuti pulak tu, akak aku pun cuti, jadi kami pun on kan project terbengkalai ni. Jadi tahun lepas ade beli wallpaper yang tak di tampal-tampal lagi, so aku lah memanjat untuk pasang di ruang foyer ni.

Panjang mukadimah aku.

Apa itu Ruang Foyer?
Foyer adalah ruang transisi di dalam rumah, yang berada antara muka dengan dalam rumah.


So kira bukak pintu rumah, ko nampak ruang tu dulu, hah tu ruang foyer.
Dekat ruang ni simple je.

Cuma ada rak kasut kayu jati 2, dan belah tepi dia ade kerusi. Tapi aku more fokus dekat foyer depan pintu ye.

Ni masa baru pasang wallpaper. Aku rasa aku ade snap sebelum. Tapi tak jumpe pulak. 
Sebelum tu biasa je kosong putih je dinding ni.

Full version. 

Orkid tu aku letak secara raw je. Masa tu nak cepat (masa wedding kakak saya)
Petang dia nak nikah, pagi sebelum saya pergi kerja (masa tu praktikal lagi), saya terus letak then gerak pergi opis.

Tapi masa tu ramai puji cantik diorang cakap sesuai dengan pasu tu.

Tu yang bertahan je dekat situ sampai sekarang. Mama aku memang suka orchid so dia pun okay je. 
Campuran 2 jenis orchid sebenarnya tu. 



Simple je kan.
Macam ni je lah ruang foyer ni. 
Hiasan deko pun simple. Rasa macam nak tambah tapi tak tahu nak tambah ape.
Kene sesuai dengan theme rumah jugak. Rumah aku theme kayu jati.

Aku puas hati sebab dinding sebelum ni dah kuning-kuning dah. So, no more kuning-kuning. 
Hahaha
Asal sedap mata memandang sudah. 

Love,
Yaya
Saranghae

No comments:

Post a Comment