Saturday, 15 July 2017

Not my Friday..

Assalamualaikum
Hye.

Aku buat entry ni bukanlah nak merungut ke atau nak mengungkit. Tapi more to bercerita.
Tah lah. Aku rasa stress sebenarnya. Habis semua orang kena marah dengan aku. Sorry ler.

Start khamis lagi dah banyak kerja. Dengan kena marah tak tentu pasal. Bukan aku punya kerja pun aku pulak kena marah. Eh.

Pagi jumaat ni lagi aku masuk kerja 7.50 macam tu terus buat kerja. Susun stationery yang baru dapat. Banyak gila.

Paling tak menahan kena sharp pensel warna. Memang lah student masuk lambat lagi. Bulan depan baru masuk term baru. Tapi kene lah buat dari awal sebab aku nak kena stocktake buku lagi, catalog buku lagi. Sape kata kerja librarian ni susun-susun buku je?

Kesemua ni aku berjaya sharp sendiri pakai tangan. 

Aku sharp pakai sharpener ni. Sakit-sakit tangan aku. 
Machine punya sharpener kitorang dah order tapi tak sampai lagi,

Masa lunch Thines ajak makan KFC sebab dia teringin.
Dia ni teringin macam-macam. Pelik aku.

Sebenarnya aku baru tahu yang dekat Alamanda ade KFC.
Dekat kawasan belakang ni. Dekat air pancut. 

Ini pun tengok directories. 
Baru aku tahu selamani pergi alamanda pergi kedai yanga ku nampak depan mata je. 
Hahaha

Nasib masa mai tu tak ramai orang lagi. Banyak je kosong. 

Aku order burger je. Tapi aku bawak balik burger tu. Sebab kenyang lagi. 

Muke budak teringin macam-macam tapi badan kecik je. Aneh.

Dah nak balik ni aku dapat berita sedih jugaklah. 
Aku tetibe je menangis. Dah nak balik rumah kot. Sedih gila rasa.
Tapi dah memang takdir kot. Aku redha jelah. Walaupn macam tak ikhlas nak redha.
Sebab kecuaian orang lain kan. Orang yang buat kerja sambil lewa. [lain kali jangan asyik nak gossip je boleh?] 

K bye.

Love,
Yaya
Saranghae

Friday, 7 July 2017

Pembiakan Kolestrol di Kenny Rogers Alamanda, Putrajaya

Assalamualaikum
Hye,

Haritu pergi makan dekat Kenny Rogers dengan Thiness. Dekat Alamanda je.
Dah tu dekat dengan Office. Pergi pun masa lunch hour.
Thiness ni tak tahulah kenapa dia teringin nak makan Kenny.
Aku pun layankan je. Baik kan aku.
Tahu dah.

Masa school summer holiday ni lah dapat keluar makan dekat luar.
Kalau dah start school, makan pun cepat-cepat takut tak sempat.
Makan pun laju-laju tau. Nak p solat lagi.

Nak keluar berdua macam ni lagi lah tak boleh.
Rehat tak sama waktu. Kami tak cukup staff.
So, alang-alang cuti ni, kita guna betul-betul.
Makan sedap-sedap.

Kitorang gerak keluar pukul 12 lebih. Masa nak balik tu, dekat nak pukul 1, orang dah nak ramai.
Nasib datang awal. Kalau tak tak dapatlah si thiness ni makan kenny. Hahaha

Muke tunggu order sampai. 

 Aku order air yang kiri [lupe nama] dan thiness yang kanan.
Aku order kemain siap lemon bagai bajet pembakaran lemak selepas menelan ayam?

Muffin kenny memang sedap. Dulu soya pernah keja kenny, dia selalu bawak balik muffin tu.
Ni aku order vanilla punye then thines punye banana. Tapi rupa dia sama kan? 
Aku dah makan sikit aku cakap apesalah lain rasa muffin ni. Rupanya tu thiness punye. Sedap jugak banana muffin.

 Ni pun aku punye. Order air suam jugak. Menjaga kesihatan gittew. 
Aku mana boleh minum sikit je. Air atas tadi tu ais je lebih. Opkos order air suam sama. 

 Match potato kenny dah tak sesedap dulu.
Aku makan tak habis pun. Sebab tak sedap. Tak kena selera aku maybe. Aku gemar lagi yang kfc punye.

 Thines punye dia dapat bahagian peha.

Aku punye. Aku amek yang ada nasi.  
Aku mintak kepak. 



Makan kenyang-kenyang ye. Jangan teringin bende mahal-mahal lagi tau.
Bankrup saya. 

Makan dekat kenny ni aku rasa sesuai untuk orang diet.
Sebab makanan dia agak healthy jugak. 
Aku bukan jenis makan isi ayam sangat. Tak minat.
Aku makan tu pun adelah sikit bahagian isi tu tak habis. Muak.

Okay bye.

Love,
Yaya
Saranghae

Thursday, 6 July 2017

Aidilfitri 2017

Assalamualaikum
Hye,

Raya tak habis lagi kan? Boleh lagi kan cerita pasal raya. hihi
Sempat je. Dah nak 2 minggu beraya. Perut dan isi buang macam-macam juadah dah ni.
Selamat hari raya. Maaf zahir batin semua.

Raya family aku macam biasa raya pertama dekat Rawang and raya ke 2 ke Perak. Tapi kalini 2 hari 1 malam je dekat perak. Tahun lepas 3 hari 2 malam sebab opah ade buat kenduri.

Nak cerita raya pertama je dulu boleh kan.

Pagi raya dekat rumah, solat raya pun dekat surat dekat dengan rumah. Jalan kaki je.
Lepas basuh baju dan salam-salaman bermaafan sesama kita, terus gerak rumah nenek.
Raya kami memang simple. Semua dah besar. Lain lah masa kecik-kecik dulu siap p beraya sekampung. Padahal tak kenal pun rumah sape.

Selepas solat raya. Dengan Aqish. 
Mama ade dekat belakang, min dekat depan. 

Muka aku agak teruk masa ni. Tapi wat lek je. 


Bergambar dengan family wan sekali. Dekat tangga keramat rumah nenek.
Kalau sape-sape datang rumah nenek mesti nak snap dekat sini. Cantik kaler merah. 

Dengan abah dan aqish. Dalam kereta amek aircon. 
Hangat lit lit.

Benonya banyak ni je gambar. Alah gambar dekat tangga keramat rumah nenek je banyak.
Malas nak tepek semua. 

Macam mana tah tahun ni aku boleh lupa snap gambar makanan dan gambar beraya. 
Terlebih lemang dah kot. Haha

InsyaAllah bertemu lagi di aidilfitri tahun hadapan.
Amin..

Love, 
Yaya
Saranghae

Wednesday, 5 July 2017

My practical story 2

Assalamualaikum
Hye,

Walaupun dah 7 bulan habis. Tapi ada aku kesah.
Dah lah aku tak dapat selamatkan external hard disk.
Ni je yang ada dalam phone.
Redha.

Aku ni nak buat kerja kene ada mood. Tapi mood nak buat report ni asyik kelaut beb.
Bila dekat rumah asyik nak tidur je. Puaka betul katil aku ni.
End up aku p buat kerja dekat Alamanda.


Kemain order Americano.
Eleh kopi o je nama typical nya. Haha

Tapi kadang-kadang order jugak air fav aku green tea.

Sedap wooo bende alah ni. Tapi dia limited edition. Masa christmas je ada. 

Adalah kadang-kadang buat self reward.
Ni masa report dah siap. Kasi lah chance. hihihi

Viva Presentation day. Sepatutnya aku p uni sehari sebelum. Tapi aku tak sihat pulak. 
Makanya aku p pagi tu. Presentation pukul 2 petang.

Disebabkan aku tak sihat, makanya muka aku nampak pale dan lifeless..
Tak best langsung. Aku snap gambar pun aku rasa semua gambar aku buruk.
Tak syoknya. Nasib tak mengganggu mood aku nak present.

Aten. Aten punye presentation superb! 
Dia ni buat ape semua hebat. Ape rahsia? Dahlah cantik.

Aku? Dah macam ustazah bagi ceramah dah.
Nasib presentation aku pun superb (puji diri) Hahahaha

Kak Aisyah present pun hebat jugak. 
Ni masa kak aisyah nak balik dah. Tu snap lelaju tu.

Dengan aten. Benonya gambar ni gegar. Jadi aku black and white kan jelah.
Dah gambar ni ni je ade dalam phone yang tinggal.


Alhamdulillah. Siap dan selamat dihantar.
Sampai tak tidur, makan tak teratur. Asyik makan manis je sebab nak tenaga. 
Alhamdulillah aku dapat A. 

Love, 
Yaya
Saranghae

Tuesday, 4 July 2017

YayaDeko: Dekorasi Ruang Foyer

Assalamualaikum.
Hye.
Annyeong.

Weyh aku tak pernah buat segment dekorasi kan.
Kalau ade pun orang punye aku google bukan aku punye.

Apa sudah jadi ni? hahaha.
Sejak-sejak dah meningkat umur ni, makin pelik pulak. Boleh cenggitu?
Tapi aku rasa ape salahnya aku nak buat segment YayaDeko macam aku buat segment Anugerah Hari Yang Indah dengan Luahan Hati . Gittew.

Rumah yang aku duduk ni rumah family. Lama dah duduk sini sejak umur aku 4 bulan.
Means sejak 1994. 23 tahun dah. Last renovate rumah ni masa 2005.
So agak lunyai sikit. Opkoslah kan.

Jadi tahun ni kitorang buat masa dah raya ke 4. Kira deko raya jugaklah kot. Haha Sebab baru ade masa. Sebenarnya nak buat lama dah masa soya (kakak aku) kawen tahun lepas tapi masing-masing busy! So terbengkalai macam tu je project deko aku dengan aqish (kakak aku jugak).

Tahun ni macam rajin sikit, aku cuti pulak tu, akak aku pun cuti, jadi kami pun on kan project terbengkalai ni. Jadi tahun lepas ade beli wallpaper yang tak di tampal-tampal lagi, so aku lah memanjat untuk pasang di ruang foyer ni.

Panjang mukadimah aku.

Apa itu Ruang Foyer?
Foyer adalah ruang transisi di dalam rumah, yang berada antara muka dengan dalam rumah.


So kira bukak pintu rumah, ko nampak ruang tu dulu, hah tu ruang foyer.
Dekat ruang ni simple je.

Cuma ada rak kasut kayu jati 2, dan belah tepi dia ade kerusi. Tapi aku more fokus dekat foyer depan pintu ye.

Ni masa baru pasang wallpaper. Aku rasa aku ade snap sebelum. Tapi tak jumpe pulak. 
Sebelum tu biasa je kosong putih je dinding ni.

Full version. 

Orkid tu aku letak secara raw je. Masa tu nak cepat (masa wedding kakak saya)
Petang dia nak nikah, pagi sebelum saya pergi kerja (masa tu praktikal lagi), saya terus letak then gerak pergi opis.

Tapi masa tu ramai puji cantik diorang cakap sesuai dengan pasu tu.

Tu yang bertahan je dekat situ sampai sekarang. Mama aku memang suka orchid so dia pun okay je. 
Campuran 2 jenis orchid sebenarnya tu. 



Simple je kan.
Macam ni je lah ruang foyer ni. 
Hiasan deko pun simple. Rasa macam nak tambah tapi tak tahu nak tambah ape.
Kene sesuai dengan theme rumah jugak. Rumah aku theme kayu jati.

Aku puas hati sebab dinding sebelum ni dah kuning-kuning dah. So, no more kuning-kuning. 
Hahaha
Asal sedap mata memandang sudah. 

Love,
Yaya
Saranghae

Saturday, 1 July 2017

Compiled

Assalamualaikum
Hi,

Aku malas sebenarnya jadi aku buat compiled semua cerita.
Tapi secara raw dulu lah. Boleh kan. Busy lah.

Rasanya tak terlambat nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua.
Nanti aku up entry hari raya. InsyaAllah.
Maaf zahir dan batin semua.

Banyak cerita ni. Aku bagi hint dulu. Boleh?
Cerita-cerita ni semua untuk simpanan aku jugak. Kalau aku nak mencari senang, aku google je.
Banyak cerita pandang belakang (throwback) ni.



Tempat beli pinggan yang cantik dan murah?

Aku sampai rambang mata tengok semua ni. Aku memang minat sangat bende-bende macam ni.
Cantik sangat. Murah pulak tu. Mana nak dapat sekeping pinggan macam ni bawah RM10 kan?.
Ya Rabbi aku tak sabar nak bagi tahu korang. Ke korang dah tahu sebenarnya?

Cerita kuih raya yang best.

Resepi yang syok. Resepi yang mudah untuk di sediakan.
Paling penting sedap dimakan. Mana boleh tak sedap. Opkos lah sedap.

Kisah dah kerja.

Syok sebab ade adik-adik ni yang sentiasa setia menghiburkan aku.
Ramai yang dah kena pindah. Sedih. Ade yang pindah Iran, Moscow, Rusia, China :'(.
Rindu adik-adik lain jugak sebab sekarang diorang summer holiday.

Berbuka dengan bestie aku sejak sekolah.

Kalau bertiga ni mesti nak melantak shushi bajet-bajet Japanese.
Kalau tak feeling-feeling korean. Eh?

Finally, cerita raya.

Raya kampung. Macam biasa raya rawang and raya perak.
Raya aku lain tahun ni sebab soya tak ada.
Dia kan dah kawen. Dia beraya belah laki dialah.
HAHAHA

Allah memang merancang kehidupan aku dengan baik dengan banyak ketenangan.
YaRabbi syukur. Alhamdulillah.

Saranghae,
Yaya