Friday, 12 May 2017

Projek Bilik Tidur

Assalamualaikum.
Hai,

Aku tak tahu nak letak tajuk ape sebenarnya. Tapi projek aku ni macam dah bertahun je tertangguh. Hahaha
Sebabnya tak siap-siap. Akhirnya bersepah macam tu jugak bilik aku ni.
Memang tak boleh nak room tour. Sakit jantung korang nanti.
Haritu aku pergi ikea dengan mama. Selalu je pergi ikea ngan mama abah.
Diorang suka p sana. Jalan-jalan, tengok - tengok.
Aku tak pasang lagi pun lemari aku beli tu.
Aku selalu macam ni, bila ade mood, baru boleh turn on.
Kalau tak ade mood, terperap je lah bende tu dalam kotak.

Alang-alang tengah free aku nak amek mood projek bilik aku.
Itu pun selepas aku rasa yang aku tak ade meja nak guna buat assignment. Teruk weyh aku.
Aku ada je meja study, tapi aku jarang nak duduk buat kerja dekat meja.
Aku dok menyiarap je dekat atas katil hadap laptop, kalau menulis pun aku lapik dengan kertas keras..
Hahaha teruk doh.

Satu lagi bila aku tengok kain-kain yang terbengkalai aku tak terjahit-jahit lagi tu.
Dok duduk dalam plastik jakel tu je.
Baik aku naikkan semangat untuk simpan dalam lemari. Hah bukan naik semangat nak jahit. hahahaha

Apa yang aku dah sediakan untuk projek bilik?
Yang haritu beli dekat ikea tu.

Ini Trofast Frame. Aku cadang nak letak alat tulis dan barangan ringan sebabnya dia tak tahan sangat kalau nak letak buku. Aku rasa lah.

Bende alah ni kena letak laci. 

Aku beli Trofast Strange ni.
Alah memang bende alah ni untuk lemari ni pun. Tapi kalau korang tak nak pakai lemari dia nak pakai ni je pun tak ape. 


Aku rasa nak beli lemari lekat dinding lah nak letak atas meja study. 
Jenis terbuka macam ni untuk letak buku. Nampak macam gagah je. Boleh letak frame bagi dua tingkat.
Kalau muat nak beli dua. Nak cantumkan. Tengoklah nanti macam mana. 

Ikut bajet aku jugaklah aku nak beli bende-bende alah ni. 
Kalau aku ada duit sikit, aku beli sikit-sikit. 
Nanti aku update lagi kalau aku rajin. 
Bye

No comments:

Post a Comment