Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam (PPAS)

by - 08:32:00

Assalamualaikum,
Hi,

Perpustakaan Raja Tun Uda atau lagi famous dengan nama ppas.
Ini bukanlah pertama kali aku ke ppas. Ade je aku pergi sebelum ni. Ni entry aku update masa aku p dengan kila. Buat assignment. Dia beria-ria sangat nak buat dekat ppas aku pun tak tahu kenapa. aku pun okey je lah. ppas pun ppas lah. aku tak kesah dekat puncak pun okay je.

ppas ni cantik, besar dan selesa. Aku pergi hari khamis so tak ramai orang. Aku pernah sekali pergi hujung minggu, mak ai macam pergi ikea je rasa. Ramai dan bising!

Terus masa tu aku kata tak selesa pun ppas ni (kalau hujung minggu jelah). Hahaha
bising weyh. betul.

Aku tak explore habis pun ppas ni lagi. Tak pernah try dia punye movie room, 6d ke ape semua belum. Nanti kalau ade masa baru aku try semua bende alah tu. Tapi bagi aku buku dekat sini outdated sikit lah. Sebab buku yang aku nak tu mostly tak ade and buku dekat sini banyak dah buruk. Pelik jugak sebab library ni canggih gila kot!

Satu yang aku tak suka parking. jauh weyh. kene masuk dalam2 dekat dengan perumahan sini. So, korang bawak barang korang seksiap. Make sure semua dah ambil nak ambil balik jauh. 

Tapi bukanlah jalan kaki. Naik bugee diorang anta sampai belakang library. Then jalan lah masuk kedalam. 

Dalam ppas. Library ni besar dan cantik. Masuk-masuk aku cari port baik punye dekat tiang dekat plug point. Weekdays macam ni dapatlah nak yang dekat plugpoint bagai. Hari minggu jangan haraplah. Budak sekolah je dah bedal. 

Amek port seksiap then plug point kena bayar rm 1. aku pun tak paham public library kena bayar plug point rupanya. Bayar dekat kaunter bawah ye. Aku tengok ramai je tak bayar. Buat tak tahu je. Tapi aku bayar jugaklah takut haram assignment tu kang. Hahaha Tak boleh pakai extension wire tau. Dekat ppas extension wire tu haram digunakan.

Wifi pun ada. dan agak laju. Tapi bila hujan dia jadi siput pulak. Tapi okay je bagi aku asalkan aku tengah syok menaip dia tak buat hal. Aku okay je.

Makan ade je restoran dekat bawah. Aku makan dekat dalam ni. Harga aku tak tahu nak cakap macam mana. Harga dia standard shah alam lah. 

Dekat ppas ade tutti fruitti. Rindu sangat. Dulu aku dengan akak aku suka makan bende alah ni. Dekat kedah dulu nasib ade kedai ni. 

Makan sikit lepas rindu sat.

Then masa balik tu kitorang naik van. Sebab hujan. Nasib ade abang van ni nampak kami. Kalau tak mesti kena jalan kaki pergi dekat kereta. Dah lah jauh.

Dekat sini okay je. Malah aku cakap memang selesa. Cuma kadang-kadang tu bila dah datang weekend memang ramailah. Tak boleh bawak beg dan makanan masuk dalam library. Tak boleh pakai kasut tapi dia ada sediakan beg untuk korang letak kasut and bawak masuk dalam kasut tu.

Bau karpet tu ade jugaklah. Yelah surau and toilet ade dekat dalam. Kaki basah-basah pijak karpet  opkos baulah. Sebab tu aku tak nak duduk dekat dengan surau. Hahahaha

Keahliah atau macam mana nak pinjam buku tu semua aku tak explore lagi. Tak ada masa uols.. 
Nanti kalau aku ade kesempatan nak try diaorang punye service aku update.
Okey bye.

Saranghae.

You May Also Like

0 comments