Monday, 8 May 2017

Pembiakan Kolestrol di Vivo, Aeon Shah Alam

Hi Assalamualaikum.

Dah lama tak update tuptup update pasal makan.
Apa salahnya.

Okeyh ni cerita masa aku dah habis kerja dekat garden.
Kisahnya nak pergi buat assignment (ye aku sambung lagi, nanti ade masa aku story) dengan qila dekat ppas. Kononyalah.
Tapi nak bawak cunna sekali sebab memang dah lama sangat tak jumpe budak kecik ni.
Dah lah aku gerak amek qila dah pukul 10, tunggu budak kecik ni nak sejam pulak. Termenung kami didalam kereta tunggu diva seketul ni.

Then decided nak makan lunch dekat Aeon. Saja lama tak pergi Aeon.
Macam biasa dah parking semua, nak makan mana? Makan apa?
Pusing satu Aeon cari kedai makan. Ingat nak makan dekat food court je.
Tapi qila kata nak makan dekat vivo. Padahal dah lalu depan vivo tu 2 kali okeyh.

Vivo ni more to western and pizza. Tapi haritu aku blank. Nak pilih menu ape.
Akhirnya aku makan yang macam nasi tu nama ape tah. Biase-biase je. Tak ade lah sedap mana hahaha

Gambar sini banyak dari qila. Dari phone dia. Phone dia lawa. Oppokonoejang
Tapi aku tak tahulah kenapa dia whatsapp aku gambar banyak gegar je.
Parkinson ke qila tetibe?


The Menu

Syoklah tu dapat makan vivo sampai rambang mata tatau nak pilih

Inilah diva yang ditunggu nak sejam. 

Mango cheese cake. Sedap. Aku suka sangat makan kek mango. Selalu aku buat sendiri. Tapi kalau setakat nak makan sepotong baik beli je ye dak?

Okey tu tangan aku nak ekjas posisi pinggan sebenarnya. 
Poyonya aku siap bukak laptop sebab nak hantar email. Tak menyempat.

Cuna punya

Qila punya.

Aku punya. 
Dalam tu nasi tau bukan macaroni

Air aku minum ice lemon tea je. Cawan dia kecik tak puas aku sedut. Hahaha
Overall makan sini okeylah. Nak kata sangat-sangat sedap tu tak jugak. Tapi boleh je lah telan. Maybe salah pilih menu. 

Lepas makan jalan-jalan sikit then balik puncak. Sebab cuna ade kelas petang tu. Then akhirnya aku dengan qila buat assignment dekat library puncak je. Bengang je dia sebab dia beria-ria nak pergi ppas. Tah kenapa tah.  Sorry baby.

No comments:

Post a Comment