Friday, 19 May 2017

Pembiakan Kolestrol di Kueh Seksyen 13, Shah Alam

Assalamualaikum,
Hi,

Segmen melantak lagi.

Haritu bulan lepas kot ade makan dekat sini.
Bukan first time sebab sebelum ni aku pernah pergi dengan mama ngan abah.
Tapi waktu tu kuih dah tak banyak sangat macam aku datang ni. Maybe aku datang agak awal kot masa ni. Rezeki.. Kuih penuh baru sampai.. Pening kepala aku memilih.
Tapi disebabkan aku baru operate gigi maka aku dapat makan kuih lembut-lembut je.

Aku ni memang spesis suka makan kuih melayu. Macam-macam kuih aku minat. Paling aku minat kuih  koci pulut hitam. Yarabbi sedapnya. Teringat dekat kuih koci makcik sungai besi. Esok nak bangun awal p sungai besi lah. Yeehuuu

Restoran ni restoran hispter yang menyediakan makanan melayu. Mostly masakan utara je aku tengok. Ada macam-macam jenis kuih melayu dijual. Sedap, Jangan risau. InsyaAllah

Restoran KUEH ni terletak dekat seksyen 13, Shah Alam.
Dekat dengan giant seksyen 13. Sebelah nasi lemak cinta sayang and depan masjid. 

Suasana kedai selesa. Meja kerusi selesa. Aircond sejuk. 

Pilihan air tak banyak mana. Biasa-biasa je. 

Harga kuih 5 biji RM 4. 
Ye aku tahu mesti ramai kata baik beli dekat makcik depan rumah pagi-pagi. 50 sen je sebijik. Ada kawan aku yang cakap macam tu dekat kitorang. 

Tapi dekat sana tak ada aircond ko nak makan dekat sana, tak ade kerusi elok ko nak makan dekat sana. Tak hidang dalam piring siap daun pisang. Itu semua kos. 
Terpulang dekat korang nak ke tak. 





Variasi kuih ada. Kuih masyarakat melayu kita banyak sangat. Dah nama pun manisan. So opkos manis. 

Side dish pun ade tau. 

Kanan aku punye and kiri qila punye.
Sorang 5 ketul kuih. 

Aku punye lembut-lembut je. Hahaha 
Akok, katayap,  kuih lapis and tepung pelita.
Aku tak amek koci sebab takut liat. Kan gigi aku sakit.

Kila punye. Keria, karipap, katayap, tepung pelita, seri muka

Menu penuh semua orang.
Padahal kitorang dua orang je. Dah dua-dua kuat makan. Hahaha 


 Tambah laksa dengan kari and roti jala. 


 Qila punye laksa utaqa. 
Aku tak makan laksa tapi kalau rasa kuah tu sikit-sikit je lah.
Tapi haritu aku tak rasa pun so aku tatau rasa dia macam mana. 
Qila kata masin.

 Aku punye roti jala dengan kari ayam.
Aku punya pun masin. Masa aku pergi dengan mama ngan abah, kari aku pun masin jugak :'(

Suruh Kila snap gambar aku, dia p fokus dekat laksa je. Konghasam
Aku ade presentation haritu tu yang aku pakai hitam ni. Hahaha

Aku snap gambar dia elok fokus dekat dia. Candid sangat kan Kila. 

Aku order green tea blended. Tapi kaler dia macam vanilla :')
Qila order air tea honey sekali sampai yang uncang je. Hehehee redho. Nasib sedap gak uncang tu. 

Okeyh habis makan, kemas2 meja tolak pinggan balik.

Makan dekat sini sedaplah. Kuih melayu kan. Mestilah sedap.
Dekat sini menu side dish dia tak banyak sangat tapi selalu tak ada. Macam haritu sebenarnya aku nak pulut hitam tapi tak ada. Ada bubur kacang je. Aku tak makan kacang hijau. Tu aku amek kari ngan roti jala. 

Harga okeylah. Tapi tak boleh selalu. Mungkin nasib kami dapat yang masin  haritu. Tapi masin dia tahap darah tinggi k. Aku p amek air masak (free je dekat pintu masuk kedua) aku tuang dekat kari aku. 

Maybe kalau korang nak belanja aku dekat sini aku on je nak pergi lagi. Hahaha okey bye.

Saranghae

1 comment:

  1. lenne tinggal kat shah alam but tak pernah lagi makan kat sini, biasa lalu je tak singgah haha. next time boleh lah try! :)
    Lenne Zulkiflly Blog

    ReplyDelete