Tuesday, 16 May 2017

Pembiakan Kolestrol: Ayam Bakar Wong Solo

Assalamualaikum,
Hai.

Okeyh pasal makan lagi.

Aku dah makan wong solo ni baru 3 kali.
Masa first aku makan dengan kawan aku. Lama dah aku pun tak ingat.
Aku rasa masa awal semester degree. Masa tu aku makan dekat seksyen 7 punye wong solo.

Kalini aku pergi dengan akak aku dekat bangi. Dah tu dekat dengan rumah.
Kali ketiga 3-4 hari lepas tu aku beli lagi dengan mama pulak. Sebab aku malas nak masak.

Dekat wong solo ni makanannya indonesian cuisine.
Dekat sini bukan ada ayam bakar je. Aku punya favorite pun yang pecel lele (ikan keli).
Ada macam-macam tapi aku lebih suka order yang set terus. Tak payah pikir banyak dah.
Ikut tekak masing-masing ye dak?

Okey ni yang aku pergi dekat wong solo bangi.

Operation hour 

Ni masa kali kedua aku pergi. Agak ramai orang walaupun bukan waktu lunch. Kira ade orang lah. Ade je tempat kosong dalam 4-5 meja. Tapi still ramai bagi aku. 

Aku pergi masa dengan akak aku sebelum tu waktu lunch. Punye penuh orang siap ade yang tengah menunggu lagi. Fuhh nasib aku beli tapau je. 

Bukak setiap hari tau. Dan tu ada cawangan dia yang lain. 

Aku beli pakej ekonomi macam dalam gambar. dia di serve dalam kotak.
Dua kali pergi order bende sama ja. 
Ayam bakar, ayam penyet dengan pecel lele.

Ni Ayam penyet 

Ni pecel lele.
Ayam bakar lupe snap.

Bagi aku, sedap je. Nasi dia macam pulut sikit tau. maybe banyak kanji. So, kalau lepas aku makan aku mengantuk. Hahaha dasar sangat. 

Sedaplah. Boleh ditelan dan boleh ulang makan lagi. Aku suka keli so aku beli yang keli. Ada je menu lauk lain tapi aku tak berminat nak order. Sebab bagi aku set ni dah cukup sangat dah. 
Jadi, Korang bolehlah try. Alamat ada pada gambar menu tau. 

Bye. 

No comments:

Post a Comment