Kenapa nak kena makan ubat cacing?

by - 05:45:00

Assalamualaikum.
Hi,

Nampaknya aku bukan mulakan entry ramadhan aku dengan menu masakan. Tapi terus pasal ubat.
Ini gara-gara aku sakit perut semalam lah ni.
Tajuk macam lebih kepada budak-budak. No. Sebenarnya dewasa pun kena makan.

Pharmacist kata, dalam 6 bulan sekali cukup.
Sebab aku bukan officially ade cacing tertentu yang menyebabkan aku kecacingan.

Last aku makan ubat cacing tahun lepas.
Tapi semalam aku mengalami sakit perut melampau. Pedih woo.
Aku ingat gastric sebab puasa kan. Tambah lagi aku siap pening kepala.
Tapi tah la. Aku just baring relax. Hahaha

Tapi aku syak aku sembelit lah. Hahaha
Jenuh aku cari punca.

Jadi aku ingat balik aku dah lebih dari 6 bulan tak makan ubat cacing.
Mungkin juga sebab ni. Mungkin tak. Tapi kenalah makan sebab lama dah tak makan.
Petang tu aku pergi farmasi beli. Alang-alang abah aku pun mintak belikan minyak gamat.

Kenapa kena makan ubat cacing walaupun aku dah dewasa.
Article ni aku ambil dari Facebook. Tapi aku tak pasti siapa owner sebenarnya. Sebab orang ni pun tulis dia copy paste. Jadi aku beritahu siap-siap aku pun copy paste tau.


Kali ini sekali lagi saya mahu mengingatkan semua akan kepentingan mengambil ubat cacing.

Seringkali saya bertanya kepada orang yang meminta consultation saya.
Terutama bila mereka bertanya kepada saya :
1. Kenapa saya mengambil apa-apa supplement /vitamin atau jamu tidak nampak kesan kepada saya?
2. Kenapa saya sering rasa gatal-gatal di kawasan tertentu, penyakit di hadapi payah sembuh? Kemaluan saya berbau busuk , walaupun sudah beberapa kali berjumpa doktor mendapatkan perawatan dan hilang sekejap tetapi berulang lagi.
3. Kenapa saya mudah selalu gastrik / masuk angin dan perut jadi sensitif .Badan tidak bertenaga. Kadang-kadang saya makan sudah terlalu banyak tetapi masih lagi lapar di waktu tengah malam?
Perut saya buncit berbunyi sesuatu dalamnya.
Dan banyak lagi simpton cacing banyak didalam tubuh badan manusia.
Dari sudut perbidanan kampung , dari ilmu yang saya perolehi di percayai setiap 15hb -21hb bulan Melayu biasanya cacing akan bertelur dan membiak-biak dalam usus manusia.
Walau pun tidak terbukti secara perubatan moden, saya percaya akan maklumat ini berdasarkan pelbagai pengalaman.
Ini juga salah satu cara bagi menjadikan badan sentiasa sihat dan bertenaga dengan memastikan pengambilan ubat cacing setiap enam bulan sekali.
Ubat cacing boleh diberi setiap enam bulan untuk pencegahan, tetapi dalam kes lebih serius, ia perlu diberi setiap tiga bulan. Bagaimanapun, pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak di bawah usia dua tahun perlu dirujuk kepada doktor terlebih dulu.
Ramai kebanyakan orang bila saya bertanya bila kali terakhir mengambil ubat cacing? Rata-rata memberitahu di ketika usia budak zaman sekolah dahulu.
Bayangkan ..jika anda sudah berusia 40 tahun..pelbagai jenis cacing beranak pinak dalam badan anda!!!!.
Sekarang ini , bila kita mengambil ubat cacing , cacing takkan keluar seekor demi seekor seperti zaman dahulu. Cacing-cacing akan hancur melalui najis. Jangan takut mengambil ubat cacing.
Jangan ambil mudah dengan masalah kecacingan kerana kebanyakan kita mungkin beranggapan cacing hanya berada di dalam usus sahaja. Sebenarnya jangkitan cacing boleh berlaku di mana-mana bahagian badan - mata, hati, paru-paru, salur darah. Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit.
Tanda-tanda kecacingan:-
* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
* Alahan kulit yang teruk - bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
* Gatal sekitar lubang najis (dubur)
* Alahan terhadap makanan
* Sakit perut - cirit-birit, kembung, sembelit
* Anemia - kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
* Keletihan luar biasa - lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
* Tiada selera makan, pucat,
* Kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
* Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
* Hiperaktif
* Sakit kepala
* Sensitif terhadap cahaya
* Gusi & hidung berdarah
* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
Tidak semua jangkitan cacing itu merbahaya tetapi rawatan serta pencegahan awal harus dipertimbangkandemi kesihatan & kualiti hidup.

Aku ni susah makan ubat sebenarnya. Aku banyak mengelat.
So, aku kena cari ubat cacing yang menarik dimata aku. Hahaha
Aku pilih ini sebab ade perisa. Confirm aku boleh telan.
Tak adelah pahit ke, tak sedap ke apa kan.


Aku pilih champs. Sebab comel. Perisa coklat.


Aku beli dekat farmasi dekat serdang. RM7 sekotak. Sekali makan ja.


Ni penerangan dia. Cara makan. Jenis-jenis cacing semua.


Dalam dia ade dua biji. Makan dua-dua. Sebab dewasa kan.
Senang Just kunyah-kunyah habis. Kalau budak-budak tak mau makan jugak, korang masukkan dalam makanan pun boleh. Macam ditulis tu.

Dua biji ni kunyah-kuyah habis. Jangan risau boleh telan je rasa dia. Rasa coklat lah.

Kalau korang tak suka jenama ni, ade jenama zentel, kalau tak nak jugak korang p farmasi tanya diorang. Sebab aku pernah makan champs ni je. Lain tak. Sebab ni je nampak selera dekat aku. Hahaha

Selamat mencuba kalau yang tak pernah makan langsung tu. 



You May Also Like

4 comments

  1. Saya biasa beli yang jenama zentel. Dah lebih 6 bulan tak makan ubat cacing.

    ReplyDelete
  2. Kalau x pernah makan macam mane

    ReplyDelete
  3. Nak bg ank umur 2tahun perlu rujuk doc tak

    ReplyDelete
  4. Ada orang dia tak makan ubat cacing tapi rajin buat detoks, pun ok. Bagus untuk nyahkan segala parasit dalam badan. Paling penting cut off gula putih ..itu makanan utama pada cacing dan parasit dalam badan kita, weehuuu!

    ReplyDelete