Wednesday, 24 May 2017

How I Recovered My Skin

Assalamualaikum,
Hai.

Akhirnya update.
This entry actually I have long been saved in draft.
So in this entry is going to be about how i cleared my skin.
When my skin improved, people (mostly kawan) kept asking me like what product did I use, what doctor did I meet? How did I manage to clear my skin back.
Baik saya tulis dekat blog je.

Back in 2012 until 2014, I've had really bad skin infection. I had a really really really bad freak out and that time my skin was really bad at that point. I could feel that I was really ugly then.

It can be seen from the eyes people around me. I'm not sure whether it's just my feeling or indeed people around looked at me with a look of disgust. Allahu.

See, how bad my skin was.
Ini masa early semester 2. Bulu kening dah start gugur. Sekarang kening saya separuh. Hujung2 nipis ja.
Ini masa baru-baru sakit. ada masa semester 4 lagi teruk. Saya pernah upload gambar tu dekat blog ni jugak.

Muka ni lah yang dihina orang dulu. Muka ni. Muka ni. Muka saya. :'(

But now subahanAllah Alhamdulillah my skin is kind of okay.
This is my latest picture.

It's not  really clear, I still get redness especially at the time of the month, stress, weather, when I was too expose to hot weather.

Okay, at first I didn't really mind about my skin especially facial skin and my terrible skin actually. But when people kept asking me what happen to my skin, full of redness.

Since the question like this came, I became a LOT more depressed, not convinced and insecure.
But that time I haven't found any solutions for my skin. Have a lot of skin clinic near Sungai Petani (sebab masa ni saya diploma dekat merbok, kedah) had I going but none were compatible with me. Basicly doctor just bagi saya injection je. Then sehari dua elok lepas tu naik balik.

Hahahaha tapi sebelum tu, apa yang saya ceritakan ni kesemuanya daripada pengalaman saya, so setiap orang cara dia berbeza-beza. Maybe tak kena cara tu saya minta maaf dulu.

Mana yang boleh ikut dan gunakan product yang macam saya pakai ni, ikut tips saya, bolehlah jadikan panduan untuk mengembalikan semula kulit yang sakit.  Saya pun belajar dari banyak tempat. FB, doctor, kawan, sape2 lah.

Saya bagi tahu siap-siap yang this is not a paid review product post. Tak ade pun of the product brands are sponsoring me. Tak pernah pun ada brands nak sponsor saya. Kesemuanya saya beli sendiri. Parents je sponsor saya. Hahaha

So, first know what your skin type.

Untuk tahu skin type korang, better korang pergi skin specialist. Macam-macam specialist saya try untuk cari ubat yang serasi dengan saya.

Saya pergi Klinik Pakar Kulit Md. Noh dekat Jalan Tar dengan Klinik pakar kulit Dr. Ko.
Dua klinik ni ubat dia serasi dengan body saya.

Saya dapatkan rawatan ubat-ubatan yang banyak terlebih dahulu. Rawat pengaliran darah, makan segala jenis ubat-ubatan untuk pulihkan dari dalam badan. Ya, badan saya jadi gemuk selepas tu, tapi dalam fikiran saya cuma saya nak pulih. I want my skin back.

Selepas kulit saya dah mula improved, (nak 3 tahun jugak) I need to maintain.
Setiap perempuan mesti nak kulit flawless kan?
Maintain ni sangat susah. Mostly product yang akan saya guna, saya akan refer doctor dulu. Then doctor akan advice nak apply macam mana.

1) You have to WASH YOUR FACE PROPERLY.
Walau apa pun, basuh muka ni paling penting. Walaupun tak apply make up, kita tetap terdedah dengan persekitaran yang kita tak tahu keadaan udaranya dan biasanya udara yang kotor.

Apa pun yang kita nak apply, apa pun nak dirawat, first thing first, cuci muka bersih-bersih dahulu. BERSIH tau.
Bila basuh muka, jangan basuh lama-lama. Nanti kulit kering.

Kalau korang pakai make up, ada foundation semua, better korang remove dulu semua tu dengan makeup remover!. Penting sangat tau sebab pencuci muka ni dia tak boleh keluarkan bende tu semua. Lebih-lebih lagi kalau korang pakai maskara. Mesti pakai remover dulu.

Saya guna cetaphil cleanser.
Saya memang suka cetaphil cleanser ni, kalau pergi specialist memang diorang mostly suggest yang ini. Saya guna dekat badan sekali. Lama dah guna ni.
Sabun cetaphil ni tak ada buih tau. So, tak puas sangat lah sebenarnya. 

2) Moisturize your skin
Mula-mula saya pun tak suka pakai moisturizer sebab macam tak selesa. BUT the thing is moisturizer ni sebenarnya amat penting untuk kulit kering. Malah, dia bagi nampak muka kita ni naturally glow and nampak sihat. Lembut je after guna.

Saya guna jenama physiogel ni sebab dia lembut sangat bila apply dekat muka.

Kadang-kadang kalau saya tak pakai physiogel tu, saya pakai ezera. Ni krim baby tau. Masa tengah sakit dekat kedah, saya apply ni sepanjang masa.. Rasa kering je muka, saya sapu. Doctor kata tak apa sebab dia tak ada effect lain pun selain melembutkan muka saya. Dia merawat juga. 


3) Apply sunblock
Saya selalu rasa tak selesa dengan sunblock. Sebabnya saya start rasa rimas. Tapi sebab saya tak boleh kena panas, saya pun apply jugak. Memang ada moisturizer yang dah ade SPF (sunblock) tapi doctor kata better bought it separately.

Saya guna sunblock ni sekarang. Best jugak.

Sebelum ni guna cetaphil yang SPF 50 tapi haritu dah habis. Then nak beli dah habis dekat watson and guardian alamanda.  Akak pharmacist tu kata maybe nak naik harga. Haishh.
Beli je lah yang ini dulu. Okay jugak yang ini. 
Doctor recommended jugak. Saya akan apply bila saya nak keluar sahaja. Tapi sebenarnya nak pakai dalam rumah pun boleh sebab cahaya lampu juga tak elok untuk kulit tau.

4) Scrub your face
Kena rajin. Jangan pulak buat hari-hari. Macam saya, once a week. Kalau nak twice a week pun boleh. Buang sel kulit mati yang ada pada muka.

Saya guna jenama ni. Best.

Dia 100% guna bahan natural. Sebab tu saya berani cuba. Ada banyak jenis. Saya pilih green tea sebab wangi. Hahaha Saya suka bau green tea.. Kalau korang nak try yang buah punye pun ada.

5) Peel-Off Mask
Ini pun sama. Tak perlu hari-hari. Once or twice a week sahaja.

Saya guna Himalaya Almond & Cucumber Peel-Off Mask

Best. Ramai cakap pakai peel off mask ni sakit. Especially time dia dah kering and kena tarik. 
Biasanya saya apply dekat hidung. So, tak sakit sangat pun.  Saya suka yang ini sebab kita boleh nampak blackheads & whiteheads yg melekat kat mask tu bila kita dah peel off mask tu. 

6) Remove black head and white head.
Memang dah pakai mask, tapi tetap tak rasa puas hati. Bukan semua dia tarik. Ada yang degil.
Macam kulit saya, banyak white head instead of black head. Nak jugak tarik sendiri.

Saya guna besi ni. Beli dekat watsons.


Biasanya saya akan wapkan muka dengan air panas dulu, saya tambah sikit minyak kayu putih then tarik perlahan-lahan guna besi tadi bahagian ni yang bulat ni. Memang puas hati. Tapi sakit jugak. Lepas tu muka dah merah-merah sapu moisturizer balik.  Selamat bersakit hehe


Saya pernah dihina tau sebab kulit seperti tu. Ada yang kata saya hodoh, ada kata saya buruk. Macam-macam lagi.
Ada yang memandang saya macam geli. Masa tu Allah je tahu betapa low confidentnya saya. Diorang tak rasa apa saya rasa. Sebab tu diorang tak tahu apa yang saya rasa. Tapi hinaan tu membunuh jugaklah masa tu. Seksa weyh. Hari-hari menangis.

Saya upload gambar ni, insta and facebook @dhayayaya
then kawan-kawan saya tak percaya ini saya :'(

Masa ni tahun 2010 kot. Lupe dah sebenarnya. Sekolah lagi masa ni.
Masa ni tak sakit lagi. Nak balik kulit macam ni boleh?

Tak ade lah kurus pun masa ni. Tapi keciklah dari sekarang ni. 

InsyaAllah nanti ada masa saya update What I use before sleep. Sebab usually before sleep saya apply krim muka dan krim ubat muka. Masa tidur ni masa terbaik untuk merawat kulit kita!.

Saranghae

1 comment:

  1. Saya sendiri sanngat mementingkan produk clinical tested sebab dah tahu ia dijamin selamat untuk dipakai

    ReplyDelete