Thursday, 20 October 2016

Gamat Penyembuh Luka

Pasti ramai orang tahu dah yang gamat ni penyembuh luka. 
Minyak gamat yang hitam legam bau pelik tu, mampu untuk sembuhkan luka dengan cepat [insyaAllah dengan izin Allah juga]. 

Gambar ni setahun lalu masa aku ke langkawi dengan iera. Berdua sahaja. Farah [kawan aku di langkawi] tak dapat ikot kami jalan-jalan masa ni sebab dia tolong jaga kedai. hehe Aku tak pastilah macam mana keadaan dekat sana sekarang tah entah dah berbeza dengan gambar aku ambil ni.

Rindunya nak ke langkawi lagi. Lama tak jejak kaki kesana dah. 
Langkawi memang best. Sebab banyak tempat menarik yang cantik dekat sana. 

Okeyh berbalik kepada gamat tadi..

Sedikit info tentang gamat
Gamat merujuk kepada sejenis haiwan yang hidup di dasar laut di dalam kelas Holothuroidea. Ia tidak mempunyai anggota yang menjulur keluar dan lebih berbentuk timun. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai timun laut di sesetengah tempat.

Gamat juga dijadikan sebagai minyak ubat, disebabkan ketahanannya yang mampu hidup walaupun dipotong dua, oleh itu dijadikan ubat bagi merawat luka dan untuk cepat sembuh selepas pembedahan dalam perubatan Melayu.

Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Gamat

Gambar ini diambil di nusantara gamat langkawi masa 2015. 
Yang aku masih ingat, keluar je kereta memang bau gamat kuat sangat sebab diorang ade masak gamat dekat sini. Kita boleh tengok dekat2. Tapi aku tak tengok dekat2 pun sebab panas. 

Gamat dekat langkawi memang famous. Sana sini orang jual gamat dekat sana. Harga ada murah ade mahal. Begantung kepada kualiti. Kenapa aku cakap macam tu? sebab aku pernah tengok orang jual seikat tu rm5 je. Tapi gamat dia cair sangat-sangat. So, macam rugi jugak sebenarnya kan. 

Oh ya, ini dekat nusantara. Kalau nak cari kedai ni, senang je ade iklan banting dia merata-rata. And ade replika botol gamat yang sangat besar di depan kedai dia. 



Herba akar kayu yang digunakan dalam penghasilan minyak gamat


Ibu gamat ni juga bahan penting dalam penghasilan minyak gamat sebagai penyembuh luka.


Gamat sekarang dah macam-macam bukan dalam botol je. Gel lah, minyak rambut lah, campur haruanlah. Macam-macam. 



Okeyh ni lah replika gamat yang gedabak tepi jalan dah nampak.  

Di dalam tempat masak gamat tu. Panas sangat bilik ni.

Okeyhlah jumpe lagi. :)

Wednesday, 19 October 2016

Anugerah Hari Yang Indah 4

Assalamualaikum.

Lamanya aku tak update blog.
Rindu nak berbual dekat sini. Walaupun viewers aku bukan ramai pun, tapi sekurang-kurangnya ade jugak tempat aku nak bercerita, luah perasaan dan segalanya.

Bila tengah praktikal ni, mulalah rindu kawan-kawan yang  dah banyak bantu kita bila sedang susah. Praktikal kan. Biasalah kena buat kerja orang lain. Ermm. Demi markah ku gagahi juga.

Aku nak throwback gambar dengan kawan-kawanlah. Gambar aku sorang pon ade jugak. Saje. Hahaha

Gambar lama je. Masa sem lepas, sem lepas-lepas, kawan sekolah. huwaaa aku stress lah. Sebab aku dah taip buku log aku tapi terhilang. Habis aku kena buat 2 minggu punye log book report. :( susah aku nak korek otak aku balik ape aku buat minggu lepas. Dah bye





Tuesday, 18 October 2016

Patahnya sebelah sayap

Assalamualaikum.


Ade tak yang dekat sini peminat cerita patahnya sebelah sayap dekat tv 3 ni?
Best kan cerita dia. Memang banyak sangat pengajaran. Ya rabbi air mata aku asyik nak mengalir je.

Masa mula-mula aku tak layan langsung pun cerita ni and aku tak tahu pun ade cerita ni dekat tv. Tapi sehari tu syud ade whatsapp dalam group kami uma sewa masa diploma dia kata lama-lama pandang muka farah ade macam umi nazirah. Eh ke lama-lama pandang umi nazirah ade macam farah? kira-kira macam tu lah...

Tetibe esoknya aku terus google cerita ni. 
Tengok dari episod awal. Sampai episod 10 masa tu. Ya Rabbi sedihnya cerita ni. best sangat. Patutlah trending. Ade yang kata kalah abang bomba punye cerita. 

Hilang jiwa kental aku bila tengok cerita ni. 



Sinopsis Patahnya Sebelah Sayap.

Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu?



Aku rasa korang pun kena layan jugak cerita ni.
Sebab memang best. Pandang kearah positive. Pengajaran dia.
Cerita ni dekat tv 3. Isnin sampai rabu je. Pukul 10 Malam. Sanggup aku tidur lewat sebab nak layan cerita ni. Aku rasa dah nak habis dah cerita ni. Huwaaaa syok sangat.