Sunday, 17 July 2016

DIY : Hiasan meja tetamu

Assalamualaikum
Hai.

Okeyh aku ada peluang lagi nak update pasal diy. Hehehe
Dan kalini diy masa majlis tunang akak aku jugak. Meja tetamu ada 6 buah meja dengan 10 kerusi. Masa akak aku tunang hiasan meja memang aku buat sorang. Akak aku no 2 tu tolong jugaklah. Seba dia tengok aku sorang je. Hahaha Nasib sempat buat masa lepas aku pergi amek kuih.

Hiasan biasa sahaja hanya bunga daisy (YaRabbi susahnya nak jaga tak pasal-pasal dia kembang kebelakang sebab angin kuat. Haish geram aku) dan petal roses yang aku dapat free dari supplier bunga. Heee oh ye ada air mineral dan tart sungai choh di sponsor oleh nenek juga.

Masa malam sebelum lagi dia dah kebelakang macam ni sebab bapak aku p bukak kipas menghadap dia. Sedih aku tengok daisy aku tak semekar aku mahukan. 

Aku pelik nape dalam gambar ni tak ada air dalam pasu mentol aku tu. Maybe tumpah sebab angin kuat. 

Okeyh dari pandangan belakang. Saja letak baby breath jugak. Sebab ada lebih masa buat bunga tangan. Pasal bunga tangan nantilah aku story. Aku bagi tutorial sekali okeyh. 

Aku berpuas hati jugaklah walaupun bunga tu tak semekar aku mahukan. Hahaha
bye.

Saturday, 16 July 2016

DIY : Hantaran Bertunang

Assalamualaikum.
Hai

Ekceli ni pertunangan hakak aku yang no tiga si soya ni. Dia kawen dululah nampaknya.. hehehe.
Dah lama dah dia tunang bulan 3 haritu masa aku baru masuk semester 6 ritu.
Mostly persiapan pertunangan soya ni aku dengan mama uruskan. Tapi kitorang uruskan bahagian yang hantaran, veil, hiasan macam tulah. Aku kan minat bende alah macam ni.

Hantaran memang mama nak sangat pakai pallet, so kita pakai pallet je lah. Hipster jugak mama aku ni. Hantaran 7 dari pihak lelaki dan balas 9 dari pihak kami. 100% aku yang hiaskan. Aku hias biasa-biasa je.

Hantaran pallet mama belikan dekat kedai. Aku sayang nak gamkan bunga dekat kayu so, aku prefer sellotep je. Yelah nanti nikah nak pakai balik. So, kita kenalah menjaga kualiti. Bunga semua aku beli dekat pemborong. Penuh bilik aku dengan barang hantaran soya.

Jangan tanya aku kos. Sebab aku dah tak ingat dah.

Kain manik ni indian punya cantik kan. Tak lah mahal sangat. Mama memang nak sangat pakai kain ni sebagai alas dulang. Mama aku ni memang berseni orangnya. Mama mengajar pasal kain, so dia sangat cerewet pasal kain. Mesti yang berkualiti sahaja. 

Ni masa baru siap 2 hantaran.  Memang bende alah ni duduk dalam bili aku je.

Yang merah menyala dari pihak perempuan yang aku gubah ihik ihik dan purple dari pihak lelaki. 

Antara gubahannya. Okeyh ni yang gambar photog amekkan







Simple je. Tapi aku berpuas hati sangat bile nenek aku pun puji cantik. Hahahahaha nenek bangga tak dapat cucu berseni macam mama dia. Hehehe

Friday, 15 July 2016

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak

Assalamualaikum
Hai

Aku terjumpa dalam external gambar raya tahun lepas. Tahun ni tak singgah masjid ubudiah pun. Selalunya mesti kitorang akan singgah solat, solat sunat biasanya. Saja singgah rumah Allah. 
Tak apa lain kali nak ajak abah singgah masjid ni jugak.

Masjid ni cantik sangat. And pada mulanya aku pikir designnya nak sama dengan masjid zahir.  Ingat tak aku pernah cerita pasal masjid zahir? Warnanya sama hitam dan putih. Tapi masing-masing ada sejarahnya tersendiri. Cantik sangat masjid ni subahanAllah. Dah lama dah masjid ni tapi dijaga baik oleh masyarakat setempat. 

Serba sedikit dan sejarah tentang Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak

Masjid Ubudiah, kadang kala dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah ialah sebuah masjid negeri di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.

Dari segi latar belakang sejarahnya Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini, adalah merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Semasa beristirahat dalam rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda pulih.

Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, baginda telah menitah Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. Pembangunan Masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28.

Walau bagaimanapun pembinaannya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja Chulan. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok.

Perjuangan gajah itu telah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya, musnahlah batu marmar itu. Perjuangan gajah itu telah berlanjutan hingga berjam-jam lamanya, sehingga Raja Chulan sendiri datang, menyeru nama gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka barulah gajah itu berhenti berjuang, walaupun telah ramai orang yang cuba meleraikan gajah itu tetapi tidak berhasil.

Oleh sebab batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah dipesan semula dari Negara Itali. Tetapi malangnya, batu marmar yang dipesan itu telah lambat sampai oleh kerana cetusan Peperangan Dunia Pertama di Eropah. Batu marmar itu telah dibawa melalui Negara Afrika Selatan. Perbelanjaan pembinaan masjid ini adalah kira-kira $22,000.00.

Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan Perak yang ke-29, pada tahun 1917.

Sumber : Wikipedia






Thursday, 14 July 2016

#ehyayamasak : Resepi pavlova

Assalamualaikum.
Hai

Aku ada jual pavlova. Tapi untuk pelanggan saya, boleh ambil resepi ni. Kalau malas nak buat, boleh order je dengan saya. Hehehe

Saja harini mood baik nak kongsikan resepi nak buat pavlova siap ada tutorial macam mana nak buatnya lagi. Sebab aku kalau nak mancari resepi aku nak yang siap ade cara buat. Sebab tu aku suka layan asian food channel. Hahaha Aku tahu pavlova ni nak buat dia senang je. Alah sekarang dah kurang dah kan orang dok makan pavlova. Tapi ape salahnya aku kongsikan resepi. Walaupun aku meniaga pavlova, tapi aku tak kedekut nak kongsikan resepinya kepada korang jugak.  Kalau dah memang rezeki tak kemana ye dak?

Bahan nak buat pavlova ni sikit je tapi nak buatnya rumit sikit nak masak punya lama dan hanya pakai putih telur sahaja. Buah pulak nak yang lebih kepada masam sebab pavlova ni manis so kena pakai buah yang masam especially buah-buahan citrus. Jangan pulak korang p letak pisang tembikai bagai pulak. Tapi kalau korang nak pavlova pisang boleh lah try. Hehe

Kebanyakan resepi pavlova sama je. Alah aku rasa resepi aku guna ni sama je dengan orang lain jugak. Tapi kalau dengan aku opkoslah yang mudah dan cepat. Aku malas nak buat kalau benda rumit-rumit ni buat pening kepala aku je. Lepas tu kang nak kene kemas dapur pulak. Lagi aku malas. Hahaha

Aku ni bukan expert macam mama aku. Dia pakai agak je tapi makanan semua sedap! Mama buat catering aku tengok sekejap je masak siap and opkos sedap! Masak campak-campak pun sedap. Fuhhh hebat.

Aku mintak maaflah kalau ada bahagian / cara yang aku terlupa nak snap tu. (ada lah sikit)
Sebab nak cepat. Sorry. heee ;p

Okeyh bahan-bahan nak buat pavlova.

5 biji putih telur gred A/AA (ambil putihnya sahaja)


1 cawan gula kastor atau ada orang panggil berry sugar (kemain nama)
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil cuka epal (kalau nak pakai cuka makan pun boleh)
1/2 sudu kecik esen vanilla


Topping:
  • 1 cawan non dairy whipping cream
  • Buah-buahan 
Aku guna 4 jenis  buah. Kiwi,  strawberry, Blueberry, dan anggur tanpa biji.

Okeyh bahan-bahan ni sahaja. Mudah je kan? Bahan-bahan boleh didapati di pasaraya.

Cara-cara membuat pavlova:

Firstly kena panaskan oven 110 darjah celcius api bawah sahaja dan guna rak tengah tau.

Asingkan putih telur dengan kuning telur. asingkan elok-elok tau jangan ada sikit pun kuning telur dalam tu. 

Putar putih telur dengan kelajuan tinggi hingga kembang guna mixer. Kalau tak ada gunalah whisk pakai tangan. Kalau sangguplah. hehe

Sampai kembang macam ni tau

Then boleh letakkan gula. Letak sikit-sikit tau sambil tengah putar tu, sambil tu letak gula jugak.

Sampai jadi bertanduk macam ni. So dia dah jadi meringue 

Meringue yang menjadi ialah bila di terbalikkan bowl ni macam aku buat ni dia tak jatuh langsung.

Then putar lagi masukkan tepung jagung, lepas tu masukkan cuka dan vanilla essen.  Putar sampai sekata.

Sampai dah sekata macam ni tau. Dah comel dah ni. 

Lepas tu bentukkan atas kertas minyak or papan terus macam aku ni sebab aku malas nak alihkan nanti. Hahaha

Bakar meringue pavlova dalam oven yang dah dipanaskan tadi selama satu jam, 25 minit atau sampai masak. Bila dah masak, korang jangan keluarkan terus, biarkan dia dalam haba panas oven yang dah dibukak kan pintunya selama 15 minit. Biar dia tak terkejut dengan perubahan suhu. 

Masa menunggu ni korang bolehlah putarkan whipping cream 1 cawan tu. Putar sampai kembang betul-betul kembang dan potong buah. 

Potong buah tu ikut suka saiz macam mana pun tak kisah.

Lepas letak whipping cream dan buah. Sorry aku lupa snap masa letak whipping cream. 
Bolehlah tabur ke buah tu, susun elok-elok ke suka hatilah.

Taraaaa... Siap. Simpan dalam peti sejuk. Memang sedap makan sejuk-sejuk. 

Okeylah tu je. Siap untuk di bedal

Love,
Yaya

Wednesday, 13 July 2016

Suasana Raya Perak 2016

Assalamualaikum
hai.

Suasana raya kampung belah abah dekat perak ni tahun ni lain sikit sebab selalunya kami balik 2 hari satu malam je, tapi kalini balik 3 hari 2 malam. Tak sempat pun nak berjalan ke apa sebab penat kan, lagipun banyak kedai tutuplah tahun ni aku tengok. Raya tahun ni dekat perak kecoh sikit sebab opah buat kenduri tahlil dan doa selamat dekat kampung masa raya ketiga. Saja tekankan kecoh sebabnya memang kelakar jugak kejadian hari raya ketiga tu.

Aku datang rumah opah memang dah terus siap dengan baju raya. Cantik-cantiklah kononnya. Haha Sekali kena potong bawang, potong cili api. Mak cik aku suruh aku buat sambal kicap pedas. Haish aku ni memang makan pedas opkos lah super duper pedas aku balun hahaha! Aku makan dua sudu je aku dah rasa pedas. Makan dengan soto. Akak aku kata dia amek tak sampai sesudu rasa nak berapi. Mama buatkan kerabu taugeh. Laku keras sekejap je habis.

Ekceli opah amek catering. Tapi aku geram betul dengan orang catering tu. Dahlah bagi menu tak cukup, lepas tu boleh pulak dia hantar je dan balik tak tunggu kitorang sendiri lah kena top up lauk semua sendiri. Then dia bagi lauk extra tu dah nak basi! tak pasal-pasal kami kena masak makanan baru lagi. Mak cik aku aku mengamuk dah masa tu. Haha. Yelah kita bayar beribu kot dengan dia lepas tu dia buat macam tu pulak.

Tapi alhamdulillah majlis berjalan lancar. Mula selepas jumaat dengan bacaan yassin dekat tingkat atas oleh pihak lelaki pihak perempuan berkumpul dekat tingkat bawah. Gosip lettew.

Masa nak balik tu aku bengang jugaklah sebab selipar aku hilang! Geram betol aku dah lah aku sayang selipar tu. Memanglah selipar biasa bak kata orang selipar toilet je. Tapi aku dah pakai sejak aku first masuk degree kot! Masa nak balik tu aku bedal je selipar sape tah. Dahlah besar. lantak p. Aku syak tu selipar sepupu aku si haikal tu. Hahaha sorry lah haikal akak bedal selipar awak. Hahaha









p/s Soalan panas saya kena dekat kampung bukan bila nak kawen, tapi apesal ko dah hitam sangat ni?! Errmmm sentap. Dah bye.

Tuesday, 12 July 2016

Perjalanan balik kampung Perak 2016

Assalamualaikum
Hai.

Memandangkan raya ke dua kami merupakan turn balik kampung abah, dekat Perak, kalini pulak balik kampung lebih hari sikit, jadi aku kena sediakan fizikal dan mental. Macam-macam aku bawak. Termasuklah jug cattle. Hahaha Yelah kang abah nak nescafe panaslah apelah. Kalau lapar nak maggi kang macam mana? Kena ada persediaan awal. Hahaha

Perjalanan okey je, cuasa pulak cantik sangat. Awan biru subahanAllah. Cuma ada jammed sikit. Bila dah masuk kuala kangsar tu lagi jammed, situ je dah nak 40 minit aku rasa. Mak ai naik kematu aku dalam kereta. Lapar pulak tu.

Balik kampung 3 hari 2 malam sebab opah ada kenduri tahun ni. Kenduri tahlil plus jamuan raya terus. Ramai orang kampung yang mai. Kawan lama abah, kawan sekolah dia. Kemain seronoklah abah kan. Tu nanti aku story pasal kenduri.




Gambar sebelum kulit muka aku start sakit. 

Pedih weyh kalau kulit muka aku start sakit. Huwaaa

bye.

Monday, 11 July 2016

Suasana Raya Rawang 2016

Assalamualaikum.
Hai.

Saja nak kongsikan suasana hari raya di rawang. First day raya kami sambut dekat rawang iaitu kampung belah mama. Best. Tapi tahun ni tak nampak meriah sangat. Sebab kami gerak balik rawang pagi raya tu lambat sikit. So, masa sampai rumah nenek tu, maksu sekeluarga dah gerak balik kampung paksu. Wan (pakcik) pulak tak sampai lagi. Kami tak beraya banyak rumah pun sebab mama lupa makan ubat pagi tu, so kena balik rumah awal sikit. Raya dekat rumah pak wo saat, aku melantak ketupat daun palas, lauk sambal sotong, ayam masak merah, makan cherry. Buah favorite aku mana ley lepaskan. Lepas tu dok layan cerita korea. Hahaha

Tapi kami adik beradik kan naik kereta lain, kami balik kampung 2 kereta sebab tak muat hahaha. So, balik dari rawang singgah ioi city mall dulu mengopi lepas tu jalan2 jap baru balik rumah. Dengan baju sedondon 4 beradiknya jalan-jalan dalam mall di petang hari raya. Kau ghase?

Kuih raya rumah nenek lebih banyak dari rumah aku hokeyhhh




Layan she was beautiful aku suka cerita niiii


green tea and doughnut 

Saya, abah dan keluarga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri... hehe

Bye
Love, yaya