Monday, 23 May 2016

Pemandangan Pantai di Marang Terengganu

Assalamualaikum.

Aku mempunyai satu hobi dalam bidang photography / megambil gambar. Aku rasa seronok sangat bila dapat tengok hasil gambar yang aku tangkap walaupun tak hebat pun hasil gambar tu. Tapi cukup buat aku teruja.  Aku bangga dengan diri aku bila aku dapat buka balik folder memori melihat semula moment-moment yang berjaya aku tangkapkan. sebab tu bila lihat semula folder memori memang tak banyak gambar aku yang ada muka aku. Sebab gambar tu kebanyakannya ditembak oleh aku.

By the way gambar pemandangan pantai ni aku ambil semester lepas. Masa trip ke Terengganu untuk subject publication. Lokasinya ialah di pantai dekat motel yang kami tinggal. Kami menginap di Rhu Muda Beach Motel. Tenang je rasa bila dapat mendengar dentuman ombak, bunyi laut yang tenang. SubahanAllah hebat sangat ciptaaNya. Gambar ini waktu pagi. Aku berjaya tembak gambar sebelum matahari keluar daripada awan. SubanAllah cantik sangat-sangat. Masa hari pagi ni aku tak join kawan-kawan aku mandi pantai. Masa petang je aku join. Sebab aku nak tengok matahari naik ni lah!

Beruntung sangat sapa yang ada kampung dekat dengan pantai. Bila balik kampung je dapat dengar bunyi laut yang tenang.

Aku nak abadikan gambar-gambar ni dalam blog aku supaya nanti boleh aku tunjuk kepada suami aku, anak-anak aku, cucu-cucu aku, cicit-cicit aku. Haha boleh gitteww?

Bunyi ombak yang kuat memang best sangat. Hilang kesemua stress


 

 Cantik sangat macam buih tapi bersih je. YaAllah seronoknya


Nampak tak matahari dah jeling-jeling

Keluar dah sikit. Cantik sangat!


Keluar dah kesemuanya...

Dah macam lukisan je matahari naik ni. Cantik teramat sangat!

Sunday, 22 May 2016

Joomla.

Assalamualaikum..
Hai.

Okeyh tajuk tu sebenarnya nama software nak buat website. Aku bukan nak mengajak korang kemana pun.
Hari selasa ritu jenuh si caroll dok mengajak aku untuk join workshop joomla ni. Aku sebenarnya okey je. Tapi bila kata benda alah ni nak buat hari ahad aku terus macam kenapa ahad? Ahad its time untuk aku rehatkan minda. Hhahaha poyo.

Muke kena bangun awal di hari ahad. Hahaha 

Tapi aku join jugak sebab aku dengan caroll ada misi semester ni. Lagi pun tiap kali aku nak jumpa lecturer dia yang meneman. Kang dia tak nak teman aku lagi kang!

Aku pun tak tahu mana caroll tahu ada workshop ni, aku rasa haikal yang mengajak dia and suruh ajak kami lain-lain ni sebab ramai tak nak join tetibe rasanya. Aku pun lupa kenapa.
Aku peliknya aku tak menahu pun ada bende alah ni. Ada yang kata masa bulan 4 pun ada workshop google apa tah tajuk dia aku lupa. Ada yang kata yang itu lagi best. Tapi aku tak tahu pun ade workshop tu? Ke aku yang tak ambek tahu? Hahaha

Zu ada, kak tehah ada, zamira ada, nina ada, awin ada, nawal pun ada. Okeyh tapi gambaq tak snap plak.

First impression aku tentang workshop ni okeyh je sebab masa sampai tu banyak geng aku jugak.
Sampai2 tirah borak-borak cakap nasib kitorang nak join sebab tak ramai jadi join. Tirah ni dia recma. So, diorang yang handle workshop ni.

Sampai ke akhir workshop ni memang best weyh!
Aku tak tahu kenapa aku rasa teruja gila bila end up website aku menjadi.
Bila aku punya library system aku menjadi!
Syok!

Trainer workshop ni sir fazli. 

Hebat sir fazli ni. Seorang website builder yang hebat bagi aku. Fuhh

Kalau tak menjadi jangan risau sir akan tunjukkan, ajar balik, 

Sampai bangun-bangun caroll ni tolong tengokkan awin punya sebelum awin marah kami. Hehehe

Muke kelaparan. Hahaha nak balik rehat jap.

Rehat dari pukul 12 sampai 2, makanan diberikan. Jimat duit. 
Aku balik mandi tukar baju. 
Panas weyh. 

Kelas sambung balik muka segar dah mandi hihihi  lepas tu sambung buat website dengan library system.

Syok weyh syok bila klik keluar gambar buku. 

Ni library system aku. hehehe

Caroll muka stress dia punye tak keluar gambar buku. 

Kelas lepas rehat ni tetibe tak ramai orang dah. Haha
Tapi aku suka sangat weyh sebab bila sir tanya uol nak tahu tak macam mana nak bagi benda ni kami pun semangat nak. Semua benda nak tahu. Sir pon tunjuk semuanya. Syok jugak tak ramai orang ni.

Dah habis tu kami bergambar beramai-ramai. 

Ada yang kata sir merajuk sebenarnya. Aku tak tahu cerita so aku buat dont know ja mula-mula hahaha. 
Tapi masa sebelum start workshop tu sir ada lah sebut lepas ni tanaklah buat bengkel untuk part6.. Depa takmau join. Huwaaa kami suka ja. Harap sir buat lagi workshop macam ni sebab best dan berguna sangat!

Saturday, 21 May 2016

YayaKitchen : Not!

Assalamualaikum.

Aku rasakan, aku nak wujudkan lagi satu tajuk entry yang kekal. Macam sebelum ni aku ada buat tajuk entry yang kekal contohnya: 

Anugerah hari yang indah


Luahan hati


So kalini, aku nak wujudkan satu lagi tajuk entry iaitu YayaKitchen. Kira macam segmen lah jugak. Aku akan kongsikan resepi masakan ke, apa yang aku masak ke, asalkan daripada dapur dan daripada air tangan aku.. Wahh gitteww..

Tapi kalini aku tak nak kongsi resepi sebab tu aku letak Not! ni makanan yang aku makan dekat luar. Aku perasan yang aku ada satu sikap yang suka snap gambar makanan yang cantik. Bila makanan tu nampak cantik mesti kita tertarik nak makan kan. So, entry yang bermula dengan YayaKitchen mesti akan memaparkan segala-galanya tentang makanan yang telah berjaya aku melantak. Tak kisahlah aku masak sendiri ke aku beli ke. Aku akan mentionkan. 

Aku rasa perangai aku ni bukan aku je yang ada, kila rumate aku pun macam tu. Aku pernah kene marah dengan dia sebab aku dah gigit shushi tu tapi kila suruh letak balik sebab belum snap gambar. Kurang asam betol.

Jadii, gambar dibawah bukanlah secara oneshot sahaja. Aku baru transfer gambar dari  henpon dan aku perasan gambar makanan memang berlambak dah macam syurga makanan. Korang jangan bukak entry blog aku masa siang bulan puasa nanti. Kang ade yang salahkan aku korang tak menahan puasa. Hahaha

 Weyh aku rasa craving dip n dip lah. 

Aku kalau keluar dengan akish (akak aku) mesti nak feeling2 korea or japan. 
Bukan itu je, dengan iera dan ros pun macam tu.  

 Sangkaya. Aku sukaaaa

Ni masa makan dengan roslinah dekat bangi. Dia ni rajin jugak melayan aku snap gambar-gambar ni. Mostly kalau aku pakai phone dia, dia pun merajin lah send satu-satu dekat aku walaupun berzaman jugak aku kena tunggu.  

Ros recommended! sotong telur masin!
Memang sedap pun 

Aku, qila, akish, ros, iera memang hantu shushi.  

Menu wajib aku kalau p shushi king!

Ini jelah yang aku nak share gambar makanan daripada memori phone aku. Kang aku letak banyak lagi korang marah pulak sebab membuatkan korang kelaparan. Hahaha Bulan puasa dah nak start ni jangan korang craving melampau sudah! 

bye. 

Thursday, 19 May 2016

The Cleaner 2.0

Assalamualaikum and Hi 

Dekat kolej ni aku duduk dekat rumah sakit. Maksud aku semua penghuni rumah ni semua ada sakitnya. Walaupun orang yang lalu lalang kalau tengok kami keluar dari rumah ni mesti akan usha lain macam je sambil kata sakit apa dia ni sampai dapat rumah ni. Tapi sakit ni tak semestinya boleh dilihat diluaran kan. Korang kena paham perasaan dia. Hihihi

Okeyh ni kesah hari tu. seminggu dah kot. sejak akhir-akhir aku perasan depan pintu rumah ni ada bau. Bau yang memang tak menyenangkan hati dan otak!. Sebab aku stress dengan bau dia ni. Tapi 2 hari jugak aku menahan. Sampai tengah hari tu aku pi spray febreze depan rumah. Punyelah kan. 

Bau tu sebenarnya bau taik kucing yang aku tak jumpe mana taik tu berada. Itu lagi stress. Hahaha Aku cakap dekat wawa yang aku tak tahan bau tu sebab sampai masuk dalam rumah busuknya tu. Malam tu sebelum aku nak p cari makanan aku ajak wawa dengan kila proses cuci depan rumah. Lantak pi lah buat sendiri pun. Kesian dekat acik pencuci tu yelah mesti dia dah penat. Tak kan aku nak ngadu kat dia then suro dia pulak yang cuci. Aku sape nak arah dia! 

Aku tulis dekat blog ni bukanlah nak bermegah tapi aku nak korang pun jadikan iktibar. Janganlah anggap acik cleaner tu macam pembantu rumah. Eh aku geram betol bila aku jumpe sampah depan rumah aku ni. Mentang-mentang rumah aku dekat depan bilik study. Suka-suka korang buang sampah depan uma kami. Pastu kalau acik cleaner tak sempat amek kami yang kena marah dengan pejabat kolej. Kesian acik tu, kadang-kadang diorang pun kena marah.

Berbekalkan perasaan keperimanusiaan yang ada, (ecehhh) kami menghangkut air  dan sabun pi cuci luar. Yang berus-berus aku buat, wawa tukang angkat air dari bilik air ke depan, dan kila tukang snap gambar. (kene kredit nama dia jugak) sebab gigih jugaklah dia cakap dekat setiap orang yang lalu lalu lalang suruh hati-hati. 

Punye lah berus sampai puas hati sampai bau tu tak ada dalam otak aku! haha sampai kedepan jalan aku berus. 

Bukan sahaja sampai tak ada bau siap sampai kilat! hahaha

Mula-mula tak nak pun berus sampai kedepan ni. Tapi kitorang syak bau tu datang dari depan ni. So, aku pun berus jelah. Mase ni dah lah hujan. kesian diorang jalan licin. 

The selekehness aku. Aduhhh macam bibik versi 2.0 dah. 

Wawa yang gigih angkut air banyak-banyak kali sebab nak make sure tak ada sabun dekat lantai. 
Kena love-love muka wawa sebab dia tak segigih aku sambil mencuci pakai shawl. Hahahaha

Tq wawa sudi tolong yaya jadi cleaner 2.0 (macam web 2.0) hahaha 
Tq kila sudi snapkan gambar kami. Hahaha

Korang janji jangan suka buat kotor tau. Kalau kucing ni beraks lagi, tatau lah macam mana. 
bye!

Tuesday, 17 May 2016

What to update?

Assalamualaikum and Hi everyone! 
Its me yaya here.

Too many things I want to write on the blog. But I have no idea.
Too many things that need to be resolved.

So, I want to write about something simple. Just write about anything that cross in my mind. a lot of things happen lately my schedule is the same every day. Class, eat, another class, assignment, test, class, event, test, presentation, assignment, class replacement, test, submit assignments, presentation and the most tired of all is the deadline! 

I feel very happy have a friend who understands, like housemate and classmates. They helped me a lot in making the work. They also helped me when I feel down. They also encouraging to me other than my parents. I love them. Although someone hurt me,  when I start feeling sad they have to persuade me, they also taught me to be positive and calm. How Sweet?! *banyak makan gula eh?

A lot of work the delayed right now.I'm not sure if my email is broken or the person does not want to reply to my email. Pelik!


Housemate cayang-cayang. Hahahaha padahal bila dalam rumah macam orang berperang. 

 Classmate
(muka saya teruk sangat masa ni, hahaha)

My Tan Siew May ( saya je panggil dia nama tu) nama dia ceroll or bila dimelayukan jadi kairul 
Heyyy ceroll, jangan lawa sangat boleh? hihihi

Buat kerja sama-sama dalam library,  assignment punye berlambak siap stress sama-sama. 

Eh lagi bape minggu je ni  sem 6 nak habis. InsyaAllah
Lepas ni tak jumpe lama tau. Eh terlalu rindu uuuu.. Terlalu rindu uuu

Friday, 13 May 2016

Short update

Assalamualaikum

Right now everyone is busy. let each one do not want to talk to each other in the house. 
Eh eh tak lah. sebenarnya satu rumah tak sihat. Aku kalau dah start sakit kepala je, badan dah start rasa panas aku terus pergi mandi lama-lama. Sampaikan sehari aku mandi 4-5 kali. Takut demam punya pasal. Yelah ni kan dah nak minggu akhir kalau demam nanti susah. 

Biasalah kalau minggu akhir kerja memang gedebuk berlambak dan jangan pulak hairan kalau satu masalah tu mai, nanti masalah lain pun mai macam berlumba-lumba. Tabah jelah...

Lecturer pun dah bagi tarikh test. Final test, test lain-lain. Assignment ilearn, aku kalau terlepas je cepat-cepat tanya orang. aten bila paper ni? Awin bila hantar ini? Biey bila tarikh present ni? Caroll mana bende ni? Nahhh sampaikan assignment aku ade dekat orang ni, assignment dia dekat aku padahal dia bukan group aku.! dasar sangat dua-dua kalot!

Up sikit gambar dengan dieyan.

Kadang-kadang aku rasa macam nak pinjam je otak si dieyan ni. Pandai sangat.
Dia boleh study tanpa henti berjam-jam. Kalau aku dah lembik kiok habis dah. Ishhh i adore u sis (ayat dieyan)

bye.

Wednesday, 11 May 2016

ke Kedah ke kita

Oh hai.
Assalamualaikum.

Haritu ada cuti hari pekerja, so aku dari awal memang dah merancang dengan paah untuk pergi kedah. Pergi rumah paah je sebab kak fana kawen. Kak fana tu kakak paah. Kakak paah ni selalu amek aku mase dekat airport dulu masa aku belajar dekat kedah. So, aku kenal akak dia lah. 

Disebabkan kitorang nak cepat2 sampai, so kitorang pergi naik flight. Tempah tiket awal-awal sebab takot penuh dan mahal. Tu pun masa kitorang naik flight penuh. Naik MAS. Memang selesa. 

Flight dari KL ke AOR 29 April pukul 7.55 malam. So, petang sepatutnya pukul 4 dah gerak tapi hakak aku lambat sampai rumah. So pukul 5 gerak takot jammed and beratur panjang dekat check in luggage. Memang panjang pun beratur tu je dah nak sejam. kaunter bukak tak banyak. 

Ekceli aku nak amek paah dekat upm bawak p uma aku pukul 12, tapi dia ade kerja sikit nak rekod video, so aku pun amek dia pukul 12.30. 

Tragis jugak nak pergi amek seketul paah ni sebabnya dia ingat aku main-main ja nak p amek dia. Aku dah elok dekat eko 2 tapi dia tak dak. Lama jugaklah aku mengunggu dekat eko 2. Dah la tak ada orang sebab waktu rehat solat jumaat kan. Aku call2 banyak kali tak dapat, mesej tak balas, whatsapp tak terbalas. Akhirnya aku tweet je dia. Nahhh dia balas! dasar sangat kan paah ni.


Tu pun akhirnya aku jumpe dia tepi jalan tengah lenggang jalan kaki nak balik kolej. Hahaha Bawak dia balik kolej mandi, amek baju semua terus balik rumah aku dan tunggu hakak aku untuk anta kami ke airport. 

Dari rumah aku nak ke airport ni tak de lah lama mana pun. Tapi kalau jammed tu memang jadi lama. Nak masuk kawasan putrajaya-cyberjaya tu jammed! situ je dah nak setengah jam.

Sampai-sampai je beratur check in luggage. 

Beg seketul sorang.

Lepas settle semua, dapat tiket sebab aku tak sempat nak print.
Tapi bagus jugak dapat bende ni sebab aku dah jadikan penanda buku. Haha dasar kedekut nak beli penanda buku kan.

Lepas settle beg dengan tiket pergi melantak mekdi dulu. Kasi perut kenyang kang lapar-lapar dalam flight payah. Walaupun flight tak sampai sejam pun.

Syok lah tu paah dapat balik kampung.

Eh kami lagi. Paah ni memang putih melepak kulit dia. so bila bergambar dengan aku dah jadi macam before after pun ye jugak.

Aktiviti dalam flight memang bosan. tengok movie dengan subtitle bahasa arab. adehhh

Okeyhlah nanti aku sambung dengan cerita di kedah.
**yaya tak dapat pun solat dekat masjid zahir sebab yaya cuti :(
Sedihnyaaa

Tuesday, 3 May 2016

Hearts through words

Assalamualaikum.

Sebelum aku nak terlupa nanti nak story pasal pertunangan soya, trip aku ke kedah baru-baru ni. Haish sampaikan semua bende aku lupa. Aku baru balik dari kedah. Aku pergi sana bukan jalan-jalan pun sekadar ade hal sikit. Tapi aku sangat enjoy. Walaupun hakak aku dah bertunang bape bulan dah. Tapi dalam otak aku bende tu belum basi. Hahaha

Sebelum aku nak update entry pasal itu semua, aku nak warm up dulu dengan entry lain. Sikit punye lama jugaklah aku amek masa nak update entry. Malas sangat aku sekarang nak bukak blog. Tapi aku lagi nak termuntah asyik hadap assignment. 

Kalau tengok planner aku, memang hampir setiap hari penuh jadual aku. Ade je kerja yang perlu aku selesaikan. Sampai lebam-lebam muka aku dok menahan mata dari membuta. Tapi kadang-kadang tu aku kecundang jugak dengan tudung ke kelas aku bantai baring tido bagai. Pedulik.


Semoga aku kuat untuk semester ni. 

Yours sincerely, 
Yaya

Monday, 2 May 2016

Pembiakan kolestrol di WindMill, Aeon Shah Alam

Assalamualaikum

Okeyh ni cerita lama jugak. mase kitorang pergi aeon shah alam ritu.
Bila dah pergi macam tu mesti masalah besarnya ialah nak makan dekat mana?
End up kitorang makan dekat windmill.

Windmill ni mostly makanan siam.
So, opkos akan order tomyam! I like.

First time masuk windmill ni aku dah teruja dah sebab kedai ni cantik sangat!
Menu masakan pun boleh tahan best.

Tapi kalau nak kata makanan siam macam ni aku lagi sronok dapat makan dekat asama sungai petani. Masa belajar dekat kedah dulu, kalau ada rasa nak makan makanan siam je mesti pergi asama. rindunyaaa

Rambang mata pilih menu

Cantik kan?!

Air limau ni best sebab masam dia sekata sangat

Tembikai pun okeyh2 

Tomyam di hidang macam ni dan ada api tapi api tu menghadap kila dengan yati so tak nampak. Alahhh gambar tomyam tak snap sebab dah start melantak tak sempat nak ingat kamera. haha

Mintak telur dadar dapat telur mata. Melantaklah seketul sorang.

Yes! sedap sangat pulut mangga ni. Tapi bagi aku dekat kedah dulu lagi best

Melantak sampai penuh meja. ish ish ish

Dessert beli seketul je kongsi 3 orang. Boleh la... ice cream dia sedap!

Dah masing-masing jenis bila makan nak ada penutup so kena beli makanan manis jugaklah.
Makanan dekat sini sedap. Tomyam dia marbeles, harga dia macam nak kata mahal sangat sampai beratus tu taklah. Tapi standard dalam mall orang kata. 

So, korang pun kena try jugak!