Thursday, 28 April 2016

Hijabster Not!

Assalamualaikum

Aku akui aku banyak mengikuti hijrah selebriti yang pada mulanya agak "seksi" dan sekarang dah berhijab. Penampilan bukan saja berubah malah ada yang betul-betul berubah menjadi lebih dan bagi aku sangat baik. SubahanAllah.

Aku sendiri tak ingat bila hari mula aku betul-betul bertudung. Maksud aku bukanlah on off macam masa aku sekolah dulu. Kalau setakat nak pergi pasaraya dekat-dekat aku tibai free hair je. Dulu lah.. 

I am not fashionista!
But, I think that just because I wear hijab doesn’t mean I cannot look good. Saya pernah diejek selekeh! That matter has also made me lose confidence to confronted with people. Sometimes I wonder why people want to curse and deride me? But my mama told me difficult to satisfy everyone's heart. To looking good on the eyes of others is always mean wearing fancy clothes, the branded bags and branded shoes,  and wearing makeup. 

For me, wear comfortable clothing is sufficient to look confidence.  I often have the problem of confidence with my own clothes. Lepas tu dok paksa-paksa rumate komen baju yang aku pakai. "weyh okey dak yaya pakai baju ni?" Weyh nampak pelik dak kalau yaya pakai baju ni?". See, aku sebenarnya masih tak ada konfiden dengan diri aku. Walaupun diorang kata kalau yaya selesa okey je.. Occasionally I think the use of a style that represents who she is. But people like misconstrued. 

Bila pakai lawa sikit kata nak megorat orang. ergh mentaliti. 

Okeyh ni aku dengan kila masa balik dari kelas jumaat minggu lepas. 
Rupa aku dah macam orang nak p ziarah kubur. dengan baju jubah hitam, tudung hitam. Redho jelah pergi kelas je pun kang ada yang kata aku nak mengorat. Errr

esok kelas kami cancel. So aku dah awal-awal balik rumah lepas test tapi redah jem sampai 2 jam. Kila lagi awal semalam dah balik. 

Wednesday, 27 April 2016

The dramatic Monday!

Assalamualaikum.



This Monday is a very dramatic Monday! I just feel like do not want to go through this week. The first day of classes on Monday made it tears. So sad! Morning classes can still survive with a big smile because still want to positive myself plus  I has a test that morning. Read the note like crazy! but the question out just have only one that is in the note! 

Menangis weyh! Mata bengkak-bengkak tidur tak cukup. Tapi Alhamdulillah soalan no 1 boleh jawab dengan jayanya. Terima kasih dr bagi soalan tu. Tapi soalan ke dua tu, saya tak ingat saya isi ape dekat chapter 1 research saya. Maaflah kalau grammar saya berterabur. Sila baca dengan tenang. 

Kelas kedua pukul 11 okey jer sebab yaya pun masih positfkan diri. 

But.

Duduk library nak buat sampai siap. Tapi bila dah sampai bilik p bukak lagi sebab rasa ada salah dan ade je yang tegur. Percayalah tu perkara paling sedih. Nasib tak payah print. 

After class, Yaya, Aten, ceroll and fiy decided to continue doing killer assignment in the library. Yaya pun tak tahu kenapa yaya boleh menangis dekat library sambil lap-lap air mata dekat tudung. Aten pun boleh nangis siap muka merah-merah tahan stress! See, not me only!

Sebenarnya yaya tak pasti yaya yang emo atau memang kerja tu susah. Sampai migrain lah kepala otak ni hadap bende alah tu. Sampai sekarang tengah taip ni pun kepala yaya masih berdenyut-denyut. Esok pulak ada test. Test lagi. 

Hadaplah muka seketul besar ni sebab takut rindu pulak nanti hahaha

 Ya Allah. Penyakit lupa pon makin menjadi-jadi. Ya Allah sembuhkanlah yaAllah.. Sedih sangat. Bye. 

Friday, 15 April 2016

Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah.

Assalamualaikum

Hai, sebenarnya aku rindu nak pusing-pusing alor setar. Selalunya aku panggil Loq Staq. 
Masjid ni dia terletak dekat tengah-tengah bandar Alor Setar. 

Tapi sedih sebab aku tak dapat solat dekat masjid ni lagi. Teringinnyaaa.
InsyaAllah kalau aku sempat singgah sini nanti aku nak jugak solat dekat sini. 
Memang macam tu sebab parents aku pun kalau jumpe masjid lawa-lawa mesti nak singgah solat situ. Dapat solat sunat pun jadilah. Wahhh syoknya..
Aku bukan je tak dapat nak solat situ malah aku tak sempat nak duduk dekat masjid tu pun. Dapat tengok dari dalam kereta jerrr ..huwaaaa

Bagi aku reka bentuk masjid ni cantik sangat-sangat. 
Aku tertarik sangat dengan design kubah dia. 
Rasa bertuah sebab dapat study dekat kedah dulu. Walaupun mula-mula dapat surat tawaran tu aku dok pikiaq lah merbok ni celah mana?. Beras merbok aku tahu lah. 
Lagi bertuah sebab aku berkesempatan pusing alor setar dengan paah dulu. Hihihi
Ekceli paah duduk jitera tapi jitera dengan alor setar ni dekat je. 

Serba sedikit tentang Masjid Zahir, Alor Setar Kedah 
Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin. Masjid Zahir mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam (1821). 

Perasmian Mashid Zahir dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.

Sumber : Wikipedia
Gambar ni disnap dari dalam kereta. Aku tengah drive and paah snap dari dalam kereta pakai kamera aku. Allahu lawanyaaa masjid ni. 
Rindu Loq Staq woiii paah.
Nanti kalau berkesempatan aku nak p jugak masjid ni. Nak jugak.




Thursday, 14 April 2016

Anugerah Hari Yang Indah 3

Assalamualaikum.

Aku sekarang tengah sedaya upaya menghirup aura positif je.
Ada ke macam tu??? Bedal jelah.

Macam syok sendiri pun ada tapi hari aku rasa indah je bila dapat jumpe kawan sekolah.
Yelah masing-masing sambung belajar. Mane ada masa nakjumpe selalu sangat.
Alang-alang sbelum si roslinah ni masuk semester master dia, so kita pergunakanlah masa yang ada.
Alang-alang jugak aku tengah mid term. Minggu lepas dia layan ira sebab ira mid term minggu lepas.
Diorang p tadorm hill eh macam ni kot eja dia.

Rasanya lama sangat aku tak jumpe zaa. Last jumpe masa open house rumah ros. Tu pun masa tu aku tak ingat dia langsung! Then pelan2 ira cuba ingatkan baru aku ingat. hehe
Sekali sekala akak pos gambar akak senyum sinis tak ikhlas ape salahnya

Lawa sangat ros pakai tudung.. Pakai terus je lah dude!

 Eh jangan jeling macam tu suro pakai tudung je .. hehehe

Nah gua balas balik jelingan tu 

Ini kalau kila tengok gambar ni mesti dia marah aku. Dia pantang betol kalau aku tangkap gambar kembung pipi macam ni. Hahaha Masa nak snap ni pon aku teringat kat kila. Hahahah

Hye kila.
Bye korang. 

Luahan Hati 2

Assalamualaikum.

Aku rasa lama sangat tak update blog. Ekceli banyak je cerita yang aku nak abadikan dalam blog ni tapi aku tak tahulah kenapa aku asyik rasa tak larat je bila tengok blog aku sendiri. Hahaha

Aku rasa cuti mid sem aku dihabiskan dengan aktiviti yang asyik menghadap assignment. Walaupun aku kecewalah jugak dengan diri aku sebab target aku assignment individu siap hari ahad, group siap hari rabu. Tapi harini khamis weyh khamis assignment group aku satu pun tak jalan! Individu pulak ade satu assignment tu aku nak kila ajarkan aku. Tapi still okey sebab yang paling besar dah siap. 

Semalam rabu aku balik puncak sekejap aku bedal bawak roslinah. Pedulik pulak aku dia bukan student uitm. Balik puncak sebab aku nak amek planner ngan note book aku. Kesemua dateline dalam planner. Kesemua senarai assignment dalam note book aku. Aku mintak-mintak orang ni lama sangat nak tunggu diorang bagi senarai. Nasib kak awin bagikan dekat aku. Terima kasih kak awin. Yaya sayang akak. 

Alang-alang pergi puncak aku jumpe lect aku sekali. Tunjuk assignment. Nasib dia ade tu pun aku tunggu sejam gak lah sebab sir suro jumpe after 2.

Aku takut sangat semester ni. Kalau boleh aku tak mahulah sampai tak tidur buat assignment sorang-sorang. Sorang-sorang. :'(

Muka bajet bahagia sebab assignment susah tu dah siap.! Terima kasih sir sebab memahami target saya dan membantu saya untuk assignment tu. Saya terharu sebab Allah ada berikan orang memahami situasi saya walaupun sir tak tahu pun saya sakit. :'(

Hahaha bye. Doakan aku tau babe

Thursday, 7 April 2016

Mid Sem Break Ooyehh

Assalamualaikum

Hai. Semester break has begun. But I could not have wished to have fun because I had a lot of assignment.

Poyonya aku siap taip english padahal grammar pun berterabur. Fuhhh bye. Happy holiday

Balik awal sebab jumaat kelas tak ada dah ganti dengan test hari selasa.
Khamis ada kelas 2 petang sepatutnya tapi pukul 1.30 baru tahu kelas cancel.. Haish kalau tahu lepas consult dengan lect pasal assignment individu dengan kila tu terus aku balik rumah.

Tak ape. Ada hikmahnya.

Gambar semalam dah sampai depan pagar rumah tapi tak ada orang dekat rumah.

Dah nak dua tahun dah dok belajar dekat Shah Alam tu pun boleh sesat!

Assalamualaikum...

Hai. Aku nak story cerita aku semalam. Okeyh even aku smpai sekarang bile teringat je mesti nak tergelak-gelak so, aku mengredho jelah aku dengan kila nak pergi plaza alam sentral boleh sesat! 

Aku ada deal dengan lecturer untuk nak tunjuk progress literature review. Aku mesej dr dia kata jumpe dia dalam 10 minit. Aku bantai p jumpe dia sejam kemudian sebabnya aku tunggu ceroll balik puncak untuk teman aku. Yelah takkan aku nak p sorang. Lect aku bukan perempuan wooo.. Adab kena jaga jugak. Dah smpai bilik dr, ada dak lain tengah consult so kene tunggu. Lama jugak nak setengah jam macam tu jugaklah. Dah lah aku kelaparan! dr nak bagi gula-gula berangin cepat2 tolak takut muntah kang tak memasal je.. Walaupun tu gula-gula favourite  aku. 

Lepas jumpe dr dah consult assignment, terus2 balik anta laptop amek kunci kereta gerak nak p plaza alam dan terjadinya tragedi sesat 2 pusingan HAHA.

Ekceli kami tak sesat dari mula sebabnya mula-mula kami dah smpai tepat-tepat depan plaza alam sentral tu, tapi nak dijadikan cerita kila tak nak kuar kereta sebab dia malas and kitorang cari tempat untuk aku boleh park kereta tepi jalan. Tapi masing-masing tak reti sebenarnya! 



Dengan konpiden jugaklah si kila ni dok buat suara waze. Sekalinya kami sampai termasuk kawasan sungai rasau. Dah kejadah  bukan sekali hokeyh dah habis sesat satu round, boleh pulak kami bantai sesat second round sebab salah pusing lagi sekali! HAHA!



Kali kedua salah masuk tu boleh pulak kami termasuk kawasan sungai muda pastu ke klang bagai. Mengredho jelah kena bayar tol bape kali tah! hahaha sejak bile pergi plaza alam kena ade tol?!

Pergi Plaza Alam ni nak ambil spek mata aku je. Ritu aku dah tempah dekat kedai tingkat bawah tu so, rabu dah siap. Lepas amek spek masing-masing dah kelaparan sangat sebab tak melantak dari pagi. Power spek naik sebab dah dua tahun pakai spek lama kan. 

Kitorang makan dekat ayam penyet sebab tu je kedai yang aku nampak dekat level bawaah tu selain fast food. fuhh

 Aku suka makan ikan. So aku order ikan

 Kila makan ayam penyet

 Kila kalau makan kena senyum so kita buatkan awak ikon senyum hehehe

Muka redho sesat 2 kali hahaha

Tengah sesat2 cari jalan pun boleh menyanyi2 pasang radio. Mane tak lagi sesat. Haha

Spek mata baru aku ni sama je dengan yang lama. Erm bukan sama sangat cuma lebih kurang jelah.. Cuma yang ni besar sikit sebab ni je yang murah so aku mengredho jelah pakai spek beso ni. Aku kata kat kila aku rasa hidung aku dh macam zizang bila pakai spek mata ni. Dia kata hidung memang rupa macam ni. Errr yelah.

Monday, 4 April 2016

Luahan Hati

Assalamualaikum.

SENDIRI PON TAK PAHAM DENGAN KERJA ASSIGNMENT SENDIRI SAMPAI LA NI SENDIRI KENE BUAT SENDIRI SAMPAI DIRI SENDIRI SENDIRI KENA PAHAM SUPAYA BUKAN HANYA SENDIRI SENDIRI JE YANG PAHAM !

COME ON YAYA YOU CAN DO IT !! :’(
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SUBAHANAALLAH

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."

Doakan saya kuat ye.. 

Kalut

Assalamualaikum

Sekarang ni kalut sangat. Macam-macam hal jadi, macam-macam hal kene settlekan, macam-macam hal kena rushing, macam-macam hal kena settle!

Mungkin aku je yang rasa kalut sebab aku sibuk nak kasi settle individu assignment aku ikut waktu dateline aku sendiri. Bukan dateline lecturer bagi. Haish dia punye kelam kabut sampai aku sendiri terlupa makan. Tapi apehal aku tak kurus2??  Aku makan nasi seciput je tapi tak kurus pon! Tak adil dunia ni! haishh

Target aku nak siapkan research aku sebelum pertengahan bulan 4. Bole ke? aku ni dah la blur asyik tak paham je ape dr cakap. Pastu sedas kene perli. Terasa iols beb!

Tadi aku pergi kelas lupe makan ubat. Habis batuk tak henti2 mengganggu orang lain. Sorry lah ye.

Tengah break kitorang bantai layan lagu sambil selfie. Ni spek mata b. Aku pakai dah macam ugly betty dah. 

Aku pergi batuk kat luar kelas dekat meja mekdi. Aku rasa tak adelah lama sangat pun tapi tup2 aku balik kelas tengok dr dah nak habis terangkan assignment  research nak hantar naik cuti ni.  

Sedas jugak lah aku kena dengan dr tadi sebab aku tak tahu assignment ni kebendenye? Habis kantoi sekelas sebab dr tnye sekelas mase tu. Sekelas tahu yang aku tak paham kejadah bende alah ni.

Terus cepat2 atin nga ceroll ajar aku macam mana nak buat. Mesti diorang paham perasaan aku. Malu Beb malu! Nak nangis jugaklah aku mase dr cakap macam tu depan kelas kan. Aku pulak sebelah dia.

Beratur nak tunjuk progress dekat dr beratur punye lama. Sebab bila sampai turn aku dengan ceroll je mesti ade orang lain yang tunjuk dulu dekat lect.

Tu cahaya lcd bukannya aku yang terlalu bercahaya di siang hari.

Tengah snap satu kelas macam ni tetibe dr cakap 
"Kelas uols ni suka selfie kan?"
(sebab dak-dak laki kat belakang tu tengah syok selfie hahahaha)

Terus simpan phone seksiap tak pepasal kene.

Dah nak study esok test! Homaiiii doakan aku berjaya semester ni dengan mantop!