Monday, 28 March 2016

DIY : Veil Pertunangan

Assalamualaikum.

Haritu majlis pertunangan akak aku yang no 3.
Nanti aku story pasal majlis. Tapi aku seronok sangat sebab ni first in family kan.
Mostly boleh kata dalam 30% majlis aku yang settlekan dengan usaha tangan aku dan dibantu oleh mama serta pencadang dan cadangan dari housemate aku.

Yang kaler kelabu tu veil hakak aku yang aku buatkan. Aku jahitkan. 
Corak-corak tu kain aku tutup la mannequin tu kang togel sangat.

InsyaAllah doakan aku untuk aku update tutorial veil simple ni hokeyh. 
Tak lah lawa sangat aku ni amatur bukan professional.

Monday, 21 March 2016

Jom ikut ke sekolah saya !

Assalamualaikum.

Jom ikut aku ke sekolah aku. Haha pergi kelas je pun. Hari isnin kelas aku ada dua kelas je. Tapi pagi tadi kelas research komputer buat hal. Tak dapat lecturer aku nak mengajar. So, buat perbincangan untuk research je. 

Aku belajar dekat UiTM Puncak Perdana. UiTM Puncak ni dekat Shah Alam je. Dekat je dengan rumah aku tapi bukanlah dekat sangat dalam 45 minit ke sejam macam tu.

Tadi lepas aku habis buat perbincangan tajuk research aku dengan lecturer aku berbincang je dengan kawan-kawan aku pasal subject lain. Haishhh terutama praktikal. Haiyooo pening kepalak ku.

Berikut adalah sedikit gambar(s) aku dalam kelas tadi. Gambar dari phone ating sebab dia pakai phone lawa. Iphone 6s gitteww opkos muka aku jadi flawlesss je

kak caroll 

Bieyy

Errr poyo fitri 

eh bajet busy pulak 

Tuan punye phone hahaha

Si ating ni mesti mengredho je nak kena whatsapp semua gambar aku hahaha
Nasib lah dapat kawan macam ni. 

Awat tak ada gambar sekolah aku pun? Apasal banyak gambar aku je ni? menghadap jelah korang hehehe

Saturday, 19 March 2016

Aeon Mall Shah Alam.

Assalamualaikum. 

Korang dah pernah pergi aeon mall shah alam. Sebelum ni duduk dekat puncak ni tempat berjalan hanyalah giant. Kalau tak pun dekat space u8, tesco. Paling best sikit setia city mall dengan sunway pyramid. Tapi jauh sikit lah. 

Tapi khamis ritu 10hb march aeon shah alam dekat seksyen 13 tu dah bukak. Tapi kitorang pergi dah seminggu dah bukak aeon ni. Tapi banyak lagi kedai yang tak bukak. Kiranya ada port barulah untuk dak-dak puncak perdana dengan dak msu nak keluar beli barang lepas ni.

Bagi aku aeon mall ni lebih kepada kedai-kedai luar berbanding aeon tu sendiri. Selalunya aku kalau pergi aeon/ jusco mesti akan pergi cari kedai yang jusco punye dulu. Tapi dekat sini tak. Kedai pasaraya jusco tu dekat mana pun aku tak tahu. Hahahaha

Besar jugaklah aeon ni. Tapi tak lah sebesar setia city. Tapi penat jugaklah berjalan. 

Aku rasa yang dekat aeon mall ni best jugak sebab selesa. Cuma masa aku pergi ni punye ramai orang padahal bukannya hujung minggu pun. Kalau hujung minggu lagi ramai orang sampai jem jalan nak lalu kawasan sebelah aeon mall ni. Terpaksa aku pusing kawasan stadium yang dekat dengan burger king tu.  Mungkin sebab baru lagi kot. 

Ade toilet yang selesa. Surau pun ade tau. 


Banyak kedai tak bukak lagi masa aku pergi ni. Tapi rasanya sekarang dah banyak bukak kot.  

Untuk kedai ada 3 tingkat.  



Ada seoul garden wohooo.. banyak gak kedai makan tapi mesti susah nak decide makan mana. Hahaha biasalah. Nak makan mana? kat mulut! 



DINO ni omeyy angattt 

Uniqlo pun ade jugak 



Lawa kan bila waktu malam dah macam ioi city mall. 

Tu jelah kisah jenjalan aku dekat aeon mall. Bye. 

Friday, 18 March 2016

Dating with my honey

Hai lama tak jumpe korang.
Assalamualaikum. ..
Hai semalam aku dengan housemate aku keluar. Lepas kelas aku dengan yati habis je, balik tukar baju kejap terus keluar. 

Ekceli keluar nak tukar baju kurung yati beli tu koyak dekat seksyen 7, kebetulan aku nak beli barang untuk aku menjahit, so aku pun okay aje..

Sebelum keluar kena bergambar dengan si yati. 

Eh kila join sekali. Dah ni phone dia pun kitorang guna. Hahaha

Dah sampai belakang pun snap lagi dengan yati. 

Qila join lagi ni . Haishhh

Yaya pergi amek kereta kemain hengkorang dok posing ye! 

Lepas habis selfie terus gerak seksyen 7. Dapat pulak parking depan2 jakel khemah ni memang molek sangat lah. Tak payah nak jalan jauh-jauh sangat. 

Yati beli baju dia dekat jakel khemah ni. memang murah sebab tengah sale baju yang lama-lama. Tapi non hado untuk saiz sado terlebih macam aku. saiz kecik molek macam yati je yang ada. 

Korang kena check betul-betul ye sebab baju sale kan. Kadang-kadang dah rosak sikit. So, masa beli kena check betul-betul. Kalau tak jadi macam yati ni. Dia beli terus p bayar tak check baju tu dah terkoyak. 

Punyelah tak sabar si yati ni nak p tukar baju dia. 

Sampai tertinggal si kila dekat belakang ni tak lintas-lintas lagi. Hahaha

Lepas dah tukar baju yati diorang teman aku pergi beli manik untuk buat veil untuk hakak aku tunang. Haruslah yati jadi model aku dari aku beli kin tudung tu sampailah manik sampai dah jahit manik yatilah model aku yang tak berbayar hahaha

Tersipu-sipu malu dia jadi model veil untuk rumate dia. Hahaha

Lepas habis membeli manik terus gerak ke aeon shah alam yang dekat dengan stadium tu. Aeon baru bukak dekat situ. banyak kedai tak bukak lagi.

Yati dengan kila sibuk nak melantak boat noodle tapi penuh sangat. Dengan tengok orang beratur panjang dan lama gila. Terus kitorang cancel nak makan boat noodle. Tak semenggah aku nak beratur pepanjang macam ni. 

Kila ni asal dari segamat. Bila dia tengok segamat rail je dia terus hilang keruan nak tangkap gambar. hahaha tapi yati menyibuk lah pulak. 

Berhenti tepi dulu pikir nak makan mana ni?

Berkerut-kerut dahi dok pikir nak melantak ape ni?

Kita jalan tengok level lain lah nak melantak mana.. 

Akhirnya melantak dekat windmill. Sedap jugak melantak dekat sini. Nanti aku story dekat entry lain pasal restoran ni. Best!

Jap snap gambar kita elok sikit walaupun dengan anak tudung dah kebelakang, tudung dah kedepan sangat, baju senget sebelah. Lantak pi!

Smangat pilih menu diorang dua orang ni. Kemain hengkorang ye!

Bila dah kekenyangan terus jadi anti sosial si kila ni. 

Nanti aku sambung story.  Aku tak ada masa sangat sekarang ni sebab banyak sangat assignmentnya. Bye uolss!

Monday, 14 March 2016

Last chapter before new beginning? InsyaAllah

Assalamualaikum.

Aku dah semester 6. Sekarang dah week 3 tapi semester 6 aku masih hambar. Assignment dah nak cecah berpuluh dah. Tapi aku masih krik krik lagi. Manelah assignment tak mencecah berpuluh kalau satu subject sampai 5 assignment.

Nak diikutkan semester ni tak ada final sepatutnya. Tapi untuk post diploma macam aku untuk resource baru start subject baru yang ada final exam untuk semester enam. Dahla kalau resource ni suka final masa last-last. Jangan dibuatnya final exam tu lepas raya sudah! Mahu aku kelam kabut untuk persediaan praktikal kang. 

Oh ye bercakap pasal praktikal. InsyaAllah sem depan praktikal. Ekceli bukan sem depan sangatlah. Praktikal lepas raya sampai hujung tahun. Dalam 5 bulan lebih macam tu. Lama kan.

Sekarang ni walaupun dah week 3 tapi aku masih dalam proses adaptation. Aku dah jadi macam orang yang culture shock. Dulu aku sekelas dengan orang yang lebih kurang macam aku yang pressure dengan assignment dan bawak pressure tu secara smooth  tapi memaksa diri dan bukan nak memaksa sampai kita rasa pelik. Aku datang ke kelas pun dah macam marathon dah sekarang sebab tempat duduk yang selalu aku duduk kena kebas orang. Aku tak kenal sangat diorang ni sapa sebab tu diamkan aje. Bukan ape, aku dah selesa duduk situ memang dari sem 3 kalau masuk kelas aku akan duduk kawasan situ je. Kalau berubah pun dalam kawasan tu jugak. Ni tak! aku berubah tempat sampai otak aku pun berubah 90 darjah!

Di sebabkan itu aku selalu mengamalkan multi-tasking. Sambil berjalan dengan pantas, sambil tu mesej kawan, sambil tu jugak cakap telephone dan sambil tu jugak aku boleh periksa kertas-kertas note dalam file. GILA!

Makin selekeh aku dibuatnya dengan kadang-kadang aku bedal je pakai tudung tak gosok. Kalau sebelum ni aku memang malas gosok tudung, tapi kalini lagi hebat kadar kemalasan aku tu.!Aku bedal je jeans tergantung dalam almari, tshirt tak gosok dan kadang-kadang pakai tudung instant. Pedulik pulak aku kan. 

Nanti kalau rajin aku nak letak bunga segar dalam bilik kolej ni. Macam doctor yang rawat aku  tu pesan supaya aku tak stress lagi macam dulu. Hahaha Air freshener tak gitteww?

 Kad matriks yang selalu lupa nak pakai. 

Ni bukan beg adik-adik sekolah rendah tapi ni beg laptop aku. Hahaha aku suka beg ni sebab compartment dia tersusun dalam tu. Biarlah orang kata tak hipster pun. 

Beg pergi kelas aku ni pakai dah lama dah. Dah ade tanda-tanda nak jahanam sikit tapi aku pakai lagi sebab best beg ni. Nampak sangat aku suka sumbat berat-berat beg ni kan. 

Jadual kelas yang dah bape kali print. Rupe tak lawa sebab ink kaler nak habis masa ni. Hahaha 
Notice note tu aku bawak sendiri.  Dekt sini tak macam kat kedah dapat sorang satu dekat dinding. 

Saje tok kaler2 buat note.

Korang jangan teruja sangat tengok keadaan dinding kolej aku. Sebabnya aku pun terujalah sangat masa awal-awal dulu hahaha

Doakan aku dapat adapt semua bende ni semester ni. 
Dapat adapt keadaan kelas marathon ni.
Nasib dah validate kalau tak memang aku lari kelas lain. 
Redho jelah....

Sunday, 13 March 2016

Sibuk.

Assalamualaikum dan Hai. 

Lately memang busy sangat. Aku nak blogwalking pun tak menyempat. Bukak laptop untuk download note dalam ilearn je. Lepastu dok print note pastu letih mata terus tidur. 

Yati tak sedia lagi nak bergambar tu. Nina malas layan. Kita ngan kila je over senyumm hehehe

Baru week two dah rasa macam nak pecah kepala otak sebab banyak sangat nak kena pikir pasal tajuk assignment itu, idea untuk assignment ini. Bukan aku je okeyh bajet-bajet busy, tapi aku tengok kila dengan yati pun kelam kabut sama. Yelah masing2 tahun akhir kan. 

Okeyh yati dah bersedia sekali. Ni try fish eye baru yati beli tapi tah kenape kabur tah. Penat aku dok lap-lapkan fish eye dia tapi cenggini jugak rupe dia. Ke memang fish eye macam ni erk?

Aku lagi pening nak pikir pasal intern. Aku kadang-kadang rasa nak nangis. Penat kepala otak sangat sampai rasa nak balik rumah je duduk rumah tak nak balik puncak. Haishhhh perangai.

Abaikan eye bag tah berapa kilo tu. Badan aku makin gemok lah. Sebab aku asyik melantak je. 

Malam-malam kalau aku terjaga je, mesti aku hadap laptop sambil melantak biskutlah, melantak maggilah, melantak keropok mami, eh macam-macam lagi aku telan. 

Wednesday, 9 March 2016

Kawan Baik Kita dah Tunang

Assalamualaikum.

Yeah yaya dah kembali. Rindu bloglah.
Rindu nak blogwalking sana sini.

Ini kisah hari sabtu haritu 5 Mac 2016.
Kawan baik kita anis adila dah bertunang dengan pilihan hatinya.
Aku selalu jugak tengok anis update dekat wechat gambar dia dengan en tunang yang dulu mase tu boyfriend dia lah.
Tapi aku tak pernah pulak tanya bila nak langsung ke ape sebabnya aku pun tak ade boyfriend lagi sibuk pulak nak tanya orang lain. hahaha

Tapi hari rabu tu anis mesej kata ajak dia bertunang hari sabtu. Aku terus macam woww kawan baik aku nak tunang. Yeayyy.
Oh ye, anis kawan baik aku sejak mds masa dekat merbok dulu.
Kitorang sekelas sampai sem 3 anis buat keputusan nak berhenti study dan bekerja di putrajaya.
Sejak tu memang dah lama sangat tak jumpe anis. Langsung tak jumpe just ada contact mesej-mesej, calling pun jarang.
Rindunya....

Tapi ritu nangis lah jugak sebab rindu.
Tahan sebak anis dah tunang. Haish ni belum kawen dah feeling-feeling.

Mula-mula rancang nak amek ain dulu dekat sentul then amek tasnim dekat upm.
Tapi last minute ain tak boleh pergi sebab ada hal keluarga. Sedihnya tak cukup korum.
Terus aku dengan Tasnim je pergi. Amek Tasnim dekat upm terus gerak penjara kajang. Aku pakai waze sebab tak tahu jalan. Tak pasal2 waze bawak jalan banyak tol. Bila dah smpai dekat kawasan metro point terus aku cakap lah jalan ni aku tahu lah. Jalan tak ada tol tu dekat depan tu. Konghasam. Balik tu terus lalu jalan tak ada tol. Nak masuk kawasan penjara kajang tu je aku tatau. Anis duduk dalam kawasan penjara kajang.

Perjalanan majlis smooth je sebab sekejap sangat perbincangan mereka.
Anis kata diorang dah bincang dekat telephone dah. Sebab memang nak buat sekejap.
Memang sekejap je dah tetibe akak anis panggil anis suruh turun.
Aku pulak macam eh, dah nak turun ke?
Nebes anis waktu tu. hehehe

Disini aku sajikan gambar je lah. Kang taip panjang-panjang aku nangis pulak.


Mase ni orang tengah jalan nak masuk. Alah tak nampak pulak aku snap dari bilik atas. 

Orang menyambut tetamu datang

Ini anis dengan anak angkat. Hehe ni anak mak anis jaga. Mula-mula anis relax lagi.

Bila dah panggil hah menggigil dia nak turun bawah smpai akak anis dok tarik-tarik.

Dengar orang baca doa pun menggigil je tadah tangan.

Tengok tu takut-takut nak turun. Malu letteww

Akak anis ikut iring anis.

Salam dulu dengan semua orang.

Barulah duduk pelamin untuk sarung cincin. Sesi kemuncak ni. Dia punye gabra dak anis ni.

Dah sarung tu baru nampak muka dia ade happy. Sebab dah lega semua dah selesai.

Sekarang dah official bertukar status jadi tunangan orang.


Salam cium bakal mertua.

Nampak muka ada lega dah.

Akak anis pass bunga dekat anis sebab nampak kosong pulak nak bergambar. Hehehe

Masa ni semua dok panggil-panggil anis suro pandang kamera mereka. 

Bergambar dengan sedara mara dulu..Kawan-kawan nanti.

Tasnim setia je tunggu aku dok snap gambar. Haha aku dah depan pelamin sebab nak tangkap gambar. Diorang menunggu je dekat tangga. Hehehe


Berseri-seri dah jadi tunangan orang. Orang lain dah tak boleh kacau. Haram tau kacau tunangan orang.

Anis kata hantaran ni semua dia buat sendiri. Balik kerja je dia terus buat. Bagus2!

Dari pihak laki2

 Aku tasnim dan anis

Aku dengan anis. Lawa betul dak anis ni. Hehe
Selamat bertunang anis sayang... Yaya sayang anis..

Last but not least, ni tunangan anis. Malu-malu masing-masing nak bergambar. hehehe

Jangan tanya aku bila nak tunang.
Aku tunggu aku dah kaya dulu kot. Haha