Sunday, 28 February 2016

Hai, Apa Khabar Puncak Perdana

Assalamualaikum.

Hai. Hari ni dah hari kedua dekat puncak. Semalam kelam kabut balik puncak dalam pukul 10 lebih gerak dari rumah sampai puncak je daftar kolej terus masuk rumah. Angkut barang letak dalam bilik then keluar balik pergi giant sebab tak beli lagi air mineral. Beli dua kotak terus. 

Harini ade kelas pukul 8 tapi banyak tak settle lagi pergi settle pendaftaran course dulu then tunggu kelas pukul 11 tu punye lama tak ada lect masuk pun. Rupenye lect tak ade. Penat tau iols gosok baju kurung tapi last2 tak ada kelas pun. :'( Daftar course pun tak settle! 


Dekat tak ade lah banyak sangat perubahan cuma tingkap bilik, pintu anjung, tingkap anjung dah ade tinted.


Alah bukan tinted ape sangat. Tinted yang aku pun tak boleh nak tengok luar, luar pun tak nampak aku tapi nampak bayang2 je. Macam terbalik. Kami yang kat dalam tak nampak ape2 pulak.

Tapi sekurang2nya dapatlah aku bukak langsir. Siap bukak dula-dua belah tu. Bagi terang je bilik tak payah bukak lampu dah. Dulu tak dapat langsung bukak langsir bila siang sebab bilik aku menghadap jalan utama. Nanti orang lalu lalang nampak kitorang dalam bilik tengaok golek2 atas katil pulak. Bilik bawah je kot ade tinted. Atas tatau la pulak.

Housemate yang sama 6 orang dan ade 2 orang baru. Seorang aku dah jumpe, sorang lagi belum masuk lagi. Nanti baru aku berkenalan dengan diorang. 

Tak ape.. sapa-sapa pun okeyy jerrr. Asalkan dia pun okayy dengan aku. huhu

Siang panas, malam panas tapi hujan. Nasib aku bawak kipas seksiap untuk menyanangkan diri sendiri. haha Tapi bila dah subuh punyelah sejuk kemain. Syukur sangat.

Okeylah aku tengah nak pikir register course yang tak settle ni. 

Saturday, 27 February 2016

Persiapan Nak Balik Sekolah

Ekceli persiapan nak balik uitm puncak perdana. 
Aku tulis sekolah sebab nenek aku selalu sebut sekolah.
Yelah universiti pun sekolah jugak. Tempat menuntut ilmu tu kan sekolah. 

Kalau nenek tanya
"Nak balik sekolah dah ke?"
"aah nak balik sekolah hari ahad ni."
Dapat lah sikit duit belanja. Alhamdulillah. 

Tinggal sehari je lagi nak balik semula ke puncak untuk memasuki semester enam. Ekceli aku balik ahad iaitu esok. Selepas puas melepak dekat rumah. Alah tak ade ape interesting sangat pun cuti semester aku. Cuma yang seronoknya jalan-jalan dekat melaka haritu dengan ira dan ros.. Aku rasa tu je lah yang best.

Yang lain-lain aktiviti aku cuma kena marah je. Insomnia aku tak pulih lagi.
Yelah bende macam ni sape je akan memahami diri kau. Waktu tidur kau terbalik dengan orang lain. So, bila orang tengah berjaga dan kau pulak tidur orang akan cop kau pemalas. Padahal orang tu tak nampak waktu dia tidur kita ada buat kerja lain. Mentaliti. 

Nak balik kolej ni, aku harap aku tak terbabas tidur nak pergi kelas sebab hampir dua bulan jugaklah aku duduk rumah ni dan menikmati insomnia aku. Kalau aku tak menahan memang aku terus telan ubat doktor bagi. Selalunya memang aku dah stand by seksiap dalam wallet, dalam beg dan lain-lain. 

Alhamdulillah segala persiapan untuk aku pulang ke puncak untuk menyambung semester aku dah berjaya sediakan. Kebanyakannya aku baru beli tadi. lepas balik dari rumah pak cik sedara aku buat aqiqah cucu dia(nanti aku story) terus mama ajak pergi beli barang. Alah aku beli sikit jerr.

Kalau ada sikit-sikit terlupa tu tak ape lah nanti hujung minggu aku balik. Cuma aku tak kemaskan lagi. Aku tak ada mood lah. Bukan banyak barang nak kena beli cuma barang yang aku rase memang perlu sebagai pelajar je. Macam toner printer. Kang memalam ade je assignment lah, borang itu inilah nak di print, potostat, scan. Kasut kena ade sebab memang setiap hujung sem kasut aku akan menghaus tak pun putus.

Macam baju-baju aku just rotate baju sama je setiap semester. Biarlah ade yang tegur kata baju aku pakai asyik baju sama. Itu maksudnya badan aku maintain je gemoknya. Tak makin gemok tak kurus-kurus. Hahaha
Antara senarai keperluan barang yang aku sediakan untuk balik ke Puncak.

Barang-barang lama aku macam bekas pensel, pensel, gunting, dan botol air (ade retak sikit dekat atas dia tapi okey lagi aku rase) yang still boleh digunakan lagi tu memang aku gunakan. Jadi, aku amalkan budaya berjimat-cermat. Aku dah lama tak meniaga. Jadi pendapatan aku sangat terhad. Tak ade macam dulu dah hujung bulan aku lah wanita paling bahagia sebab ade pendapatan sendiri atas usaha sendiri. Sekarang nonHado!

Ink printer jenis cartridge. Bewarna dan hitam. Aku memang guna yang cartridge sebab aku tak reti nak enjet2 dakwat ni kang salah enjet habis rosak terus printer. Aku beli hitam yang saiz XL tapi warna aku beli yang biasa je sebab tak ckup bajet. Warna punye kalau XL dah rm148. Fuhhh.

Kasut untuk ke kelas. Paling-paling kena ada dalam 3 pasang. Sebabnya kasut nak pergi kelas lain, presentation lain dan pergi research lain. Aku tak pakai heals pergi kelas sebab tu aku kena asingkan dengan kasut presentation. Presentation selalunya aku pakai yang ada heals sikit.

Alat tulis. Aku beli sebatang pen yang ada banyak warna haha senang sikit aku nak buat note. Pemadam sepeket terus ada dua (senang sikit sebab pemadam aku suka hilang). Sebuah buku nota (aku humban semua subject dalam tu jer). Dan liquid paper pun beli sepeket ada dua. Lain-lain aku pakai mana ade jerr.

Untuk stok makanan aku sediakan sikit je sebab aku kan nak balik hujung minggu ni. Harap dapatlah balik. Lepas tu bolehlah aku top up lagi stok makanan. 

Pendrive yang sentiasa kena ada dalam pensel case especially masa awal-awal sem ni kalau lect nak bagi notes or assignment senang kan. Ni pendrive lama dah sejak diploma lagi

Selain itu yang tiada dalam gambar, barang yang aku sediakan ialah  baldi, hanger, bakul baju kotor, bantal, cadar, ubat gigi, berus gigi, sabun badan, sabun baju, pencuci lantai, Air mineral sekotak haish ubat aku je dah satu beg ape lagi erk?

Oke, aku rasa tu je persiapan aku untuk masuk semester ni. Nampak macam tak banyak tapi bila bawak balik punye berlambak.. 

Okeylah aku nak sambung mengemas. Aku baru nak kemas sebenarnya ni. Saje update entry dulu. Esok nak balik puncak dah.. Sedihnya rasa lahaiii

Friday, 26 February 2016

Barang yang perlu dibawa ke uitm

Tergerak hati nak tulis entry ni sebab aku dah degree ni pun aku still setiap kali nak masuk semester mesti akan senaraikan barang-barang yang akan aku bawak untuk balik uni. 

Dan sudah semestinya ada sahaja barang yang tinggal. Nasib baik sekarang belajar uitm puncak perdana. Dekat lah jugak dengan rumah. Kalau dulu mase belajar dekat uitm merbok kedah tu. Kalau ada barang tinggal mula lah aku nak drama menangis masa mandi. Hahaha

Tapi akhirnya aku pinjam dekat  farah rumate aku. Ade masa nak keluar pergi sungai petani baru beli baru. Duit melayang, pastu nangis lagi.

Aku paling stress kalau baru je masuk semester tapi kasut aku bantai putus pulak. Tak pun haus tapaknya. Sebab tu mama aku selalu pesan biar beli kasut mahal sikit asalkan tahan lama. Lainlah kalau korang memang suka tukar-tukar kasut. Tu kategori lain. 

Selalunya rak kasut bahagian aku dekat kolej tu kemain lagi penuh sederet kasut aku tapi at last aku akan ulang kasut yang sama jugak. Sampai lunyai kasut tu aku lenjan.

Kekurangannya bila dah duduk dekat sikit dengan rumah ni. Masa awal sem barang memang penuh kereta, bila dah akhir sem kena buat dua round angkat barang sebab banyak sangat barang. Yelah mana tak nya tiap kali balik angkut lagi bajulah, itu ini.

Tapi pergi kelas dok ulang baju sama jugak. Sampai ada yang tegur aku kata aku asyik pakai jubah hitam yang sama tu. Ekceli aku ada satu je jubah dan ia berwarna hitam. Tak gosok sebab hitam mana nampak. Haha

Akibat aku suka pergi ke kelas sampai kelas cancel pon still nak pergi jugak. (dalam hati mengamuk jugaklah) sehinggakan kasut aku menjadi haus tak pun putus. Mungkin aku terlalu ganas atau kasut tu yang tidak berkualiti.

Atas pesanan doktor, untuk mengatasi masalah kulit saya yang mulus ni daripada terkena matahari, maka saya pergi menggunakan kasut atau stokin yang agak tabal. Tapi tak boleh pakai lama-lama sangat sebab nanti kaki akan kepanasan pula.

Orang sakit eczema macam saya pasti akan paham.



Okeyh pertama sekali dalam pikiran saya ialah sport shoes. Kenapa sport shoes dan kenapa bukan sneakers ialah sport shoes saya boleh pakai bila saya nak pergi jogging ke, gym ke... so jimat. 2 in 1.

Tak kisahlah design macam mana asalkan selesa untuk dipakai. Design lelaki pun kadang-kadang saya bedal je. Paling pentung ianya flexible dan mudah dilenturkan sebab saya suka lenturkan kaki saya dalam kelas dekat besi bawah meja sebab kaki saya selalu krem bile dalam kelas sebab sejuk aircond agaknya.


Kemudian bukan itu sahaja, ini juga telah memenuhi sahsiah rupa diri uitm. Jangan risau. Tapi janganlah pakai sport shoes dengan baju kurung. Kalau dekat merbok dulu memang dah kena saman dah. Pakai lah bile tengah casual. Macam aku memang suka pakai seluar slek. Tapi kawan aku pernah cakap yang nampak selekeh. Tapi bagi saya ianya selesa. Itu lagi penting daripada pandangan orang.

Biarlah kasut tu mahal sedikit dan anggaplah sebagai pelaburan. Asalkan kasut yang kita pakai tu tahan lasak dan selesa.

Ada lagi nak tambah pasal barang yang perlu dibawa ke uitm. Boleh komen dekat bawah. Boleh adik2 baru part 1 siasat. Hehehe 

Thursday, 25 February 2016

Hari yang Busy

Hari ni merupakan hari yang busy bagi aku. Malam tadi aku sibuk download kesemua bil-bil, yuran kolej, yuran pengajian untuk nak dibayar pada hari ini. Disebabkan printer aku tak ade dakwat, maka aku kenalah simpan dalam pendrive je esok pergi print dekat kedai je. 

Benonya aku dah bangun ingat nak pergi pagi pukul sembilan macam tu. Tapi aku cuba bukak student portal untuk settlekan daftar kos tapi still tak boleh lagi untuk corse aku. So, aku bantai tido je balik sebab takot kang aku dekat luar sibuk-sibuk kawan call kata dah boleh daftar. 

Tapi pukul 10 pagi tu aku dah turun bawah nak siap-siap tapi dalam pukul 11 lebih tu abah kata nanti baru dia amek duit. Dalam pukul 12 lebih macam tu baru aku ikot abah pergi ambek duit tapi aku naik keta lain-lain senang nanti aku boleh terus gerak sendiri.

Masa ni aku asyik dok refresh student portal je sebab takut terlepas untuk daftar course. Nasib baik aku sempat daftar kelas. Kawan aku ada yang tak sempat. Mana taknya student punye ramai tapi bukak kuota sikit je. Tak adil betol. Kesian dak2 post dip ni. Dah lah kelas kami kene kidnap dengan dak post2 lain. Sedih tau. 



Lepas tu aku terus gerak ke bangi untuk pergi bank islam.

Aku ke bank islam ni nak kena settle kan yuran pengajian dengan yuran kolej penginapan. 

Lepas settle je dekat bank islam, sekejap je pun sebab time aku pergi ni memang best sebab tak ramai orang.  Aku terus gerak ke alamanda untuk settlekan bil-bil rumah. 

Mase ni memang aku dah jadi tak keruan sebab kawan aku dok kata dah boleh isi untuk lagi satu subjek, aku tengah2 drive boleh register course okeyh sebab takut penuh punye pasal. 

Sampai je dekat alamanda aku terus ke TM point bayar bil-bil TM  sekejap je sebab tak ada orang pun. aku pun tak payah ambil nombor terus pergi kaunter je. Macam ni lah aku suka. Terus-terus aku naik atas untuk settlekan bil celcom. Dan nasib tak baik. Punye ramai orang. 

Nampak syok kan no aku lagi 5 orang. Tapi jangan tertipu okeyhh. Punyelah lama aku tunggu. Celcom kan ada banyak no untuk urusan lain-lain. No aku ni start dari no 5. 

Mula-mula diorang bukak tiga kaunter. 

Lepas tu orang makin ramai dia bantai bukak 2 kaunter je.

Hokalah boleh pulak macam tu. Aku menunggu satu jam lebih hokeyh daripada 2 . 44 yang ditulis dalam tiket tu, dah pukul 3.50 macam tu baru no aku dipanggil. Naik bosan aku menunggu. Yelah dah lah bateri henpon aku dah nak habis waktu ni. Kalau tak boleh la jugak aku stalk2 sana sini.

Dah lah mase awal-awal tu perempuan yang jaga depan pintu tu sombong kemain cakap dengan aku sebab aku tak nak bayar pakai  machine. Yelah mana tak nya, aku nak bayar banyak then aku mana ade duit kecik. Kalau pakai machine tu dia tak bagi duit baki. Kalau korang nak bayar rm 47 ringgit, tapi korang masukkan rm 50, machine tu akan tulis kau bayar rm50 bukan rm47 sebab dia memang tak bagi baki. Duit bapak aku bagi cukup-cukup je untuk aku bayar bil ikut harga bil. 

Eh lagi pun suka aku lah kan, aku kan pelanggan. Konghasam betul. Dia nak perli-perli aku pulak dia kata banyak mana banyak tu? Siap suruh aku amek nombor sendiri tekan sendiri. Sebelum ni aku pergi boleh je orang tu tekankan untuk aku. 

Aku syak kan, sebab aku pakai baju tshirt dengan seluar jeans. Tudung pulak tudung instant je. Alah yang sekali sarung tu. Stail mak cik- mak cik. Setakat nak pergi alamanda je pun. Bukan jauh dari rumah buat ape aku nak lawa kemain. Nak pergi bayar bil jerrr. 

Sebab ade satu mak cik ni gaya macam datin-datin, lawa lah kira. Elok je dia layan siap amekkan ic acik tu hantar dekat kaunter. Dekat aku tadi nonHado!  Masa nak kuar celcom tu aku dengar dia kene setepek dengan satu untie ni sebab dia tak menjawab soalan yang untie tu tanya. Mase tu aku gelak2 je tengok. Haha kejam aku.

Mungkin dia ingat aku ni dak-dak sekolah sebab mase keluar celcom, aku beratur nak beli air depan belakang aku adelah dak-dak sekolah yang baru balik sekolah lepak dekat alamanda. Lepas tu ade satu acik dengan anak dia. Diorang baru pindah aku rase sebab dia kata anak dia baru daftar sekolah tadi. Anak dia dok borak-borak lah dengan budak-budak tu then acik tu tnye sekolah mana? Tetibe acik tu tnye aku pulak sekolah mana? Aku terus mcm blur...
"Saya dah tak sekolah makcik." 
Acik tu terus "eh eh sorry2 saya ingat awak kawan-kawan diorang ni."

Dalam Hati ---> Punyelah gemok gedempol saya ni, ada rupa dak-dak sekolah ke.. Hehehe 

Lepas settle bil semua aku pergi cari barang sikit then terus drift balik rumah sebab dah nak pukul 5 petang. Takut nanti jammed pulak orang balik kerja. Balik tu aku mesej si paah ni sebab dia kata dia nak beli tiket nak balik jitra sebab akak dia nak menikah 29hb ni. Tarikh 4 tahun sekali memang banyak ong! Haaha

Sekali dia kata dia habis kelas pukul 7. So, di sebabkan henpon aku dah tak ada bateri, baik aku balik rumah dulu charge henpon. Pukul 6.30 macam tu baru aku gerak pergi ambek dia depan kelas terus. Malas aku nak tunggu dia dekat kolej dia. Kang dia nak tunggu bas lagi. Malas. 
Budak tengah usha harga tiket dengan waktu nak balik jitra. huhuhu

Alah orang tak ramai pun. Sekejap je dah settle beli tiket. Dekat TBS ni bagus. Bukak segala kaunter tak ade lah orang dok beratur je lama-lama. Dah macam sistem KLIA dah aku tengok siap amek nama kita smua kalau tiket hilang senang. Kalau lambat diorang akan announce nama kita.

Lepas habis beli tiket, aku ajak paah teman aku usha tudung untuk hakak aku sebab dia nak pakai pergi kerja. 

Then bawak dia ni p makan sebab dia lapaq katanya sebab makan pagi tadi ja.
Senyum-senyum syok lah tu dapat balik jitra. Baru masuk sem dah nak balik rumah. Oh ye, UiTM start lambat seminggu daripada UPM sebab tu paah dah balik kolej. 

"Hang ambek gambaq aku ka?"

Paah belanja aku air horlick tapi tk ade rase horlick pon. Rase susu pekat je lebih. 

Lepas makan, terus laju-laju hantar paah balik kolej dia then aku pun laju-laju balik rumah sebab dah pukul 9 lebih dah mase ni. Aku takut drive sensorang. Dekat merbok dulu pun aku bajet2 berani je. Hahaha. 

Ini bukan aku tadi. Ini gambar throwback. Saja nak upload dekat sini sebab rindu nak jalan-jalan. Aku tadi kemain selekeh dengan tudung sarung dah tersenget2 sebab jalan laju-laju. Hahaha

Tuesday, 23 February 2016

Korang layan tak cerita Qanun 99?


Assalamualaikum.

Korang. Layan tak cerita qanun 99  yang disiarkan dekat astro oasis?
Aku mula-mula tak layan pun cerita ni. Tapi ada Yana Samsudin dengan Farid Kamil menarik aku daripada tukar channel.

Haritu ade ulangan episod 2 yang pengantin perempuan 14 tahun tu terus aku layan cerita ni siap tengok dekat youtube episod 1 yang pasal isteriku lelaki. Sebab bagi aku cerita ni banyak beri pengetahuan yang aku tak pernah terpikir pun bende tu.



Apa itu Qanun 99?
Cerita Qanun 99 ni dia mengisahkan pada setiap episod akan memaparkan satu kes syariah yang berdasarkan kisah benar dan pernah dibicarakan di mahkamah syariah. Mostly daripada kes yang agak famouslah. Tapi diorang ade ubah sikit-sikit.


Jangan fokus kepada undang-undang yang dibicarakan sahaja, tapi cuba fokus pada kisah yang berlaku dalam cerita tu. Mesti korang pun akan pikir bende sama macam aku pikir. Sebabnya bende ni sebenarnya memang berlaku disekeliling kita.

Bende macam ni kita anggap remeh. Tapi bende ni bagi pengetahuan dekat kita. Kadang-kadang biarkan jahat terus jahat sebab tak nak tanggung malu. Kesian kan.

InsyaAllah aku nak terus tengok cerita ni. Tak dapat tengok kat kolej tak ape, online ade punye!.


Cerita ni ditayangkan dekat astro oasis dan astro maya HD.
Hari Jumaat pukul 7.30 Malam. 

Trip to Melaka: Elephant Show

Hai. Sambung lagi entry dekat melaka. 
Dah khatam ke entry yang ni

Klau tak khatam lagi, jemput-jemputlah khatamkan. Hehe

Jadi, harini nak sambung lagi cerita dekat Melaka. 
Tapi kalini nak cover cerita masa elephant show. Aku suka show yang ini. Sebab comel sangat gajah-gajah ni buat macam-macam gaya. 

Lepas kitorang pergi reptile house, kitorang berehat bawah pokok sambil selfie sampai tak perasan dah pukul 10 lebih. Berlari-lari anak kami masuk ke elephant show. 

Entry ni mempunyai gambar yang sangat-sangat-sangat banyak. 
Jangan korang muntah sudah tengok gajah ni.































Fuhh nampak gayanya mampu watermark gambar gajah ni banyak ni je. Bertemu lagi dengan entry gajah yang seterusnya. Harap bersabar dengan kekdaah aku ni yang suka tangkap gambar. Harap jugak korang tak muak . Hahaha bye