Saturday, 30 January 2016

kisah mase final dan cuti semester bebeyh

Aku last paper haritu 15 januari. Aku punye gap punye panjang sampai aku nak study pon malas. Mane taknya mula2 paper aku 3 januari pastu 15 januari pulak. 2 minggu aku study, tapi aku lebih fokus seminggu sebelum paper je. seminggu sebelum tu aku dok main2 je lebih. baca2 gitu je, Teruk betol.

Tapi ni first time aku ade final 2 paper je. mase sem tiga aku ade 8 final exam, sem 4 pulak ade 4 final exam. jeles je aku tengok rumate aku dah bergumbira tapi aku masih merana. Hahaha. Tapi first time jugak aku habis awal sebelum housemate aku kila. kalau tak sebelum2 ni semedang dia je habis awal hehee. alahh tu pun sebab subject elektive dia amek tu habis lambat. kalau dia tak amek elektive yang ade final dia habis awal gile dari aku.


Ni masa paper 3hb tu. Aku bagai nak gile dok cari key word sebab aku perasan aku lemah betol subject ni banyak kene ingat kene hafal itu ini. 

Tulisan aku memang buruk. Haha

Subject ni aku sama dengan kila so, memang banyak kami bincnag sesama jawapan past semester tu. Meja kila belah luar terjerit2 aku tanya jawapan dekat kila muka surat bape smua. kesian dia. hehehe

Gaya je lebih siap highlight bagai tapi at last aku yang blur. Oh ye, aku bawak sendiri  lampu study tu bagi terang sikit bile menulis ke, menaip ke sebab lampu yang kat dinding tu tinggi sangat and panas aku. Sampai berpeluh2 aku kadang2 tu. So lampu ni aku beli dekat ikea.

Ni masa paper yang ke dua. Aku study hard dohh tok paper ni sebab paper ni ade event, pastu ade final exam. Stress jugaklah paper ni sebenarnya.

Gambar pagi sebelum pergi jawab exam. Sap depan pintu tunggu kak caroll yang tak turun2 lagi. 


Lepas habis exam dengan atin and kak caroll. Muka bahagia sebab dah habis paper. Tapi dalam hati merana gak sebab soalan yang keluar hampir semua tak ada dalam note. Merana weyh. penat je baca note berlambak2 tu. At last tak keluar pon soalan tu. Hampehh 

Sekarang aku tengah cuti semester dengan amannya duduk rumah menikmati insomnia aku yang tak pulih-pulih. Macam2 cara dah aku try tapi tak jalan lagi. Sedih weyh. Sedih. Aku rasa hidup aku terbalik sangat sekarang ni. Huwaaaa

Thursday, 28 January 2016

Kun Faya Kun

Korang percaya tak pada apa yang terjadi semua ni ade hikmahnya? Samada nak atau tak nak kene percaya jugak yang semua berlaku ada hikmah di sebaliknya. 

Ada yang panggil karma, what u did u get back, tapi ni semua kun faya kun. Kalau Allah kata jadi, maka jadilah ia. 

Aku hidupkan blog ni tengah pagi buta. Sebab aku nak jadikan blog ni tempat aku simpan kenangan. Kenangan aku banyak2 ni. Bukan semua kita boleh ingat dalam kepala otak ni kan. 

Walaupun buat essay ayat-ayat ni bukanlah diri aku sangat, sebab aku ni pemalas sebenarnya. Manelah aku reti sangat nak karang-karang ayat ni. Jangan korang bosan sudah. 

2016 baru bermula walaupun dah lebih separuh bulan. Dah 28 Januari, bukan separuh lagi, akhir bulan dah pun.

Disini, saya sediakan ruang khas yang baru untuk saya. Tempat untuk saya menulis, bercerita, berkongsi dan apa-apa je lah. 

Dan permulaan hidup saya pada usia ini akan bermula dengan pelbagai cabaran. InsyaAllah semua akan dikongsikan dalam diary ini. Macam sedih pulak. 

Aku tak nak tulis dah. Takot bosan.

Bye. 
Assalamualaikum.

Yaya.