Thursday, 1 December 2016

Wedding Anis

Assalamualaikum

Ingat lagi tak kawan baik aku yang tunang ritu.
Alah yang anis tunang bulan 3 ritu sebelum akak aku tunang.
http://haiyayashari.blogspot.my/2016/03/kawan-baik-kita-dah-tunang.html

Okeyh sebenarnya aku patut update entry ni masa bulan 9 lagi aku patut update pasal bende alah ni. Tapi aku busy sangat. Pastu duduk je dalam draft kemain lama dari bulan 9 sampai bulan bape dah ni dah bulan 12 dah pun baru ada masa nak update.
Anis kawen 10 September 2016. Berbulan lepas.
Tahniah anis.

Aku jadi bridesmaid anis. Kelakar kan. Aku ni gedempol weyh.
Masa anis bagitahu tu, aku macam nak tergelak gak. Tapi aku taknak kecewakan anis dan aku pun beli lah kain dekat jakel and anta dekat tailor.
Siap join outdoor hokeyh.

Anis nikah sehari sebelum tu aku tak dapat join pun sebab aku kan pratikal mane boleh suka-suka nak blah macam tu je. Hahaha
Jadi resepsi aku duduk sana lama sikit. Tu join outdoor memang dah janji dari awal nak join pun.


Pengantin berpeluh atas pentas. hihi

Tersengih-sengih atas pelamin

Potong pulut kuning dan kek sekali semua adik beradik mak ayah semua sebab diorang ni pesen hari lahir sekali harung semua bulan 9. Tu sambut sama tu. Kek anis sedap sangat. Sampai harini asyik teringat ja. Sedap sangattt

Bergambar dengan Ain dan Tasnim sekali. Masa dekat kedah kitorang ni berempat satu geng assignment la. Kemana pun p sama-sama. Tapi lepas anis berhenti, aku pulak makin sakit, aku tak rapat sangat dengan ain dengan tasnim. Tapi still sekelas. Okeyh je. cuma tak rapat macam dulu macam masa ade anis. Hehehehe

Pengantin kepenatan. Hahaha

Bagi chan la pengantin baru selfie dekat pelamin sendiri ni. Yelah masa ni nak menunggu nak p out door. Aku pulak dok tak habis2 pelahap kek 

Out door dekat putrajaya je. Diorang dua ni kan kerja putrajaya opkoslah perlu gambar wedding di sana. 

Zimah and kawan anis nadiah. Ade lagi 2 orang. Bridesmaid anis semuanya kawan anis sekolah kecuali aku. Aku je kenal anis dari universiti. Tapi bila dah jumpe cenggini aku rasa aku satu sekolah ngan diorang. Memang mesra alam.

Last but not lease. Pengantin baru dan tak jadi2 pengantin pun lagi. 

Tahniah anis kawen muda. Suami isteri 23 tahun. Semoga kekal hingga ke jannah. Harungi alam perkahwinan dengan bahagia. Semoga murah rezeki. Jangan tanya aku bila giliran aku pulak sebab aku lambat lagi. 

K Bye~

No comments:

Post a Comment