Tuesday, 20 December 2016

Dugaan sebagai pesakit eczema

Hi, Assalamualaikum.

Aku sebenarnya berat sangat hati nak tulis entry ni. Lama sangat simpan dalam draft.
Tapi ramai tanya aku macam mana aku boleh survive dengan eczema kronik (doctor cakap tahap eczema aku agak kronik) terutamanya sepanjang aku belajar di uitm Kedah dulu. Ya rabbi mase tu Allah je tahu perasaan aku macam mana. 

Pertama sekali alhamdulillah eczema aku sekarang tak seteruk dulu. Walaupun ada lagi sikit-sikit tapi masih boleh cakap tahap boleh dikawallah. Cuma effect sekarang aku merasalah. Badan aku naik sangat. Aku sangat gemuk sekarang. Hahaha aku redha. 


Mana yang nak tahu, aku ni eczema jenis allergic kepada matahari. (due to sun burn). 
Tak boleh duduk dalam keadaan panas sangat terutamanya matahari. Kalau dalam tempat panas pun boleh jadi. Sakitnya tuhan je tahu kulit jadi tegang (cekang yang melampau especially dekat muka dengan pergelangan tangan), urat-urat rasa sakit dan tetiba rasa macam tarik. Macam orang nak kena sawan tu. Tapi aku tak adelah kena sawan. Tapi paham tak macam mana kalau kena tarik? seksa dia. ya rabbi. Allahu.

Okeyh aku cerita dari awal aku masa dekat kedah. 

Masa aku semester satu
Aku dah mula sakit. Eczema aku start naik sikit tapi sikit jelah. Tu pun masa last-last semester. So, bila dah balik rumah aku dah jumpa pakar kulit seksiap. Takut melarat. So kira semester satu aku masih dapat cntrol.

Masuk semester dua. 
Kalau tak silap aku masa tu musim bakar padi. Yes! kalau musim bakar padi mestilah panas terik sangat-sangat dekat kedah tu. Mula-mula start naik dekat pergelangan tangan (sebab kena mataharikan) dia cuma naik bintik-bintik je. Aku pun pergi dekat unit kesihatan sebab stok ubat aku dah habis. MA memang tranfer aku terus ke doctor sebab dia tak berani nak bagi ubat dan dia tak tahu nak bagi ubat ape. Doctor pulak dah takut, dia bagi ubat tahan gatal dulu then surat refer hospital. Tahun surat refer tu mase dah semester depan. Paham-paham jelah hospital biasa. 

Sampai aku dah tak tahan pergi klinik pakar kulit dekat sungat petani. Klinik tu je aku nampak. Dia enjet aku steroid (penyebab aku jadi kembang hahaha). 

Sekejap je elok dalam sebulan naik sikit dekat muka. sikit je mula-mula dekat kening. Then dia macam berkedut-kedut dekat dahi. Seksa memang seksa terutamanya bila aku stress. 

Pernah sekali aku dah teruk then unit kesihatan bawak aku p klinik kesihatan sungai petani then nurse tu cucuk steroid terlebih dos. Sampai lemah badan aku. Esoknya aku pergi kelas, aku pengsan. Membebel doctor unit kesihatan sebab tekanan darah aku tak stabil. Sejak tinggi pastu rendah pulak. Siap kena tahan dekat unit kesihatan then doctor letak ice. 

Naik semester tiga, dan semester empat
Aku pindah kolej murni. 
Mase ni dah mula makin sakit. Aku pun selalu balik rumah untuk jumpa pakar kulit. Memang hampir tiap minggu aku dicucuk steroid. Berat badan makin naik, muka aku makin kembang. Sampaikan aku nak ambil wuduk pakai air mineral. Aku malu sangat waktu tu. Bila masuk waktu, aku amek air mineral pergi surau. Surau dekat murni ni kecik je dan jenis terbuka, so orang jarang solat sana. So, aku pergi sana. Sebabkan ini juga aku rasa rumate aku syak aku tak solat. Yarabbi aku tak bagitahu pun dekat diorang sebabnya aku malu. Tapi aku syak je lah. aku tak tahulah diorang syak ke tak. Hahaha

Aku rasa malu sangat nak jumpa orang. Confident level aku jatuh sejatuh-jatuhnya. Aku tahu lecturer aku selalu beri aku semangat. Diorang paham bila aku selalu tak masuk kelas. Aku bukan sengaja nak dapat MC. Doctor pun tak bagi aku ke kelas. Sekali bagi cuti 2-3 hari sebab takut aku pengsan/ urat tarik.

Duit banyak sangat habis. Kesian mama. 
Sekali jumpa doctor dah nak beribu. Mama bayar jugak sebab mama tak sanggup tengok aku terseksa. 

Ada yang hina aku.
Ya rabbi. Aku pergi library, lalu sana sini orang pandang aku dengan muka seperti jijik. Aku tak nak pun bende ni jadi dekat aku. Ya Rabbi. besar sangat dugaan ini. Aku bukan sahaja rasa nak extend malah rasa nak berhenti terus. :(

Tapi aku ingat lagi mase tu sir azam cakap dekat aku yang aku kena habiskan diploma ni walau macam mana sekalipun. Sakit tu bukan penghalang, bukan sebab orang pandang hina, kita nak down. Aku simpan kata-kata tu.

Seriously aku lemah. Aku jatuh. 
Bila ada orang tanya siap buat muka, Kenapa dengan muka tangan? 
Aku senyum jawab - tak ade apa-apa ellergic je.

Balik bilik, aku menangis. Aku tak kuat. 
Even sampai sekarang ada yang tanya. 
Aku still sedih. Tapi bila orang aku kenal tanya aku relax je jawab kalau orang luar tanya, memang aku meleleh jugaklah. 

Tapi aku beruntung dapat rakan kelas yang baik sangat dengan aku. Diorang semua bagi sokongan dengan aku. Diorang tak ada pun yang hina aku. Malah bila aku sakit diorang yang hantar p klinik. Bila aku pengsan diorang yang angkat. Sebab tu aku sayang sangat dengan rakan kelas aku masa diploma.  I love you all.

Satu lagi kawan rumah sewa aku. Aku kenal diorang masa semester satu lagi. Terutama farah. Kami sebilik mase semester satu dengan 2, semester 3 ngan  4 aku tak nak duduk level 4. Sebab tu aku duduk bilik lain. Dioranglah ramai-ramai anta aku pergi airport bila nak balik rumah. Kalau tak merempatlah aku naik teksi. Hahaha Nasib ade kawan yang baik. I love you. Allah berikan aku penyakit, tapi Allah berikah orang yang baik-baik di sekeliling aku.

Aku pengsan, diorang pergi amek aku dekat unit kesihatan sebab kereta aku dekat kelas. Tak pepasal aku naik motor balik. Datang naik kereta. Hahaha

Sekurang-kurangnya sekarang tak seteruk dulu. 
Cuma aku jadi hitam legamlah. Effect ubat. Bukan makan je steroid,krim sapu pun steroid. 

Pesanan aku kepada pesakit eczema, kuatkan semangat, pekakkan telinga. 
Kita bukan mintak nak penyakit ni.

Saya yaya. Saya kuat.

No comments:

Post a Comment