Tuesday, 18 October 2016

Patahnya sebelah sayap

Assalamualaikum.


Ade tak yang dekat sini peminat cerita patahnya sebelah sayap dekat tv 3 ni?
Best kan cerita dia. Memang banyak sangat pengajaran. Ya rabbi air mata aku asyik nak mengalir je.

Masa mula-mula aku tak layan langsung pun cerita ni and aku tak tahu pun ade cerita ni dekat tv. Tapi sehari tu syud ade whatsapp dalam group kami uma sewa masa diploma dia kata lama-lama pandang muka farah ade macam umi nazirah. Eh ke lama-lama pandang umi nazirah ade macam farah? kira-kira macam tu lah...

Tetibe esoknya aku terus google cerita ni. 
Tengok dari episod awal. Sampai episod 10 masa tu. Ya Rabbi sedihnya cerita ni. best sangat. Patutlah trending. Ade yang kata kalah abang bomba punye cerita. 

Hilang jiwa kental aku bila tengok cerita ni. 



Sinopsis Patahnya Sebelah Sayap.

Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu?



Aku rasa korang pun kena layan jugak cerita ni.
Sebab memang best. Pandang kearah positive. Pengajaran dia.
Cerita ni dekat tv 3. Isnin sampai rabu je. Pukul 10 Malam. Sanggup aku tidur lewat sebab nak layan cerita ni. Aku rasa dah nak habis dah cerita ni. Huwaaaa syok sangat.

No comments:

Post a Comment