Tuesday, 2 August 2016

Raya 2016: Setahun sekali je jumpa ramai macam ni

Assalamualaikum and hi.

Aku malas nak cerita satu-satu kisah raya aku dengan kawan-kawan, jadi aku gabungkan aje kesemua rumah yang aku pergi. Hahaha dasar sangat aku ni. Kitorang pergi beraya tak banyak pun tahun ni. Masa minggu awal pertama tu dengan minggu ke tiga kot.hehe lupe. Oh ye, kawan-kawan yang aku maksudkan ialah kawan masa aku sekolah dulu. Hehehe  ada yang aku kenal dari tahun 1998,  dari tahun 2000, 2009, eh dah berpuluh tahun lah kenal.

Masa minggu awal tu, paan ajak pergi rumah dia ade open house sikit dia kata. Sehari sebelum pergi rumah afirah tapi aku ira dengan ros je dapat pergi.  Memandangkan kitorang ramai-ramai nak memudahkan proses kunjung mengunjung, kitorang pergi 3 buah rumah terus ahad tu. Hahaha mudah kan. Pagi pergi rumah johana. Saja lama tak jumpa johana. Johana goreng mee kuning. Aku yang tak makan mee kuning pun bedal je makan sebab kelaparan sangat. Hahaha. Then rumah paan, rumah paan ade ular hengko banyak pulak tu. err then pergi uma azuana. Saja nak tengok baby azuana. Dah 4 bulan lebih baru nak pi tengok anak dia. Hehehe. Si johana tu relax je mengikut kitorang pergi beraya padahal malam nanti ada orang nak masuk merisik dia and terus tunang. Selamber je tak ade nak jaga seri ke ape. Dah jarang jumpe katanya. Tak sangka dalam geng kitorang johana kawen dulu... uhuk uhuk. InsyaAllah tahun depan berlangsunglah.

Week seterusnya wani pulak buat open house. Best sangatlah dok berjalan je hujing minggu. Alah setahun sekali je dapat macam ni. jumpa semua macam ni.

Ira dengan nayana buat open house pun dah minggu last raya. Best sebab tahun ni aku dapat join ramai-ramai dengan kawan-kawan walaupun tak ramai dapat mai pada waktu sama. Ada yang baru balik shootinglah, ade yang dekat uni lah ade yang kerjalah, outstation lah. Macam-macam biasalah masing-masing dah bekerjaya. Aku je masih mentelaah buku library tu. Hahaha







No comments:

Post a Comment