Saturday, 9 July 2016

Selamat Hari Raya 2016

Assalamualaikum. 
Hai.

Selamat Hari Raya.
Mohon Maaf Zahir dan Batin.

Orang lain awal-awal lagi dah sibuk dok update blog bagi ucapan hari raya. Aku pulak sekarang baru nak terhegeh-hegeh nak bagi ucapan "Selamat Hari Raya". Tak apa, raya kan sebulan. Hehehe. Sepanjang ramadhan 2016 ni, aku dah pecah rekod ramadhan paling hambar. Sebab aku banyak habiskan ramadhan aku di kampus je. Nasib final exam habis awal.

Baju raya masa syawal 1 pun dah hambar. Hahaha kesian mama mesti mama kecewa yelah beli songet mahal-mahal tapi tailor salah jahit.

Sepatutnya songket tu jadi baju, tapi tailor buat kain yang songket.
Jadi baju kami kosong sahaja dan kainnya songket. Tak pasal-pasal baju sama kaler dengan tudung. Hentam sajalah. Kejap je pun pakainya. Hahaha
Aku punya lagi sedih. Baju aku besar sangat. Kain aku kembang pulak tu singkat lagi. Haishh
Adakah tailor ni takot aku makin membesar? Jadi boleh pakai lama baju tu. Aku ni dah lah memang sedia ada besar. Hahaha

Muka masih boleh senyum dengan baju bahu jatuh, baju singkat, kain singkat, kembang siap pin dekat tepi. Hahaha redha dan bersyukur di hari raya. Yedak?

Dengan itu, aku nak akhiri entry dengan ucapan hari raya yang maha panjang. Hahaha
Aku rasa dekat semua orang aku anta benda sama ja. Dekat lecturer aku tak anta kad pun, aku email ucapan raya je. Mana tak sempat jumpe tu. Cuma ucapan dekat sini ni aku tambah lah sikit. huh

Assalamualaikum, 
Saya nak memohon maaf kalau-kalau saya ada buat salah. Mana tahu kalau ade terkasar bahasa ke, terguris hati, terasa hati ke, terkutuk, termengumpat ke.. Minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Saya minta halal kalau terambil barang, termakan atau semua-semuanyalah.

Untuk semua kawan-kawan yang mengenali yaya di dunia realiti mahupun facebook, twitter, instagram dan pembaca blog yang sudi membaca blog baru saya ni. Dari blog lama dulu, sampai sekarang. Yaya sayang korang. Terima Kasih ada yang sudi email ucapan raya kepada yaya. Terima Kasih kerana sudi luangkan masa baca bebelan yaya dalam blog ni. Terima Kasih atas jemputan kerumah juga. InsyaAllah mana yang berkesempatan tu yaya pergi.

Selamat hari raya ☺️
Maaf zahir batin

Ps ; kawen jangan lupe ajak yaya tau hehe 😜

Regards,
Yaya

Apa ni sejak saya, sejak yaya. Alah hentam jelah.

2 comments:

  1. well samalah color baju raya kita hehe
    Happy Eid ul Fitr!

    ReplyDelete