Tuesday, 12 July 2016

Perjalanan balik kampung Perak 2016

Assalamualaikum
Hai.

Memandangkan raya ke dua kami merupakan turn balik kampung abah, dekat Perak, kalini pulak balik kampung lebih hari sikit, jadi aku kena sediakan fizikal dan mental. Macam-macam aku bawak. Termasuklah jug cattle. Hahaha Yelah kang abah nak nescafe panaslah apelah. Kalau lapar nak maggi kang macam mana? Kena ada persediaan awal. Hahaha

Perjalanan okey je, cuasa pulak cantik sangat. Awan biru subahanAllah. Cuma ada jammed sikit. Bila dah masuk kuala kangsar tu lagi jammed, situ je dah nak 40 minit aku rasa. Mak ai naik kematu aku dalam kereta. Lapar pulak tu.

Balik kampung 3 hari 2 malam sebab opah ada kenduri tahun ni. Kenduri tahlil plus jamuan raya terus. Ramai orang kampung yang mai. Kawan lama abah, kawan sekolah dia. Kemain seronoklah abah kan. Tu nanti aku story pasal kenduri.




Gambar sebelum kulit muka aku start sakit. 

Pedih weyh kalau kulit muka aku start sakit. Huwaaa

bye.

2 comments:

  1. Fuhh tak pernah merasa lagi balik kg jauh2. Huhu.

    Semoga cepat sembuh!^^

    ReplyDelete
  2. Jalan jem.. Kalau Reen ni, dah berdengkur hihihi pantang duduk dalam kereta dan kena aircorn.. Kesian kt hubby xde kwn nk ajk borak.. Hihi

    ReplyDelete