Tuesday, 14 June 2016

The challenging Week 14: our last tuesday

Assalamualaikum.

Minggu 14. Haha cabaran betul minggu 14 ni memang setiap semester macam tu. Sampai rasa nak ketuk-ketuk kepala je bila dah nak sampai week 14.

Tapi semester ni punya week 14 berbeza. Semester ni last dekat puncak perdana. Sedihnya.
Hari selasa memang hectic sikit sebab jadual aku penuh dari pagi sampai petang. Adehlah. bulan-bulan puasa ni tak boleh berkira masa. Bak kata sir zaidi kena sedekah masa. Yes saya akan ingat tu sir.

Pagi kelas comp cat. Kelas last untuk comp cat.
Isnin karang ada final test.
Takot weyh.

Takot aku marathon jawab comp cat macam test haritu. Hahaha


Kelas comp cat yang terakhir.  Madam dayah ni comel sangat tau. 

Madam dayah, terima kasih sabar mengajar kami yang susah sangat nak paham comp cat ni. Madam tenang je ulang balik kalau kami tak reti buat. Salah buat pon madam tak marah, malah madam ajar lagi sekali. Terharu sangat dapat pensyarah yang memahami kita ni bukan pandai sangat. Huwaaa

Kelas elearner tak sempat nak bergambar dengan madam hayati sebab kami ada test. Lepas habis test je terus keluar. 

Bergambar dengan fiy jelah sementara tunggu kelas seterusnya. 
Tapi azhar kata sir zaidi suruh jumpe group by group dekat bilik dia start pukul 4 petang. Tu menunggu je dari pukul 3 tu.

Ini kes menghangkut beg bey sebab dia ade dekat belah sana. Dah la banyak beg budak ni, berat pulak tu. Kesian fiy hahaha aku pon menghangkut satu. Aku saja snap sebab dah macam mak amek anak balik sekolah. Haha

Sekalinya bila dah pukul 4 sir tak sampai lagi, 4 suku baru sir sampai bilik, diorang ni potong barisan aku. Kurang asam betul. Dah lah aku menunggu dari pukul 3. Nasib puasa. Sabar je lah.

Eh senyum pulak dah potong barisan kita. haha

Aku rasa selasa aku penat sangat weyh. Macam-macam benda aku kena pikirkan, settlekan. belajar macam tulah. Mana ada yang senang ye dak? Aku sekarang tengah gigih habislah research aku. Caroll pun ajak hantar jumaat ni. Yes! aku boleh!

No comments:

Post a Comment