Friday, 17 June 2016

The challenging Week 14: Oh my Friday

Assalamualaikum.
Hai.

Kejap-kejap aku nak tarik nafas jap..
Fuhhh.. Hahaha
Mencabar jugaklah hari jumaat aku. Aku rasa kaki aku dah naik bengkak dah. Tadi buka puasa pun aku rasa macam nak sedut air je banyak-banyak tapi aku berbuka pon kelam kabut dengan diyan n kimi. Azan tengah berkumandang kami tengah jalan lagi. Hahaha

Okeyh start dari pagi.
Pukul 8 pagi pergi kelas. Aku ada presentation. YaAllah stress jugaklah nak presentation pagi tu sebabnya aku dengan kila memang dah berusaha baca balik kesemua report tu supaya tak kena hentam dengan madam. Kesian dekat yati dengan Kina sebab diorang ada presentation lagi untuk medical record lepas kelas e-com.

Ekceli kami presenter no 6, tapi sebab yati dengan kina ade presentation pukul 10, so kitorang present dulu. Alhamdulillah presentation sangat bagus! madam suka sangat report kami, suka cara kami present, suka produk yang kami present. Madam kata apa yang dia nak kesemuanya ada dalam report and apa yang kitorang terangkan sama ja macam dalam report. Simple and nice. YaAllah masa tu tak tahu nak cakap macam mana punya legaaaaa....

Aku dan Qila. Muka lega dah present. Yati dengan kina dah keluar masa ni tak dapat nak snap sama-sama. 

Ekceli kelas e-com sampai pukul 11 je, tapi sebab madam nak habis kan presentation harini jugak.. So kelas habis lambat. Dalam pukul 11 tu aku mintak izin nak keluar jumpa lecturer. Mintak keluar pukul 11 sebab waktu tu kan memang sepatutnya dah habis kelas. So, tak ada lah aku rasa berdosa sangat curi masa lecturer lain, jumpa lecturer lain. 

Tengah tunggu giliran nak jumpa dr. Aten dengan caroll nak submit terus research diorang sebab jumaat minggu lepas diorang dah consult and caroll dah tunjuk isnin ritu dengan aku. Aku 4 point baru tu belum consult lagi. 

Muka bahagia je diorang dah boleh submit kan?! aku je muka stress tapi lega present td okey hahaha.

Sepatutnya aku jumpa sir hari rabu, tapi sir ada meeting so, khamis memang tak dapat jumpa sebab aku ada present event. Drama weyh drama.

Kisahnya semalam aku dalam kelas consultation, memanglah group aku dah habis event workshop. Tapi waktu tu pukul 3lebih. Kelas consultation pukul 5 habis. Tak kan aku nak mintak keluar kelas untuk jumpa lecturer lain. Macam tak sedap hati je nak buat macam tu. 

Caroll dengan kak tehah pujuk aku untuk aku consult point jugak dengan sir. Tapi aku tetap kata aku tak sampai hati nak keluar. Anddd aku dah buat ayat redha. Aku cakap dengan kak tehah ngan caroll, aku nak mintak dekat sir untuk aku nak print je terus assignment tu. Kalau ada rezeki aku untuk dapat A, adalah.. Kalau tak ade, dah memang bukan rezeki aku... Kak tehah ngan caroll positifkan aku dengan cakap esok sempat kot yaya... InsyaAllah. 

Tapi maybe memang rezeki aku, aku dapat consult dulu sebelum aku hantar research tu. Tapi masa consult, aku bukak laptop lecturer aku tanya 

Sir: "u memang nak print terus eh?" 
Yaya: "kalau ada yang kena tambah saya tambah sekarang sebab saya memang nak hantar harini".
Sir: "jap saya tengok dulu"
Yaya: "Ok."
Sir: "ok. boleh print".

YaAllah masa tu leganya rasa... SubahanAllah sampai aku lupa nak sign consult punye list. Hahaha bantailah. 

Terus balik rumah print terus. Menjerit2 aku dekat diyan dengan nina aku dah dapat print report research. YaAllah.

3 bulan tau saya menghadap awak. 3 bulan saya kena ulang alik pergi bilik lecturer consult pasal awak. Akhirnya kita berpisah juga. Muah ciked.!

Lepas settle print, aku balik ke kelas e-com amek beg untuk pergi kelas ganti consultation. Budak laki pergi solat  jumaat, kami yang perempuan kena pi tengok ada lagi 2 group tak present event.

Aku terkejar masa jugak masa ni sebenarnya tapi aku target kelas ni habis pukul 2. 

Best belajar benda ni.

Tapi tetibe software tak run. Asyik 20% je dari awal. 

So, dah buang masa dah dekat situ, diorang suruh buat berkumpulan sahaja. Bagus jugak untuk aku sebabnya aku tengah sibuk whatsapp dengan caroll dengan kak tehah masa ni. Caroll hasut aku untuk hantar hari ini jugak. Tapi kalau dah lambat hantar isnin. Dateline nya isnin. Tapi ni week 14. Aku nak jugak hantar week 14. Dasar degil. 

Group ke dua punya event pun aku just kongsi dengan huza. 
Dah pukul 2 kelas tak habis lagi. Aku mesej lecturer aku tanya sir ada dekat bilik? Nak hantar report research. Sir balas yes dia ada. Aku cakaplah lepas kelas aku nak pi hantar. Sekali sir balas "tapi saya ada sampai pukul 3 je".. Nah menggelabah aku.

Pukul 2.20 kelas tak habis lagi. Aku tanya madam boleh tak nak keluar sat jumpa sir. Madam kata tunggu jap nak habis dah ni.

Caroll dah dok mesej kata hantar isnin jelah. Sebabnya aku tak binding lagi assignment aku tu. Stapler aku tak lepas lah tebal sangat. hahaha

Aku sumbat kerja dalam planner aku. 2.30 macam tu aku mintak dekat madam aku nak keluar.
Sesi bergambar aku tak join pun. Salam-salam madam minta maaf nak raya terus jalan laju-laju pergi binding dekat resak. Kedai printing fakulti tutup pulak dah. meluat aku. 

Aku rasa aku macam marathon weyh dari fakulti ke resak tunggu orang tu binding then balik ke fakulti dalam masa 10 minit ja. Dah lah pakai jubah. Jumaat noks. 2.45 tepat aku sampai bilik sir hantar report terus. Termengah aku. Smpai je aku terus duduk. YaAllah macam tak ada nyawa dah rasanya. Hahahaha

Tapi, aku lega sangat. Walaupun aku comb binding lupa nak letak plastik. Hahaha 
Dah aku tanya sir nak comb ke tape sir kata yang murah. Kira okeyh lah tu. Hahaha
Sorry sir. Kalau sir tahu saya marathon macam tu sebab nak jugak hantar week 14., mesti sir tahu kenapa saya tak letak plastik. hehe 

Caroll sampai fakulti ja pelik tengok aku dah siap hantar dekat sir. Hahaha
Aku ada snap gambar dengan report tapi caroll snap gerak lah pulak. Geram aku dah la aku mintak balik report tu dekat sir sebab aku nak tunjuk dekat mama. Tapi gambar gerak pulak. 

Alhamdulillah lega sangat rasanya bila dah settle research. Dah tak payah pikir research, dah tak payah consult research, dah tak payah nangis sebab research. YaRabbi syoknya rasa.

Sebenarnya caroll datang dekat aku sebab nak aku bawakkan gill pergi klinik. Dia demam balik. Kesian dia. 

Dah lah aku puasa boleh pulak diorang request nak makan dulu. Sebab diorang dah lapar sangat tak makan apa-apa. Gill demam punya pasal, bawakkan jugak. hehe

Diorang pergi makan, aku menunggu jelah dalam kereta. Kang kalau aku ikut masuk kedai kang, tak pepasal aku kena tangkap tak puasa. Haha

Kemain lagi dah kenyang. Aku ni setialah menunggu diorang ni. Haish geget jugak kang.
Aku yang puasa pulak kena hantar diorang pi makan. Nasib sayang kawan. Hahaha
Saja ni tanak bukak pintu. Hehehe. Gill sibuk kira bil makan. AHahha

Then lepas diorang dua dah kenyang bawak gill pi jumpa doctor. Demam dia tinggi jugak tapi selera makan okey je aku tengok. siap makan western lagi tadi. Haha

Balik singgah bazaar depan klinik then balik kolej...

Petang diyan ngan kimi bawak pi berbuka dekat giant je. Tu pun dah lambat sebab jalan jammed. Hujan pulak tu.

Punya penat aku malam tu boleh tertidur dengan pakai telekung lagi. Dah tengah malam aku bangun bukak telekung then sambung tidur. Terbangun sahur then update entry. Hahaha bye 

Ada lagi 2 assignment nak hantar. Nak baca comp cat lah. Isnin ada final test. Bye korang.

Mama, kita dapat jugak hantar research week 14. Alhamdulillah.

Saranghae

No comments:

Post a Comment