Monday, 13 June 2016

The challenging Week 14 : Moday blues? Not!

Assalamualaikum.
Ya Allah rindu nak mengarang dalam blog.

Minggu 14 memang mencabar dan mengusik jiwa. Semua orang nak emo. Termasuk aku jugak. Ade yang tersalah cakap je, aku sentap. Sampai ayat ape tah lecturer aku cakap, aku boleh terasa padahal caroll relax je. Padahal lecturer tu just suruh kitorang cepat masuk bilik dia consult sebab dia nak pergi induk. Haha Aku terus jadi macam layu je, moody je nak jumpe, mesej lecturer tu. Dah kenapa? Tapi aku jumpe jugak lecturer tu, mesej jugak kerja, email jugak kerja aku dekat lecturer tu. Haha nak belajar mana boleh ego ye dak?

Pada mulanya dalam planner aku yang busy cuma week 13. Tapi bila banyak benda jadi delay kesemuanya jadi kelam kabut. Urusan praktikal pun tak settle lagi. Allahu..

Isnin pagi. Kelas terakhir untuk research. Walaupun research aku tak siap-siap lagi. Ade je yang akan kena tambah. Aku pun tak paham. Bila consult je ade je kena tambah. ada je yang salah. adi kena tambah 4 point baru. Aku tatau nape emo sangat. Padahal tambah point je pun. Haha

Kelas comp cat aku tak snap lagi. Esok ada kelas lagi so esok baru nak emotional dengan madam hidayah. Hehe nama sama. 


Bergambar ramai-ramai dengan lecturer lepas kelas huhu
Malas nak watermark gambar. Upload jelah terus. Ni gambar aku cilok dari fb firdaus. Tu pecah tu. 
Gambar ori ade je dekat aku sebab snap pakai henpon aku. Tapi aku malas nak masukkan dalam laptop. Lambat sangat. 

Aku ada cakap dengan mama, by hook or by crook aku akan siapkan jugak research aku ni week 14 dan akan hantar jugak research ni week 14.   Boleh macam tu? Sebab tak nak pandang dah. dah bye. 

1 comment: