Wednesday, 15 June 2016

Servis penghantaran, pertukaran bateri kereta di Shah Alam

Assalamualaikum.
Hai.

Entry ni bukanlah entry berbayar ye.
Aku buat entry memang niat nak membantu. Bukan bantu korang je, malah membantu aku jugak. Kalau benda macam ni terjadi pada aku dan masa tu tak ada sapa dapat tolong aku, aku tahu dah mana aku nak refer. Aku refer blog aku sendiri.!

Hari sabtu masa aku balik ke puncak diyan bising-bising kata kereta dia tak boleh start sebab radio kereta dia menyala sendiri. Tak boleh off. Sampai bateri kereta dia kong!. Dia tanya aku tahu buat jumper tak? aku memang tak reti bende alah macam tu.Tambah lagi aku bawak kereta akak aku. Aku tak beranilah nak mandai2 sangat kang rosak tak pepasal kena marah. Hahaha

Diyan busy sangat buat system sampaikan dah hari ahad baru dia nak mencari kedai. Ahad kan kedai tutup! Mula-mula orang ni dapat datang, tapi last minute runner tak dapat nak mai. Tambah lagi hujan pulak tu.

Bila dah isnin, lepas aku habis kelas diyan call mintak tolong aku call bengkel satu ni. Tapi harga dia bagi mahal sangat! macam nak ambil kesempatan atas kesempitan orang! dah lah bulan puasa pulak tu. Ish tak baik tau. Lastly diyan call orang yang semalam yang tak dapat mai tu. Yes dia dapat datang untuk tukar bateri baru.

Diyan mintak aku pergi tengok orang tu pasangkan sebab diyan ada kelas. Tapi diyan keluar kejap untuk bayar. Kesian diyan ni keluar masuk kelas, ke sana kemari.

Okeyh aku smbung pasal bateri kereta. Aku dengan diyan jumpe perkhidmatan ni dari facebook. See, the advantages of social media. Hahaha

Bateriku.com

Orang tu datang je aku mintak dia check memang bateri kong ke?
And dia pon check tengok memang bateri tu dah tak ada power dah pon.  

Okeyh ni contact number diorang. Korang kalau ada masalah bateri kareta, kareta tak boleh start, boleh call diorang okeyh! Diorang cover bahagian mana aku tak ingat. Tapi Shah Alam, Klang memang confirm cover. 

Orang tu nak keluarkan bateri lama. 


Then letak bateri baru. Bateri lama kita jual terus kat dia. Senang. Korang nak simpan pun buat ape.

Bagi aku harga dia okey, Untuk bateri kering tak sampai 200 pun. Bengkel yang  diyan suruh aku call kan tu nak sampai 250 kot. Mahal gile! So, korang especially perempuan, kalau ada masalah bateri kereta, boleh call diorang dan diorang akan hantar terus di tempat korang. Bukan hantar je siap pasangkan terus!

Harap berguna okeyh!

No comments:

Post a Comment