Monday, 27 June 2016

Masjid Kristal, Kuala Terengganu, Terengganu

Assalamualaikum,
Hai.

Aku rasakan, aku ada tabiat macam mama. Suka sangat singgah masjid cantik. YaAllah rasa seronok sangat dapat solat dekat dalam rumah Allah yang cantik. Aku yakin ramai je yang ada tabiat macam ni jugak. And bagi aku beruntung sangat siapa yang duduk dekat dengan masjid yang cantik kemain macam ni.

Reka bentuk masjid ni dari jauh pun dah boleh buat aku jatuh cinta. Wahhh gittteww
Aku tertarik dengan design tiang masjid ni. Boleh cenggitu?

Aku pernah pergi masjid ni masa aku form 3 kot. Aku pun lupa.
Masa tu baru lagi dan masih cantik. Ni gambar masa aku pergi semester lepas (2015).
Memang terbaik lagi penjagaan yang baik sangat. Masih cantik dan makin cantik!

Aku tak berkesempatan lagi masuk taman tamadun islam depan masjid ni. Tak apa insyaAllah lain kali pulak. Mana tahu nak pergi lagi ke. Manalah tahu kan..

Menurut tour guide yang bawak kitorang masa naik cruise tu, Masjid ni tak buat solat jumaat sebab tak cukup 40 orang penduduk tetap. Tapi macam solat raya, solat 5 waktu tu ada. Memang ada. Memang ada tau kristalnya. Dekat salah satu tiang masjid yang ada 4 tu.

Serba sedikit tentang Masjid Kristal, Kuala Terengganu, Terengganu

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. 

Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.

Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Kristal


Gambar full ni di snap masa naik cruise.




Bahagian dalam masjid:

Lawakan ukirannya 

Pintu ni sticker tinted je. Tapi designnya mak ai lawanya 



Kubah boleh lihat langit.

Okeyh kalau nak tahu yang mana tiang yang ada kristal, nampak tak ada pantulan cahaya dekat bawah kubah masjid tu? Okeyh tu pantulan dari tiang yang ada kristal sebenar. Aku mula-mula ingat tu pantulan matahari je. Tapi tourist guide tu kata tu pantulannya sebab masa dekat air pun boleh nampak pantulan tu dekat air. Tapi aku tak sempat snap mase tu. Teruja sangat tengok. SubahanAllah.

4 comments:

  1. been there 2 times tapi sedihnya bila azan masih ramai yang leka bergambar. zaman di mana bermegah megah dengan binaan masjid.

    tapi lawa lah :)

    ReplyDelete
  2. baru ni pegi KT nampak masjid kristal ni dri jauh je, tak pegi pun haha. dulu dh penah masuk sekali. tapi x pernah lagi solat kt sini

    ReplyDelete
  3. cantiknya interior design dia..

    ReplyDelete
  4. Never been here. InshaAllah someday!

    ReplyDelete