Friday, 3 June 2016

Istana Kuning, Alor Setar, Kedah.

Assalamualaikum.

Eh nak cerita lagi pasal tempat best dekat Alor Setar, Kedah.
Gambar ni dah lama sangat duduk dalam external hard disk aku..
Kalau tak silap ni gambar 2013. Masa aku diploma dulu. Dah 3 tahun dah gambar ni.
Tapi aku nak jugak upload dekat sini sebagai informasi.
Tapi kalau rupa paras dah lain mintak maaflah ye. Dah kata 3 tahun lepas punya gambar.

Istana Kuning ni terletak berhadapan dengan Menara Alor Setar..
Kami tak masuk dalam istana kuning pun sebab masa ni cuti. Yes aku ingat lagi masa ni hari jumaat. So cuti hujung minggu dekat kedah.

Nanti aku rajin aku up pasal menara Alor Setar.
Tapi masa aku p tu kami tak naik atas pun. Panas lit lit masa tu.
Serba sedikit tentang Istana Kuning, Alor Setar, Kedah.

Istana Kuning ni dibina oleh Sultan Muhiyuddin Mansur Syah @ Boromokot bersamaan dengan Balai Besar dan Masjid yang hanya tinggal menara sahaja (Balai Nobat). Ia terletak dihadapan Menara Alor Setar. Kini digunakan sebagai pejabat Persatuan Kerabat di Raja Kedah.



Ia pernah menjadi tempat Sultan Kedah bersemayam 100 tahun lalu dan di sinilah Perdana Menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman anakanda kepada Sultan Abdul Hamid dilahirkan 1903. Sekarang Istana Kuning telah menjadi pejabat persatuan kerabat diraja Kedah.





No comments:

Post a Comment