Sunday, 26 June 2016

Iftar with classmate

Assalamualaikum. 
Hai.

Awas, entry ni aku humban punya berlambak gambar. Hadaplah korang hehhehe
Alah bukan selalu memori kami beramai-ramai macam ni tercipta. 

Haritu lepas final test comp cat 20 hb jun 2016 birthday abah. Oh lupa nak bagi tahu. hehehe 
Ingat tak aku ada kata yang kami nak pergi iftar sama-sama sekelas.
Tapi tak semua pun dapat join sebab ada yang ada kerja tak siap lagi, ada yang ada presentation esoknya, ada yang ada final test subject lain... Macam-macamlah. Jadi yang dapat joinnya dalam 3 kereta je. Budak laki pon 4 ketul je yang dapat join. Jadilah...

Tapi seriusly syok sangat sebab batch kitorang jaranglah dapat ramai-ramai macam ni. Kalau kelas yang terus batch kami je pun adelah semester lepas 1 kelas ima608 yang kitorang buat event dekat library, semester ni 1 kelas KM.

Ada yang kata ajaklah lecturer mana-mana sekali. Tapi takot lecturer yang tak sudi. So, kita-kita je lah. 

Ekceli bukan nak kisah iftar dekat mana, yang penting seronok keluar ramai-ramai. Nak cipta kenangan keluar sama-sama. Makanan syok atau tak tu belakang kira. Mula-mula aku ajak gerak awal sebab aku merupakan manusia tak suka drive bila jalan jammed! Opkoslah jammed kan. Even haritu aku nak balik rumah gerak pukul 4 pun dah nak patah kaki aku tekan  minyak, tekan break ni kan pulak nak gerak pukul 5. Tak apa yang wajib asar tu ditunaikan dulu. Haish aku dengan awin pukul 5 dah tercanang menunggu. Mana tak nya pukul 4 dah siap2 pakai telekung. Aku terjaga dari tidur je terus masuk toilet amek wudhuk pakai telekung.Hahaha Then, boleh pulak si caroll tengah menunggu fiy yang tak siap lagi. Tunggu orang lain lagi. Akhirnya 5. 30 baru nak gerak dari puncak. Dah lah tak tahu jalan!. 

Okeyh dah cukup corum kita selfie dulu.
Yang naik dengan aku awim, nawal, caroll, fiy.

Okeyh selfie lagi satu. Awin malas layan dah. Hehee

Aku paling lambat weyh. Dah lah aku bawak keta akak aku, stereng plak ketat kemain. Nak belok pun pakai tenaga okeyh stereng keta ni. Mana aku berani nak main cilok-cilok dalam jammed tu. Kang calar keta akak aku tak pepasal je. Kesian diorang asyik kena tunggu aku ja. Hahaha sape suruh tinggal aku kat belakang. Dah lah aku tatau jalan, lepas tu bawak aku pi ikut jalan jammed pulak. Stress aku. Dengan diorang sesat lagi. Haishh

Sampai dah.

Nak pukul 7 baru sampai dekat restoran ni. Bila dah sampai kita rehat dulu lepas tu baru bergambar. 

Susah nak bergambar macam ni kena sikit-sikit. 

Okeyh jom kita bergambar ramai-ramai.

Formal sikit dah macam gambar kelas dah.
Okeyh candid.

Fiyayabiey geng assignment dari sem 3 sampai sem 6. Stress sama-sama semua. Sebab tu aku kata bila time buat assignment ja terus diorang jadi musuh aku. Aku ni garang sebenarnya. Walaupun diorang kata tak garang pun. Tapi tolonglah kata garang. 

2 from sarawak, 2 from selangor, 2 from KL. Geng tak pernah pisah kelas. Dengan lain-lain terpisah masa sem 3, sem 4, sem 5, sem 6 pun. Sorang tercampak sini, sikit sana, sikit sini. Haha tapi dengan diorang kami berenam tak pernah terpisah. 

Eh ade aten? hehe aten mai sendiri sorang ja. Sebab aten tak duduk kolej so, tak kan nnt malam dia nak balik rumah  gelap-gelap sorang-sorang. So, lepas berbuka aten terus balik rumah. Tak join kami dekat dataran.

Sweet couple of the day. hihihi

Dah nak berbuka, jom amek makanan.

Makanan biasa-biasa je. Berbaloilah dengan bayaran. Tapi tak banyak lauk ikut selera tekak aku. 

Aku cuma makan nasi putih, ikan goreng cicah cili api kicap ja. 
Then dessert popia dengan Caramel custard. Tapi tak berapa di tekak aku. Tak habis pun aku makan.

Tunggu azan berbuka be like...
Gambar tengah melantak tak ada sebab semua kebuluran je aku tengok. Termasuk aku. Hahaha

Lepas iftar be like... muka happy hehe

Okeyh habis dah kan? jom pi solat maghrib. Solat dekat surat terdekat je. 

Then, kitorang rancang untuk lepak sama-sama duduk berborak sama-sama. Jarang kali weyh nak macam ni. Ni first and last kot. Bila lagi nak cenggini. 

Cuaca pulak tengah cantik dengan bulan pulak penuh memang lawa sangat lah.

Kitorang duduk-duduk dekat dataran kemerdekaan shah alam. Alah orang panggil dataran shah alam

Ramai orang duduk lepak sini. Ada yang berbuka dekat sini bentang tikar. Dataran ni menghadap muzium ye. Tu banggunan hotel grand blue wave. Aku pun first time lepak sini. Aku kan anak yang baik mana ade lepak-lepak. hehe

Sampai-sampai sibuk nak makan ais krim.

Okeyh ni rupa aiskrim tu. Aiskrim goyang kot nama dia. Lupa dah

Ramai-ramai makan aiskrim.

Jenuh aku mengajak main belon, tak ada nak melayan pun. Aku dengan biey je semangat. tapi at last bila dah beli semua nak main. haish diorang ni.

Fokus dekat belon ye. Bukan diorang di belakang tu aku tak kenal. Hahaha

Tengok fiy pun join main belon. tadi konon tanak kan? hehe

Okeyh gambar aku main belonnya ini je yang semenggah. Aku mintak azhar snap gambar aku, tapi penuh dengan muka dia je dalam phone aku ni. Konghasam betol.

 Diorang ada juga main roller blade.
Kesian kak teha jatuh gedebuk sebab rushing nak bangun.

Sampai jatuh-jatuh masing-masing main. lama sangat aku tak main. Masa kecik-kecik kemain jalan relax je dengan roller blade. Sekarang dah gemok dah tak main. Tak ade confident langsung. Haha kang jatuh sape nak angkat? diorang lainlah kecik-kecik je badan. hahaha

 Mira yang main dulu lepas tu lain-lain join.
Ni biey tengah tarik mira. takot dia tergolek lagi. Hehe

Caroll pun nak jugak.

Okeyh isey ni nasib ade haikal nak melayan. Dah macam penari ballet dah aku tengok diorang dua ni. Sweet sangat siap peluk-peluk hahahahahaha

Yang lain setia menunggu dekat pentas. 

Tak lama pun duduk sini, lepas dah penat terus masing-masing ajak balik. 

Nak bergambar ramai-ramai tengah cari orang nak mintak tolong snapkan. hehehe

Paling susah nak suruh posing elok-elok.

Ini kira paling elok lah ni. 
Kalau boomerang memang meremang tengok gaya diorang.

Okeyh dah ade student uitm shah alam tolong snapkan. mula-mula formal dulu. 

Lepas tu menggila. Budak tu pon snap je melayan je kitorang suruh macam tu macam ni. Kesian dak uh. hahaha

Buat boomerang banyak-banyak then balik puncak. Eh sebelum tu aku singgah bukit jelutong beli makanan sahur. Beli siap-siap kang tak pepasal tak ada makanan nak melantak sahur. 

Best sangat dapat berkumpul macam ni. Harap viva tahun depan sama-sama hari baru boleh nak kumpul ramai-ramai macam ni lagi. Tenkiu korang kawan dengan yaya. Jangan lupa yaya tau.

Bye.

Love, 
yaya

1 comment:

  1. sebenarnya memang seronok part dapat keluar ramai-ramai tu. tak kisah pun makan apa. hehee

    ReplyDelete