Friday, 24 June 2016

Hujan.

Assalamualaikum.

Aku sebenarnya tak naklah buat entry emotional dalam blog aku.
Tapi kalau bukan dekat blog mana lagi aku nak luahkan. Ye dak?

Jumaat 24 June 2016.

Hari ni Qila housemate aku balik segamat. End of 6th semester. Sem depan praktikal. Qila ni bukan setakat housemate aku, lebih dari tu. Bukan senangkan nak jumpa kawan baik yang betul-betul baik dengan kita. Betul-betul memahami kita. Padahal kitorang baru kenal 2 tahun. 

Aku ni jenis setia dalam berkawan. ye betul. Bukan nak puji diri. Tapi dalam soal kawan aku banyak bawak hati dan perasaan aku sekali untuk berkawan dengan orang tu. Ikhlas.


Aku dengan Qila kenal masa part 3 degree, kitorang sama-sama baru masuk degree dekat puncak perdana ni. Sama rumah masa tu dekat blok 4. Tapi masa tu aku tak rapat sangat dengan Qila sebab aku lebih rapat dengan Kak Ila. Qila pulak jarang ada dekat rumah masa tu. Tapi masa akhir sem 3, kitorang decide untuk duduk serumah sebab kami dua-dua pakai surat sakit. 

Maybe memang takdir Allah kami dapat serumah, dekat blok 3. Yes masa sem 4. Memang sejak sem 4 rapat sangat dengan Qila. Sampai sekarang. Semua bende Qila tahu pasal aku. Semua benda pasal Qila aku tahu. Sampaikan tak ada rahsia. Sapa qila suka, sapa qila suka tengok, qila minat ape. Aku sedih pasal assignment, aku stress kerja banyak, stress assignment, project semua qila akan tahu. Sampaikan nak jumpa lecturer yang mengajar aku pun kadang-kadang qila yang temankan padahal qila course lain kot.  :'(


Semalam kami pi makan-makan dengan diyan sekali. Berbuka dan makan sama-sama kali terakhir. huwaaa. Qila nak balik harini, aku memang dari semalam aku kata aku tak nak hantar. Sebab aku tak nak nanti aku nangis dekat situ. Tapi aku dengan Diyan mula-mula main-main je. Haha tapi pagi tadi betul-betul tak dapat hantar dekat keretapi sebab aku dengan diyan tidur lambat. So, liat betul nak bangun pagi tadi. Esok aku ada final (sabtu), diyan pulak ada submission assignment. 

Aku bukan tak nak hantar qila saja-saja tapi aku tahu nanti mesti aku sedih. Confirm nangis. aku tahu qila jenis macam mana. Dia jenis emo sikit. Tadi pagi aku bye-bye dia pun aku duduk dalam selimut. Weyh aku sedih sebenarnya tapi aku tahan. Sebab aku tahu kalau aku nangis, mesti qila akan nangis 2 kali ganda. Ohhh maii

Nak jadi cerita henpon dia tertinggal dan diyan pergi hantar dekat depan. And diyan kata qila nangis. Aku hagak dah! Tapi sekurang-kurangnya aku tak nak tengok qila sedih. Huwaaaa sedih jugaklah aku karang entry ni. 

Qila, kita sayang qila. Minta maaf kalau ada terkasar bahasa, terguris hati, tersasul berkata. Kesemuanyalah. Bye kila praktikal elok-elok insyaAllah jumpa tahun depan. 

Kita doakan qila cepat jodoh. Hari-hari qila pesan dekat aku untuk doakan dia cepat jodoh cepat kawen. Gatai dak ni. 

1 comment:

  1. Berkunjung di sini :)
    Selamat berpuasa :)
    Kunjungi balik blog saya ya :)
    Film agustus 2016

    ReplyDelete