Tuesday, 21 June 2016

Final test down!

Assalamualaikum.
Hai.

Syoknya final test comp cat dah habis.
Alhamdulillah aku tak berapa nak marathonlah masa jawab semalam.
Tapi aku tak tahulah jawapan aku tu betul ke tidak.
Harap-harap madam dayah pahamlah ape aku bantai dalam tu.

Masa tengah tunggu kila keluar rumah. 
Alamak kantoi tudung tak gosok. Lantak pi lah. :P

Gigih jugaklah aku study dengan kila. Oh ye kila memang lain course dengan aku, tapi subject ni course aku dengan kila ada amek. So, final test dibuat sekaligus.  Aku siap hasut kila suruh tak payah study note lama. Study note rda je. Nah memang rda je yang keluar. Nasib baik hasutan aku menjadi. Hahahaha

Wefie dengan madam dayah lepas jawab final test. Muka aku seketul dekat depan. Hahaha
Masa ni aku sebenarnya nak selfie berdua je dengan madam. Kemain diorang ni bising tapi aku bukak ke kamera phone semua mai sekali. Dasar sangat diorang ni. 

TQ madam dayah ajar yaya comp cat. I love u.
Sayang madam sangat.

Masa ni tengah tunggu dak kelas keluar sebab ada perjumpaan lepas final test ni. 
So, sape yang aku nampak je aku tarik nak selfie. Last dah kan. hehe

Funna. Lawa sangat funna ni suka tengok dia senyum, 

Diha. Kawan aku sejak diploma. Dulu diploma kami sekelas.

Cik Ten. Ekceli cik ten nak cepat ni sebab laki dia dah call anak dia dok menangis dalam kereta. Tapi aku tarik jugak nak selfie. Cik ten masa dia preggy dulu dia pernah serumah dengan aku. Masa part 4. Hehee. Lawa kan mak budak ni.

Lepas habis final test kitorang post dip ada perjumpaan dengan Dr Sharmila. Tak ramai dapat datang sebab sibuk nak hantar assignment research dekat bilik sir. So, sape yang ada jelah. Sekejap je jumpa dr sharmila sebagai appreciation kepada dr sharmila yang dah banyak sangat tolong batch kitorang sejak kitorang masuk lagi. Masa mula-mula kami masuk dulu, dr sharmila KP resource, sekarang Dr Sharmila timbalan dekan akademik.


Plag untuk dr sharmila. Gigih tau aku dengan caroll pi tempah bende alah ni.
2 kali pergi Plaza Alam. Nasib si caroll tu nak teman aku. Hehehe

Diorang ni tengah dok bincang tentang iftar bersama-sama malam nanti. (nanti aku story pasal ni)

Tengok tu tak sudah lagi dok berbincang. Tengah tunggu dr sharmila mai masa ni. 

Okeyh dr sharmila dah mai. Azhar sampaikan plag kepada dr sharmila. Hehehe

Sempat juga dr sharmila berikan amanat dan pesanan terakhir kepada kitorang. 
Pesanan yang sangat berguna. Suka sangat sebab dr sharmila kan seorang ibu. Opkos pesanannya akan lebih kepada keibuan. Pesananan yang bagus untuk kami. Nasihat untuk intern, apa yang patut buat, apa yang boleh buat, apa yang tak boleh buat, apa yang patut pakai, apa yang tak boleh pakai. Macam-macam lagi lah.

Gambar beramai-ramai. Azhar tak ada sebab dia jadi photog. 

Okeyh time ni ada azhar, isey tak ada. Hehehe

Terima kasih korang sebab jadi rapat sangat bila dah semester last. 
Tapi yaya rasa batch kita start rapat sejak semester lepas masa buat event dekat library tu. 
Korang memang the best!. 

Terima Kasih kesemua pensyarah FPM yang banyak tolong kami :'( terharu. 

Bye. 

Love,
yaya

No comments:

Post a Comment