Saturday, 25 June 2016

End of semester 6

Assalamualaikum.
Hai.

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan berakhirnya paper final knowledge asset tadi, tamatlah semester 6 aku.
Alhamdulillah.


Walaupun aku jawap paper tadi macam habuk ja.
YaAllah aku ni selalunya malas nak kenang balik jawapan aku dah tulis. Kalau ada kawan aku yang macam dah habis paper tanya dia jawab betul ke tidak, aku mesti malas nak layan. Tapi paper tadi betul-betul buat aku termenung. Haha

Knowledge asset ni subject baru yang post dip macam kami wajib amek.
Lecturer aku selalu sebut KM, Knowledge Management.
Ni subject master sebenarnya tapi dah dijadikan untuk degree resource.
Masa ada kawan aku tanya yaya ada final tak? Aku jawablah ada, subject baru Knowledge Management.
Then, kawan aku boleh cakap eh tu bukan subject master ke? korang resource je kot nape nak amek yang master punye?
Sentap terus aku! Senyum tanpa bicara.

Sebelum paper start haruslah duduk berbincang begini. Bagi semangat dekat lain-lain.

Kami first batch amek subject ni. Adelah jugak dak yang amek elektif subject ni. Pelik aku nape amek subject ni? Hahaha ni mesti sebab dah tak ada pilihan kan? Bak kata zainab.
Assignment dia susah jugaklah bagi aku. Assignment kami lain sikit dari dak elektif aku tengok. Tapi alhamdulillah ritu aku dah anta kan.

Memang tak ada past sem lagi untuk nak dijadikan contoh.
Aku memang awal-awal dah tanya sir zaidi format soalan macam mana.
Sir pun beritahu kami sekelas, aku dah ada aim target bahagian mana yang akan keluar, yang mana aku nak skor lebih.

Tapi soalan tadi totally different!
Format soalan tak sama macam sir zaidi cakap. Aku masa bukak paper tadi aku terus macam eh mana part lain? Aku salah dapat paper ke? Aku tengok bahagian depan betul je. Lecturer aku kata ada 3 bahagian. tapi soalan tadi ada 2 bahagian je. Terminology tak ada pun. Sir kata jawab 2 essay tapi tadi kena jawab 3 essay. Adeh laaa

Aku tak adelah salahkan lecturer aku, maybe sir tersalah ingat dengan paper lain. Tapi aku sedih jugaklah. Sebab masa kelas pertama KM lagi, masa tu dr tengku yang ajar, aku dah target insyaAllah boleh dapat skor kot subject ni. Tapi lepas jawab paper tadi aku terus kata B- pun jadilah yaAllah. Harap sir zaidi paham ape aku merepek dalam tu. Walaupun ada dak elektif cakap soalan tadi senang sangat. Tapi mungkin sebab aku rasa kecewa kot tu aku tak dapat nak berfikir sewarasnya.

Muka tak berapa nak happy lepas pengawas exam amek paper.

Lepas habis paper kami bergambar beramai-ramai. Nasib tak ada yang keluar awal.
Aku tabik lah kalau diorang keluar awal. Macam marathon ja aku jawab essay tadi. Hahaha
Keluar je dewan exam batch aku be like.. weyh nape soalan pelik. Nape tak sama? Nape format lain? maka kami ber huhuhu

Jenuh cari orang nak snapkan gambar. Tapi sabtu kan mana ada orang sangat kat faculty. Jadi kami selfie je lah. Azhar panjat kerusi.

Geng lelaki. 

Susah betul nak suruh bergambar. Bila suruh candid jadi cenggini. 
Belum tengok masa buat boomerang lagi, macam-macam gaya keluar.

Geng perempuan. Hahaha 
Saja post yang ni sebab aku rasa comel sangat diorang time tak ready ni. hehe
time boomerang, separuh je yang gerak-gerak. Separuh tegak je. hehehe

 Yaya snapkan gambar kitorang pakai phone yaya. Haish la  muka aku tak ada. 

 Diorang lagi. 

Mira, caroll, aten, awin

Ermmm diorang lagi. Hahaha
Fiy, saa, amir, awin, mira, aten, ain, caroll, fir, nina

Bye korang. Jangan lupa yaya ye. 
Praktikal elok-elok. InsyaAllah kita jumpa time viva.
Aku sebenarnya tak nak menangis pun sebab memang setiap pertemuan mesti ada perpisahan kan. 
Tapi tadi masa aten nangis peluk aku dengan caroll depan library aku memang dah tak menahan weyh. Balik je rumah terus nangis. Cair hati weyh. 

Lepas exam ajar si caroll bawak kereta alah dekat fakulti je. Malas aku panas-panas ni nak pergi jauh-jauh. Hahaha duduk kejap depan bilik pensyarah sebab nak aircond and wifi. Then balik bilik qadar tidur.

Caroll ajak jumpa lecturer yang kitorang selalu jumpa untuk assignment, caroll nampak ada kereta lecturer tu (dia ni kenal aje kereta leccurer tu. Stalker eh?) nak minta maaflah dah akhir kan. Tapi dah sampai depan bilik lecturer tu, teros aku ajak balik. Tatau nape aku tak ada mood sebab nak nangis pasal aten tadi kot. ke sebab aku mengantuk? 

Bye uols.

Love,
Yaya

No comments:

Post a Comment