Saturday, 11 June 2016

Drama sabar.

Assalamualaikum.
Hai.

Aku baru balik semula ke puncak. Haha balik rumah sehari je. Kesian dekat mama. Perancangan sebenar memang aku tak nak balik rumah minggu ni.. Tapi semalam dari pukul 11 pagi mama asyik call, mama tanya balik ke tidak. Dan aku cakaplah tak balik sebab banyak kerja. Then pukul 1 mama call tanya soalan yang sma. Pukul 2 pun soalan yang sama tapi siap ada ayat sedih sikit, "mama rindu nak bukao puasa dengan anak mama". Aku tahan lagi aku kata tak dapat balik.

Then pukul 3 mama call kata dia nak p beli kurma dekat shah alam. Nak mama amek ke? aku kata tak apalah.. Then pukul 4 mama call tanya soalan sama. Nak balik tak? Then aku mengalah. Anak mana yang tak cair hati bila mama dia tanya banyak kali weyhhhh soalan sama pulak tu. Tapi aku kata biar aku balik sendiri sebab kesian mama ngan abah nak kene anta aku balik semula harini.

Pukul 4 petang weyh baru nak gerak dari puncak perdana!. Jammed dia cenggini!


Ya Allah naik krem kaki aku tekan minyak tekan break minyak break. Nasib aku drive auto. Kalau aku drive manual mahu tercabut terus kaki aku kot. hahaha Sampai aku pi masuk jalan lain sebab tak tahan sangat jammed tak gerak.


Dan nak jadi cerita aku termasuk Federal. Menjerit aku dalam kereta.Nasib sempat lari masuk NPE. Fuhhh tapi jammed jugak. Memang waktu orang balik kerja. Tu nasib cuti sekolah lagi. Kalau dah start sekolah nanti. Haishh Aku memang betul-betul belajar erti sabar masa ni.. fuhh puasa.

Mama memang hebat buat ayat drama.
Anak mana yang tak cair hati.
Mama kan.

No comments:

Post a Comment