Saturday, 21 May 2016

YayaKitchen : Not!

Assalamualaikum.

Aku rasakan, aku nak wujudkan lagi satu tajuk entry yang kekal. Macam sebelum ni aku ada buat tajuk entry yang kekal contohnya: 

Anugerah hari yang indah


Luahan hati


So kalini, aku nak wujudkan satu lagi tajuk entry iaitu YayaKitchen. Kira macam segmen lah jugak. Aku akan kongsikan resepi masakan ke, apa yang aku masak ke, asalkan daripada dapur dan daripada air tangan aku.. Wahh gitteww..

Tapi kalini aku tak nak kongsi resepi sebab tu aku letak Not! ni makanan yang aku makan dekat luar. Aku perasan yang aku ada satu sikap yang suka snap gambar makanan yang cantik. Bila makanan tu nampak cantik mesti kita tertarik nak makan kan. So, entry yang bermula dengan YayaKitchen mesti akan memaparkan segala-galanya tentang makanan yang telah berjaya aku melantak. Tak kisahlah aku masak sendiri ke aku beli ke. Aku akan mentionkan. 

Aku rasa perangai aku ni bukan aku je yang ada, kila rumate aku pun macam tu. Aku pernah kene marah dengan dia sebab aku dah gigit shushi tu tapi kila suruh letak balik sebab belum snap gambar. Kurang asam betol.

Jadii, gambar dibawah bukanlah secara oneshot sahaja. Aku baru transfer gambar dari  henpon dan aku perasan gambar makanan memang berlambak dah macam syurga makanan. Korang jangan bukak entry blog aku masa siang bulan puasa nanti. Kang ade yang salahkan aku korang tak menahan puasa. Hahaha

 Weyh aku rasa craving dip n dip lah. 

Aku kalau keluar dengan akish (akak aku) mesti nak feeling2 korea or japan. 
Bukan itu je, dengan iera dan ros pun macam tu.  

 Sangkaya. Aku sukaaaa

Ni masa makan dengan roslinah dekat bangi. Dia ni rajin jugak melayan aku snap gambar-gambar ni. Mostly kalau aku pakai phone dia, dia pun merajin lah send satu-satu dekat aku walaupun berzaman jugak aku kena tunggu.  

Ros recommended! sotong telur masin!
Memang sedap pun 

Aku, qila, akish, ros, iera memang hantu shushi.  

Menu wajib aku kalau p shushi king!

Ini jelah yang aku nak share gambar makanan daripada memori phone aku. Kang aku letak banyak lagi korang marah pulak sebab membuatkan korang kelaparan. Hahaha Bulan puasa dah nak start ni jangan korang craving melampau sudah! 

bye. 

No comments:

Post a Comment