Monday, 23 May 2016

Pemandangan Pantai di Marang Terengganu

Assalamualaikum.

Aku mempunyai satu hobi dalam bidang photography / megambil gambar. Aku rasa seronok sangat bila dapat tengok hasil gambar yang aku tangkap walaupun tak hebat pun hasil gambar tu. Tapi cukup buat aku teruja.  Aku bangga dengan diri aku bila aku dapat buka balik folder memori melihat semula moment-moment yang berjaya aku tangkapkan. sebab tu bila lihat semula folder memori memang tak banyak gambar aku yang ada muka aku. Sebab gambar tu kebanyakannya ditembak oleh aku.

By the way gambar pemandangan pantai ni aku ambil semester lepas. Masa trip ke Terengganu untuk subject publication. Lokasinya ialah di pantai dekat motel yang kami tinggal. Kami menginap di Rhu Muda Beach Motel. Tenang je rasa bila dapat mendengar dentuman ombak, bunyi laut yang tenang. SubahanAllah hebat sangat ciptaaNya. Gambar ini waktu pagi. Aku berjaya tembak gambar sebelum matahari keluar daripada awan. SubanAllah cantik sangat-sangat. Masa hari pagi ni aku tak join kawan-kawan aku mandi pantai. Masa petang je aku join. Sebab aku nak tengok matahari naik ni lah!

Beruntung sangat sapa yang ada kampung dekat dengan pantai. Bila balik kampung je dapat dengar bunyi laut yang tenang.

Aku nak abadikan gambar-gambar ni dalam blog aku supaya nanti boleh aku tunjuk kepada suami aku, anak-anak aku, cucu-cucu aku, cicit-cicit aku. Haha boleh gitteww?

Bunyi ombak yang kuat memang best sangat. Hilang kesemua stress


 

 Cantik sangat macam buih tapi bersih je. YaAllah seronoknya


Nampak tak matahari dah jeling-jeling

Keluar dah sikit. Cantik sangat!


Keluar dah kesemuanya...

Dah macam lukisan je matahari naik ni. Cantik teramat sangat!

1 comment:

  1. Hi Yaya, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    ReplyDelete