Wednesday, 11 May 2016

ke Kedah ke kita

Oh hai.
Assalamualaikum.

Haritu ada cuti hari pekerja, so aku dari awal memang dah merancang dengan paah untuk pergi kedah. Pergi rumah paah je sebab kak fana kawen. Kak fana tu kakak paah. Kakak paah ni selalu amek aku mase dekat airport dulu masa aku belajar dekat kedah. So, aku kenal akak dia lah. 

Disebabkan kitorang nak cepat2 sampai, so kitorang pergi naik flight. Tempah tiket awal-awal sebab takot penuh dan mahal. Tu pun masa kitorang naik flight penuh. Naik MAS. Memang selesa. 

Flight dari KL ke AOR 29 April pukul 7.55 malam. So, petang sepatutnya pukul 4 dah gerak tapi hakak aku lambat sampai rumah. So pukul 5 gerak takot jammed and beratur panjang dekat check in luggage. Memang panjang pun beratur tu je dah nak sejam. kaunter bukak tak banyak. 

Ekceli aku nak amek paah dekat upm bawak p uma aku pukul 12, tapi dia ade kerja sikit nak rekod video, so aku pun amek dia pukul 12.30. 

Tragis jugak nak pergi amek seketul paah ni sebabnya dia ingat aku main-main ja nak p amek dia. Aku dah elok dekat eko 2 tapi dia tak dak. Lama jugaklah aku mengunggu dekat eko 2. Dah la tak ada orang sebab waktu rehat solat jumaat kan. Aku call2 banyak kali tak dapat, mesej tak balas, whatsapp tak terbalas. Akhirnya aku tweet je dia. Nahhh dia balas! dasar sangat kan paah ni.


Tu pun akhirnya aku jumpe dia tepi jalan tengah lenggang jalan kaki nak balik kolej. Hahaha Bawak dia balik kolej mandi, amek baju semua terus balik rumah aku dan tunggu hakak aku untuk anta kami ke airport. 

Dari rumah aku nak ke airport ni tak de lah lama mana pun. Tapi kalau jammed tu memang jadi lama. Nak masuk kawasan putrajaya-cyberjaya tu jammed! situ je dah nak setengah jam.

Sampai-sampai je beratur check in luggage. 

Beg seketul sorang.

Lepas settle semua, dapat tiket sebab aku tak sempat nak print.
Tapi bagus jugak dapat bende ni sebab aku dah jadikan penanda buku. Haha dasar kedekut nak beli penanda buku kan.

Lepas settle beg dengan tiket pergi melantak mekdi dulu. Kasi perut kenyang kang lapar-lapar dalam flight payah. Walaupun flight tak sampai sejam pun.

Syok lah tu paah dapat balik kampung.

Eh kami lagi. Paah ni memang putih melepak kulit dia. so bila bergambar dengan aku dah jadi macam before after pun ye jugak.

Aktiviti dalam flight memang bosan. tengok movie dengan subtitle bahasa arab. adehhh

Okeyhlah nanti aku sambung dengan cerita di kedah.
**yaya tak dapat pun solat dekat masjid zahir sebab yaya cuti :(
Sedihnyaaa

1 comment: