Sunday, 22 May 2016

Joomla.

Assalamualaikum..
Hai.

Okeyh tajuk tu sebenarnya nama software nak buat website. Aku bukan nak mengajak korang kemana pun.
Hari selasa ritu jenuh si caroll dok mengajak aku untuk join workshop joomla ni. Aku sebenarnya okey je. Tapi bila kata benda alah ni nak buat hari ahad aku terus macam kenapa ahad? Ahad its time untuk aku rehatkan minda. Hhahaha poyo.

Muke kena bangun awal di hari ahad. Hahaha 

Tapi aku join jugak sebab aku dengan caroll ada misi semester ni. Lagi pun tiap kali aku nak jumpa lecturer dia yang meneman. Kang dia tak nak teman aku lagi kang!

Aku pun tak tahu mana caroll tahu ada workshop ni, aku rasa haikal yang mengajak dia and suruh ajak kami lain-lain ni sebab ramai tak nak join tetibe rasanya. Aku pun lupa kenapa.
Aku peliknya aku tak menahu pun ada bende alah ni. Ada yang kata masa bulan 4 pun ada workshop google apa tah tajuk dia aku lupa. Ada yang kata yang itu lagi best. Tapi aku tak tahu pun ade workshop tu? Ke aku yang tak ambek tahu? Hahaha

Zu ada, kak tehah ada, zamira ada, nina ada, awin ada, nawal pun ada. Okeyh tapi gambaq tak snap plak.

First impression aku tentang workshop ni okeyh je sebab masa sampai tu banyak geng aku jugak.
Sampai2 tirah borak-borak cakap nasib kitorang nak join sebab tak ramai jadi join. Tirah ni dia recma. So, diorang yang handle workshop ni.

Sampai ke akhir workshop ni memang best weyh!
Aku tak tahu kenapa aku rasa teruja gila bila end up website aku menjadi.
Bila aku punya library system aku menjadi!
Syok!

Trainer workshop ni sir fazli. 

Hebat sir fazli ni. Seorang website builder yang hebat bagi aku. Fuhh

Kalau tak menjadi jangan risau sir akan tunjukkan, ajar balik, 

Sampai bangun-bangun caroll ni tolong tengokkan awin punya sebelum awin marah kami. Hehehe

Muke kelaparan. Hahaha nak balik rehat jap.

Rehat dari pukul 12 sampai 2, makanan diberikan. Jimat duit. 
Aku balik mandi tukar baju. 
Panas weyh. 

Kelas sambung balik muka segar dah mandi hihihi  lepas tu sambung buat website dengan library system.

Syok weyh syok bila klik keluar gambar buku. 

Ni library system aku. hehehe

Caroll muka stress dia punye tak keluar gambar buku. 

Kelas lepas rehat ni tetibe tak ramai orang dah. Haha
Tapi aku suka sangat weyh sebab bila sir tanya uol nak tahu tak macam mana nak bagi benda ni kami pun semangat nak. Semua benda nak tahu. Sir pon tunjuk semuanya. Syok jugak tak ramai orang ni.

Dah habis tu kami bergambar beramai-ramai. 

Ada yang kata sir merajuk sebenarnya. Aku tak tahu cerita so aku buat dont know ja mula-mula hahaha. 
Tapi masa sebelum start workshop tu sir ada lah sebut lepas ni tanaklah buat bengkel untuk part6.. Depa takmau join. Huwaaa kami suka ja. Harap sir buat lagi workshop macam ni sebab best dan berguna sangat!

1 comment:

  1. bestnya. maybe boleh bagi free tutorial pulak :P

    ReplyDelete