Thursday, 14 April 2016

Luahan Hati 2

Assalamualaikum.

Aku rasa lama sangat tak update blog. Ekceli banyak je cerita yang aku nak abadikan dalam blog ni tapi aku tak tahulah kenapa aku asyik rasa tak larat je bila tengok blog aku sendiri. Hahaha

Aku rasa cuti mid sem aku dihabiskan dengan aktiviti yang asyik menghadap assignment. Walaupun aku kecewalah jugak dengan diri aku sebab target aku assignment individu siap hari ahad, group siap hari rabu. Tapi harini khamis weyh khamis assignment group aku satu pun tak jalan! Individu pulak ade satu assignment tu aku nak kila ajarkan aku. Tapi still okey sebab yang paling besar dah siap. 

Semalam rabu aku balik puncak sekejap aku bedal bawak roslinah. Pedulik pulak aku dia bukan student uitm. Balik puncak sebab aku nak amek planner ngan note book aku. Kesemua dateline dalam planner. Kesemua senarai assignment dalam note book aku. Aku mintak-mintak orang ni lama sangat nak tunggu diorang bagi senarai. Nasib kak awin bagikan dekat aku. Terima kasih kak awin. Yaya sayang akak. 

Alang-alang pergi puncak aku jumpe lect aku sekali. Tunjuk assignment. Nasib dia ade tu pun aku tunggu sejam gak lah sebab sir suro jumpe after 2.

Aku takut sangat semester ni. Kalau boleh aku tak mahulah sampai tak tidur buat assignment sorang-sorang. Sorang-sorang. :'(

Muka bajet bahagia sebab assignment susah tu dah siap.! Terima kasih sir sebab memahami target saya dan membantu saya untuk assignment tu. Saya terharu sebab Allah ada berikan orang memahami situasi saya walaupun sir tak tahu pun saya sakit. :'(

Hahaha bye. Doakan aku tau babe

No comments:

Post a Comment