Monday, 4 April 2016

Kalut

Assalamualaikum

Sekarang ni kalut sangat. Macam-macam hal jadi, macam-macam hal kene settlekan, macam-macam hal kena rushing, macam-macam hal kena settle!

Mungkin aku je yang rasa kalut sebab aku sibuk nak kasi settle individu assignment aku ikut waktu dateline aku sendiri. Bukan dateline lecturer bagi. Haish dia punye kelam kabut sampai aku sendiri terlupa makan. Tapi apehal aku tak kurus2??  Aku makan nasi seciput je tapi tak kurus pon! Tak adil dunia ni! haishh

Target aku nak siapkan research aku sebelum pertengahan bulan 4. Bole ke? aku ni dah la blur asyik tak paham je ape dr cakap. Pastu sedas kene perli. Terasa iols beb!

Tadi aku pergi kelas lupe makan ubat. Habis batuk tak henti2 mengganggu orang lain. Sorry lah ye.

Tengah break kitorang bantai layan lagu sambil selfie. Ni spek mata b. Aku pakai dah macam ugly betty dah. 

Aku pergi batuk kat luar kelas dekat meja mekdi. Aku rasa tak adelah lama sangat pun tapi tup2 aku balik kelas tengok dr dah nak habis terangkan assignment  research nak hantar naik cuti ni.  

Sedas jugak lah aku kena dengan dr tadi sebab aku tak tahu assignment ni kebendenye? Habis kantoi sekelas sebab dr tnye sekelas mase tu. Sekelas tahu yang aku tak paham kejadah bende alah ni.

Terus cepat2 atin nga ceroll ajar aku macam mana nak buat. Mesti diorang paham perasaan aku. Malu Beb malu! Nak nangis jugaklah aku mase dr cakap macam tu depan kelas kan. Aku pulak sebelah dia.

Beratur nak tunjuk progress dekat dr beratur punye lama. Sebab bila sampai turn aku dengan ceroll je mesti ade orang lain yang tunjuk dulu dekat lect.

Tu cahaya lcd bukannya aku yang terlalu bercahaya di siang hari.

Tengah snap satu kelas macam ni tetibe dr cakap 
"Kelas uols ni suka selfie kan?"
(sebab dak-dak laki kat belakang tu tengah syok selfie hahahaha)

Terus simpan phone seksiap tak pepasal kene.

Dah nak study esok test! Homaiiii doakan aku berjaya semester ni dengan mantop!

No comments:

Post a Comment