Tuesday, 3 May 2016

Hearts through words

Assalamualaikum.

Sebelum aku nak terlupa nanti nak story pasal pertunangan soya, trip aku ke kedah baru-baru ni. Haish sampaikan semua bende aku lupa. Aku baru balik dari kedah. Aku pergi sana bukan jalan-jalan pun sekadar ade hal sikit. Tapi aku sangat enjoy. Walaupun hakak aku dah bertunang bape bulan dah. Tapi dalam otak aku bende tu belum basi. Hahaha

Sebelum aku nak update entry pasal itu semua, aku nak warm up dulu dengan entry lain. Sikit punye lama jugaklah aku amek masa nak update entry. Malas sangat aku sekarang nak bukak blog. Tapi aku lagi nak termuntah asyik hadap assignment. 

Kalau tengok planner aku, memang hampir setiap hari penuh jadual aku. Ade je kerja yang perlu aku selesaikan. Sampai lebam-lebam muka aku dok menahan mata dari membuta. Tapi kadang-kadang tu aku kecundang jugak dengan tudung ke kelas aku bantai baring tido bagai. Pedulik.


Semoga aku kuat untuk semester ni. 

Yours sincerely, 
Yaya

1 comment:

  1. same goes with me. biasa hujung-hujung sem ni memang tekanan sikit.

    ReplyDelete