Thursday, 7 April 2016

Dah nak dua tahun dah dok belajar dekat Shah Alam tu pun boleh sesat!

Assalamualaikum...

Hai. Aku nak story cerita aku semalam. Okeyh even aku smpai sekarang bile teringat je mesti nak tergelak-gelak so, aku mengredho jelah aku dengan kila nak pergi plaza alam sentral boleh sesat! 

Aku ada deal dengan lecturer untuk nak tunjuk progress literature review. Aku mesej dr dia kata jumpe dia dalam 10 minit. Aku bantai p jumpe dia sejam kemudian sebabnya aku tunggu ceroll balik puncak untuk teman aku. Yelah takkan aku nak p sorang. Lect aku bukan perempuan wooo.. Adab kena jaga jugak. Dah smpai bilik dr, ada dak lain tengah consult so kene tunggu. Lama jugak nak setengah jam macam tu jugaklah. Dah lah aku kelaparan! dr nak bagi gula-gula berangin cepat2 tolak takut muntah kang tak memasal je.. Walaupun tu gula-gula favourite  aku. 

Lepas jumpe dr dah consult assignment, terus2 balik anta laptop amek kunci kereta gerak nak p plaza alam dan terjadinya tragedi sesat 2 pusingan HAHA.

Ekceli kami tak sesat dari mula sebabnya mula-mula kami dah smpai tepat-tepat depan plaza alam sentral tu, tapi nak dijadikan cerita kila tak nak kuar kereta sebab dia malas and kitorang cari tempat untuk aku boleh park kereta tepi jalan. Tapi masing-masing tak reti sebenarnya! 



Dengan konpiden jugaklah si kila ni dok buat suara waze. Sekalinya kami sampai termasuk kawasan sungai rasau. Dah kejadah  bukan sekali hokeyh dah habis sesat satu round, boleh pulak kami bantai sesat second round sebab salah pusing lagi sekali! HAHA!



Kali kedua salah masuk tu boleh pulak kami termasuk kawasan sungai muda pastu ke klang bagai. Mengredho jelah kena bayar tol bape kali tah! hahaha sejak bile pergi plaza alam kena ade tol?!

Pergi Plaza Alam ni nak ambil spek mata aku je. Ritu aku dah tempah dekat kedai tingkat bawah tu so, rabu dah siap. Lepas amek spek masing-masing dah kelaparan sangat sebab tak melantak dari pagi. Power spek naik sebab dah dua tahun pakai spek lama kan. 

Kitorang makan dekat ayam penyet sebab tu je kedai yang aku nampak dekat level bawaah tu selain fast food. fuhh

 Aku suka makan ikan. So aku order ikan

 Kila makan ayam penyet

 Kila kalau makan kena senyum so kita buatkan awak ikon senyum hehehe

Muka redho sesat 2 kali hahaha

Tengah sesat2 cari jalan pun boleh menyanyi2 pasang radio. Mane tak lagi sesat. Haha

Spek mata baru aku ni sama je dengan yang lama. Erm bukan sama sangat cuma lebih kurang jelah.. Cuma yang ni besar sikit sebab ni je yang murah so aku mengredho jelah pakai spek beso ni. Aku kata kat kila aku rasa hidung aku dh macam zizang bila pakai spek mata ni. Dia kata hidung memang rupa macam ni. Errr yelah.

No comments:

Post a Comment