Tuesday, 8 March 2016

Update perkara yang Random

Assalamualaikum.

Aku nak update entry untuk mengisi masa lapang aku sekarang ini sebabnya aku telah berjaya mentido selama 3 jam dan sekarang aku tengah pening kepala. Bila terjaga lebih awal macam ni haruslah kelaparan. Lepas ni aku kene brainstorm lagi untuk tajuk assignment. Aku pun dah pening kepala dalam kelas tadi. Aku rasa dalam 2 minggu ni aku blur lah! Semua kelas aku masuk aku macam eh ape bende ni? Eh nape ni? Hadoiii

Semalam tangan aku kene cucuk kiri kanan sebab darah tak mau keluar :'( 
Sakit wooo habis bengkak tangan kiri aku ni sebab jarum tu terkena lapisan kulit doc kata sebab tu jadi bengkak sangat. 

Sampai aku tak larat nak drive balik kolej semalam. Terus aku kene balik pagi tadi nasib baik jalan jem tak lama sangat. Aku gerak pukul 8.30 pagi dalam 9.45 baru sampai. Lama lah jugak kalau nak diikutkan tapi asalkan perjalanan selamat. Nasib aku sempat samai bilik dulu mandi dan print note terus pergi kelas. Tu pun aku antara calon terawal sampai ke kelas. 

Tadi dalam kelas ade buat debate. Tapi aku tak berapa reti debate yang ala macam ni sebab masing-masing tak membangkang hujah. Pelik pulak aku. Aku just tunduk2 bagi idea dekat awin je. Hahaha 

Ini bukan Lecturer aku ye. Ini classmate aku jugak tapi dia jadi moderator untuk debate ni.

Stress muke masing-masing pikirkan hujah. Hahaha

Kelas waktu petang pun aku pulak yang stress melebih sebabnya aku tak paham ape yang lect aku dok cakap. Last sekali aku paham assignment untuk subject tu ada lima! LIMA okeyh! Minggu depan lect nak skecth dah. Siap nak dengan research article pasal  skecth. Satu idea pun tak mari lagi dekat aku. Ape nak jadi ni? Sedihnyaaa. Korang doakan aku ye?

Semoga Allah permudahkan urusan yaya ni. Aminnn...

Aku rase aku semester ni makin blur-lah. Maybe aku banyak stress mase minggu pertama. Ni baru minggu ke dua dah ade finishing school. Hey baru week 2 kot tak kan aku dah tak dapat balik hujung minggu? Minggu depan pun ade finishing school. Kesian mama tak ada orang nak tolong dia dekat rumah untuk pertunangan soya. 

Okeyhlah aku nak pilih tajuk untuk research ni. Dari minggu lepas aku dah stress pasal bende alah ni. K lah. Bye.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Saya dari dulu tak pandai debate. Rasa macam nak menangis setiap kali kena debate.

    ReplyDelete