Tuesday, 1 March 2016

Majlis Aqiqah Baby Qaleef

Assalamualaikum.

Aku harap cerita ni tak basi lagi. Alahh belum basi lagi kan.
Ni cerita sehari sebelum aku balik daftar kolej dekat puncak. Sabtu, 27 March 2016. 
Mama memang dari awal dah bagi tahu tarikh ni dia nak balik kampung sebab cik merah dengan wo saat buat aqiqah cucu dia. Aku memang okey je. 

Pagi tu aku malas sangat nak bangun pagi. Macam ade miracle yang menghasut aku untuk tak payah bangun pagi sebab nanti isnin aku dah start kelas kene bangun awal.  Hakak aku kejut pun aku asyik cakap lah 5 minit. Haha

Gerak pergi kampung mama dah pukul 10 lebih macam tu. Sekejap je dari rumah kami ke Sg Choh, Rawang.  Tak sampai sejam dah sampai. Mase sampai-sampai orang tengah marhaban dah separuh jalan marhaban tu pun.. Tulah datang lambat tak dapat nak join dari mula. Haha

Sampai-sampai je masuk ikut pintu dapur sebab parking kereta dekat belakang. Masuk-masuk salam mak cik2 semua terus melantak kuih. Haha konghajo betul.

Cik merah dengan Wo saat ni pak cik sepupu aku. Sebab Wo saat ni sepupu mama. Jadi, kak ayu ni kira dua pupu aku dan qaleef ialah anak sedara pupu. Hah macam tu kot. Aku pun tak paham sangat. Yang pasti aku suruh akak qaleef panggil aku akak bukan untie sebab nak bagi effect nampak muda tu. Haha 

Aku semangat sebenarnya sebab ade kuih koci. Tapi bila bukak tu bukan koci fav aku. Sebab aku suka kuih koci kaler purple tu.  Ini koci labu. 

Lepas makan sebijik kuih tu terus pergi dekat meja makan belah depan tengok orang marhaban dekat ruang tamu depan.

Eh eh nenek ade dekat situ tengah marhaban jugak.

Dalam 15 minit jugak aku duduk situ cepat2 aku keluar sebab nak snap gambar sebelum ramai orang. haha Khemah ade jugak untuk keselesaan orang ramai. Makanan pun dihidangkan di khemah.

Mase ni makanan tak sampai lagi sebab tu aku tak dapat nak snap gambar makanan yang best tu. Tapi bila dah sampai aku terus lupa nak snap. 

Kambing golek pun ade 2 ekor.

Ruang santai ada air panas, kuih muih, pulut, rendang dan lain-lain. 

Mula-mula kuih dekat sini macam tak laku sangat sebab orang tak perasan, pastu mama pindah kan ke meja makanan utama terus laku sampai aku ulang alik p top up kuih tu. 

Mase dah habis marhaban tu aku cepat2 p masuk dalam sebab aku nak tangkap gambar baby qaleef.

Seketul baby qaleef disitu sedang lena beradu.

Eh ni seketul qaleef ke seketul pocoyo ni. Awat comel sangat.

Orang dah mula ramai dah mase ni. Yang ramai-ramai tu orang ambil ais krim. Aku pun 3 kali ulang alik amek ais krim. Haha

Gambar lepas-lepas tu tak ada sebab aku dah bad mood. Ada orang terlanggar tong air teh o' yang  mase tu aku ada di depannya. Kira tong air tu belakang akulah. Aku tengah berborak degan mak cik aku dengan mama. Tetibe tong air tu jatuh kedebuk kena kain aku. :'( 

Habis basah aku paling teruk. Mama kena sikit jerr. Dengan hati sedih sebenarnya aku pergi basuh kain aku. Habis keras kain aku yelah air manis kan. Basuh pulak pakai air paip je. Mesti orang yang tengok kain aku basah je lepas basuh tu. Adakah diorang pikir yang aku terkencing dalam kain baju kurung? Ah sudah. Aku terus ajak bapak aku balik. Hilang habis mood aku. 

Tapi mase perjalanan balik ada hati singgah KL beli barang nak balik kolej esoknya. Haha

1 comment: