Sunday, 6 March 2016

Cinta 100kg

Assalamualaikum.


Korang layan cerita ni? Baru start semalam. Aku pun kebetulan tengok semalam sebab ingat cerita sebelum ni lagi yang tayang. Aku tak layan cerita sebelum cerita ni. Aku tertekan tv3 smalam tengok dah start cerita baru. Episod satu baru dan aku ni peminat sherry al hadad dan sharifah amani(dia ni comel sangat). So, aku layan terus cerita ni. Mungkin sebab aku pun gemok kann. So tajuk dia macam memanggil-manggil je.

Tadi mase episode dua tengah syok tengok tetibe tv terpadam pulak dah sebab hujan. Jenuh aku menunggu sampai hujan reda. Tapi last2 dah pukul 8 still tv tak dapat tengok. Terus aku melantak nasi seround sebab bengang. Bile cerita tu dah habis baru lah tv dah okey balik. Hampeh betul. Aku terus layan cerita kampung boy je sambil melantak..

Tadi cepat2 aku cari kalau-kalau dah keluar dekat online. Yess dah ade. Syok. Sherry memang pandai berlakon. Confident level dia sangat tinggi. Aku tak macam dia. Aku orang baru kata aku gemok macam dugong je aku dah sentap pastu nangis dalam bilik air. Serious okeyh. Apahal orang suka menghina?

Aku rase kalau berlakon je bolehlah ade orang nak dengan orang gemok ni... Tapi bile reality ade ke? Kalau ade pun mesti tak banyak. 

Orang tengok kita pun macam kita (aku yang gemok ni) ni kacau keturunan dia je. Siap cakap dekat aku orang gemok tak boleh bergaya. Masalahnya bila masa pulak aku nak bergaya? Heyyy dulu gua kurus hokeyh! Paling aku selalu kecik hati bila aku nak lalu je orang akan pandang/ usha slek je dekat aku yelah aku kan gemok diorang takut aku makan ruang laluan kot. Mula-mula aku pikir perasaan aku je, tapi bila aku tengok betol2 memang diorang gelakkan aku. Uhukuhuk. Hashtag: #Siskuat #sistabah #sisbenganglahjugak

Emotional aku tengok cerita ni sebab yang kurus cantik pun kena tinggal dengan balak (boyfriend) dia jugak. Apehal konghajo sangat ni? Okeyh malas nak emo sambil tulis entry. Korang kena layan jugak cerita ni. 



Sinopsis cerita cinta 100kg:
Bila hati sudah jatuh cinta, rupa paras pulak yang dipersalahkan. Wati baru putus dengan teman lelakinya Faliq yang lebih inginkan wanita cantik. Dian pula iri hati melihat kawan-kawan teman lelakinya, Khairul, bersama barisan pramugari yang jauh lebih kurus. Macam-macam ragam yang terjadi diantara mereka ni.

Pelakon cerita cinta 100kg:
Sherry Alhadad sebagai Dian
Sharifah Amani sebagai Wati
Fezrul Khan sebagai Khairul
Ungku Hariz sebagai Zain
Ruzana Ibrahim sebagai Rozie
Cristina Suzanne sebagai Julia
Putri Hanan Shahidah sebagai Dian
Safia Hanifah sebagai Tina
Ramai lagi lah...

Waktu Siaran:
Hari Jumaat, Sabtu, Ahad
Pukul 7.00 Petang
Tv3

Korang layan tak cerita ni? Jom layan sama-sama. 

4 comments:

  1. Baru jak tengok cerita ni petang tadi :) apa2 pun yakin dengan diri kita sendiri!

    ReplyDelete
  2. takpe sis, stay strong, a bit of weight buat people nampak cute and you're no exception ;)

    ReplyDelete
  3. Chubby is cute !
    Yakin dengan diri sendiri tau :)

    ReplyDelete
  4. saya suka cerita ni! serious.. follow sampai sekarang.. minggu ni minggu akhir dah...
    sedih cerita ni dah nak abis...

    ReplyDelete