Thursday, 3 March 2016

Barang yang perlu dibawa ke UiTM Part II

Assalamualaikum and Hai.

Ekceli aku macam malu nak buat entry ni. Sebabnya macm aku pernah cakap sebelum ni, aku setiap kali nak masuk sem mesti aku akan buat senarai barangan nak bawak balik masuk semester. Tapi ade yang email aku kata "akak boleh tak nak senarai barangan nak masuk uni". Alamak saya lambat buat entry rasenye mesti awak dah masuk uni pun. Tak apelah saya update jugak dekat sini. :)

Tak kesahlah anda bakal masuk uni mana sekalipun. Samada UiTM ke, Uni lain ke, Politeknik ke, Matriks ke, kolej ape2 jelah. Mostly sama jer. Yang pasti aku nak kongsikan barangan yang memang perlu dan gedik-gedik perlukan bende tu mase korang balik/masuk Uni nanti. (Result saya bukan hebat pun. Cukup-cukup jerr).

Kalau macam keadaan aku sekarang yang lebih mudah sebab aku buat degree dekat UiTM Puncak yang perjalanan rumah ke puncak dalam kurang sejam macam tu, so aku masuk semester bawak sikit balik kang berlambak. Tapi mase aku diploma dekat Kedah barangan aku masuk semester penuh, balik dari semester lagi bertambah penuh. Jadi, aku rasa korang bolehlah compare checklist barangan aku dengan barangan korang. Kalini aku buat jenis checklist terus untuk korang senang.

Checklist barangan yang perlu dibawak ke uitm
Aku start dari yang paling utama:
PALING PENTING:

Barang-barang macam ni memang barang yang utama korang kena sediakan sebelum korang pikir barangan lain. Sebabnya tak ada barangan ni korang tak boleh nak daftar universiti dengan sah selain bayaran yuran. 

Tapi kalau ade tertinggal biasanya diorang akan bagi masa untuk korang sediakan. Tak ada lah nanti korang suruh mak pak korang patah balik hantar barang tu sebab korang terlupa bawak. Dah mak pak korang duduk perlis, korang belajar dekat johore. Dah semata dia patah balik banyak kali hanya kerana sekeping kertas. Tak payah macam tu sekali ye. Nanti pihak uni akan bagi masa untuk korang sediakan. Jangan risau dan gelisah. Relax beb.

Biasanya barangan penting ni diorang dah tulis seksiap dalam borang supaya korang tak lupa. So korang kena baca betul-betul.

  1. Kad Pengenalan Original.
  2. Surat Tawaran ke UiTM.
  3. Gambar berukuran pasport. (buat banyak-banyak)
  4. Salinan photostat ic korang, parents/penjaga. (mesti disahkan benar seperti salinan asal)
  5. Laporan kesihatan 
  6. Dokumen-dokumen yang diminta oleh pihak uni
  7. Sijil SPM original 
  8. Kad ATM 
  9. Dokumen PTPTN/Biasiswa (bagi yang dah mohon awal-awal)

KEPERLUAN DIRI / PERIBADI / SETEMPAT

Keperluan diri ni, lebih kepada peribadi punye barangan. Kalau nak ke kelas, boleh je pakai baku biasa maksud aku bukanlah hari-hari baju kurung. Hari formal ialah hari isnin dan sesetengah uni hari jumaat perempuan kena pakai baju kurung/jubah. Asalkan korang ikut sahsiah rupa diri pun dah memadai. Jangan ketat sebab kalau ikut pengalaman dekat uitm kedah dulu diorang selalu halau balik bilik tukar atau saman terus

Kalau tanya aku berapa banyak nak bawak tu aku tak berani letak berapa banyak sebabnya ikut orang jugak. Kalau korang jenis rajin basuh baju selalu, pakaian korang bawak tu tak perlu banyak. Tapi untuk yang jenis basuh baju seminggu sekali, kena bawak banyak baju. Okeyh?
  1. Pakaian dalam (ikut suka hati banyak mana).
  2. Tuala mandi.
  3. Baju basahan untuk buat tidur.
  4. Seluar basahan untuk tidur.
  5. Baju lengan panjang putih untuk kokurikulum (sebab awal masuk baju tak dapat lagi).
  6. Baju kurung/ jubah (perempuan/siswi).
  7. Baju melayu (lelaki/siswa).
  8. Blouse / tshirt lengan panjang.
  9. Tshirt berkolar (lelaki/siswa).
  10. Baju kemeja (lelaki/siswa).
  11. Sweater.
  12. Seluar slack.
  13. Seluar jeans.
  14. Seluar sukan.
  15. Kain Pelekat/kain batik.
  16. Kasut ke kelas, sport shoes, kasut bertutup.
  17. Tudung / songkok.
  18. Serkup.
  19. Brooch.
  20. Stokin kaki.
  21. Stokin lengan.
  22. Tie (lelaki/siswa).
  23. Tali pinggang.
  24. Telekung (perempuan/siswi).
  25. Sejadah.
  26. Al-Quran / yassin
  27. Pad (kotex ke, ape2lah).
  28. Cadar dan sarung bantal.
  29. Bantal.
  30. Selimut.
  31. Pad lock.

ALATAN MANDIAN / TOILETRIES / KEBERSIHAN DIRI
Alatan untuk mandi ni, bergantung juga pada keperluan korang. Mase korang mandi korang pakai tak bende alah tu. Macam dekat uitm kedah dulu bilik air dekat luar bilik so, kena pakai selipar jalan dari bilik ke bilik air. Kena angkut alatan mandi tiap kali nak mandi. Kalau dekat puncak perdana ni dia konsep rumah so, dia punye toilet dalam rumah. Barangan mandi aku letak dalam bakul dan letak dekat bilik air.
  1. Bakul lubang-lubang nak letak barangan mandian.
  2. Baldi.
  3. Gayung.
  4. Selipar jamban.
  5. Shower sponge.
  6. Sikat shampoo.
  7. Sabun badan.
  8. Shampoo.
  9. Scrub badan.
  10. Pencuci muka.
  11. Mouth wash.
  12. Berus gigi.
  13. Ubat gigi.
  14. Cotton buds.
  15. Sikat rambut.
  16. Tisu
  17. Ketip kuku.

ALATAN MENCUCI / DOBI

Alatan mencuci ni pulak kalau korang jenis cuci tangan, korang kenalah sediakan bende alah untuk cuci baju pakai tangan. Kalau pakai machine lain pulak. Tapi aku biasenye sediakan je. Sebab kadang-kadang kalau washer rosak/ tak ada elektrik, nak atau tak aku kena cuci baju aku pakai tangan. So, sediakan sahaja. Lain pulak kalau korang nak hantar dobi dekat luar kampus. Tu lain cerita lagi kalau jenis mak pak mai amek baju kotor dan hantarkan baju bersih. 

Kalau korang jenis lipat baju, korang bawaklah hanger tu cukup-cukup untuk jemuran sahaja. Kalau jenis macam aku, semua pakaian aku bergantung dan aku tak lipat baju. So, aku perlukan hanger yang banyak.
  1. Sabun pakaian.
  2. Pelembut pakaian.
  3. Berus pakaian.
  4. Bakul baju kotor / guna baldi tadi pun tak ape.
  5. Hanger ( tolong bawak dengan kuantiti yang banyak).
  6. Penyepit pakaian.
  7. Seterika.
  8. Ironing board (kalau nak gosok atas meja study pun boleh alaslah dengan apa-apa)

PERALATAN MAKAN / MAKANAN RINGAN / KUNYAH-KUNYAH
Kalau dekat kedah dulu aku selalu kelaparan bila tengah buat assignment. So, stok makanan amat penting untuk aku. Paling-paling kena ada untuk sarapan sebelum nak ke kelas. Kadang-kadang kita tak sempat nak pergi beli dahulu sebelum nak ke kelas. At least kena alas sikit perut. So, kenalah ada alatan nak digunakan. Kenalah ada cawan nak minum air, sudu nak bancuh air dan lain-lain.
  1. Biskut / roti.
  2. Kismis.
  3. Maggi.
  4. Minuman 3 in 1.
  5. Pinggan.
  6. Cawan.
  7. Sudu.
  8. Garfu.
  9. Mangkuk.
  10. Heater (nak masak air).

ELECTRONIC DEVICE / ALATAN PENTING

Senang cakap barangan ni barangan yang  mahal dan amat perlu dijaga dengan rapi. Sebab tu kena bawak pad lock untuk kunci lemari korang tu. 
  1. Laptop.
  2. Printer (kalau korang rase korang sangat perlukannya).
  3. Hand phone.
  4. Pendrive.
  5. Hard disk(kalau nak simpan bende banyak2)
  6. Charger Laptop.
  7. Charger phone. 
  8. Kamera (kalau perlu).
  9. Charger kamera.
  10. Extention wire ( bagi aku, korang sangat-sangat memerlukannya).
  11. Mouse, speaker dan barangan accessories komputer kalau korang rasa nak pakai).

ALAT TULIS / BARANGAN KE KELAS

Barang-barang yang akan korang hangkut untuk ke kelas dan barangan yang disimpankan dalam bilik. Barang ke kelas tu tak payahlah nak bawak segala bende sampai berat-berat beg korang tapi tak pakai je nak buat ape. Kalau korang ada alatan lain korang bawak je lah.
  1. Pen.
  2. Pencil box.
  3. Pencil.
  4. Tali kad matriks (mase orientasi pihak uni ada bagi tapi tak se-vogue yang korang sangkakan)
  5. Pemadam.
  6. Liquid.
  7. Pembaris.
  8. Highlight bewarna.
  9. Pencil warna.
  10. Alatan mewarna lain ( untuk students art dan lukisan ke yang gunalah).
  11. Fail.
  12. Testpad.
  13. Buku nota.
  14. Kertas A4.
  15. Beg ke kelas.

LAIN-LAIN

Barangan lain yang perlu ada jugak untuk korang gunakan. Tapi mana korang rasa macam tak payah tu tak payahlah korang bawak. 
  1. Tong sampah.
  2. Plastik sampah.
  3. Sabun cuci  pinggan dan sponge.
  4. Kipas (jenis tak tahan panas macam aku)
  5. Beg jalan-jalan.
  6. Penyapu dan penyodok.
  7. Jam loceng / jam tangan / jam dinding.
  8. Penggantung barangan.
  9. Kalendar.
  10. Ubat-ubatan.
  11. Pewangi bilik.
  12. Pengelap kaki.
  13. Kain pengelap (kain buruk).
  14. Surat Khabar lama.

Ini sahaja setakat aku teringat apa yang wajib aku bawakkan setiap semester. Kalau buku rujukan tu mostly beli dekat koperasi buku atau dekat lecturer. Nak jimat beli dekat senior je. Tengok checklist macam nak pindah rumah. Tapi memang pindah pun. Kita nak duduk lama dan opkos kita nak selesa. 

Aku harap aku dapat membantu korang untuk masuk/ balik uni. Masuk asrama pun boleh guna checklist ni. Kalau ada kurang korang tambahkanlah. Kalau terlebih buangkan aje. Copy dan paste dalam word edit mana perlu dan print. Senang kan. 

 Hanger kena banyak.

 Bukti aku sangkut kesemua baju aku. Haha

 Snap mase dekat KL.

Gambar semester lepas. Sem ni pun aku pakai cadar sama je.  

 Ubat- ubatan. 

Alat tulis yang penting.

Harap dapat membantu. :)

Bye. Peace.

13 comments:

  1. salam rindu pulak zaman uitm..

    loker kecik heheheh .. stok makanan wajib tu ppenuh atas loker

    ReplyDelete
  2. hanger tu kan, awal awal banyak lepastu dh makin sikit, hahaha

    ReplyDelete
  3. sangat membantuuuuu....nanti nak packing akan datang blog niiii wuuuuu Thanks awaaaa

    ReplyDelete
  4. hahahasy xbyak bawa barang sbb rumah bole ulang alik gi U,, yg paling penting stok maggie haha

    ReplyDelete
  5. Tetiba teringat pengalaman masa mengemas barang nk masuk U last year. Rindu pulak

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, tudung boleh pakai warna apa2 ye semasa MDS? kecuali masa tamat MDS je kena pakai tudung yg diberi kan? harap sgt akk balas :)

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Hi sis, nak tanya.. mula2 pergi Uni tu mmg kena bwk laptop ke? Kalau tak bwk dlu takpe?

    ReplyDelete