Saturday, 19 March 2016

Aeon Mall Shah Alam.

Assalamualaikum. 

Korang dah pernah pergi aeon mall shah alam. Sebelum ni duduk dekat puncak ni tempat berjalan hanyalah giant. Kalau tak pun dekat space u8, tesco. Paling best sikit setia city mall dengan sunway pyramid. Tapi jauh sikit lah. 

Tapi khamis ritu 10hb march aeon shah alam dekat seksyen 13 tu dah bukak. Tapi kitorang pergi dah seminggu dah bukak aeon ni. Tapi banyak lagi kedai yang tak bukak. Kiranya ada port barulah untuk dak-dak puncak perdana dengan dak msu nak keluar beli barang lepas ni.

Bagi aku aeon mall ni lebih kepada kedai-kedai luar berbanding aeon tu sendiri. Selalunya aku kalau pergi aeon/ jusco mesti akan pergi cari kedai yang jusco punye dulu. Tapi dekat sini tak. Kedai pasaraya jusco tu dekat mana pun aku tak tahu. Hahahaha

Besar jugaklah aeon ni. Tapi tak lah sebesar setia city. Tapi penat jugaklah berjalan. 

Aku rasa yang dekat aeon mall ni best jugak sebab selesa. Cuma masa aku pergi ni punye ramai orang padahal bukannya hujung minggu pun. Kalau hujung minggu lagi ramai orang sampai jem jalan nak lalu kawasan sebelah aeon mall ni. Terpaksa aku pusing kawasan stadium yang dekat dengan burger king tu.  Mungkin sebab baru lagi kot. 

Ade toilet yang selesa. Surau pun ade tau. 


Banyak kedai tak bukak lagi masa aku pergi ni. Tapi rasanya sekarang dah banyak bukak kot.  

Untuk kedai ada 3 tingkat.  



Ada seoul garden wohooo.. banyak gak kedai makan tapi mesti susah nak decide makan mana. Hahaha biasalah. Nak makan mana? kat mulut! 



DINO ni omeyy angattt 

Uniqlo pun ade jugak 



Lawa kan bila waktu malam dah macam ioi city mall. 

Tu jelah kisah jenjalan aku dekat aeon mall. Bye. 

No comments:

Post a Comment