Saturday, 27 February 2016

Persiapan Nak Balik Sekolah

Ekceli persiapan nak balik uitm puncak perdana. 
Aku tulis sekolah sebab nenek aku selalu sebut sekolah.
Yelah universiti pun sekolah jugak. Tempat menuntut ilmu tu kan sekolah. 

Kalau nenek tanya
"Nak balik sekolah dah ke?"
"aah nak balik sekolah hari ahad ni."
Dapat lah sikit duit belanja. Alhamdulillah. 

Tinggal sehari je lagi nak balik semula ke puncak untuk memasuki semester enam. Ekceli aku balik ahad iaitu esok. Selepas puas melepak dekat rumah. Alah tak ade ape interesting sangat pun cuti semester aku. Cuma yang seronoknya jalan-jalan dekat melaka haritu dengan ira dan ros.. Aku rasa tu je lah yang best.

Yang lain-lain aktiviti aku cuma kena marah je. Insomnia aku tak pulih lagi.
Yelah bende macam ni sape je akan memahami diri kau. Waktu tidur kau terbalik dengan orang lain. So, bila orang tengah berjaga dan kau pulak tidur orang akan cop kau pemalas. Padahal orang tu tak nampak waktu dia tidur kita ada buat kerja lain. Mentaliti. 

Nak balik kolej ni, aku harap aku tak terbabas tidur nak pergi kelas sebab hampir dua bulan jugaklah aku duduk rumah ni dan menikmati insomnia aku. Kalau aku tak menahan memang aku terus telan ubat doktor bagi. Selalunya memang aku dah stand by seksiap dalam wallet, dalam beg dan lain-lain. 

Alhamdulillah segala persiapan untuk aku pulang ke puncak untuk menyambung semester aku dah berjaya sediakan. Kebanyakannya aku baru beli tadi. lepas balik dari rumah pak cik sedara aku buat aqiqah cucu dia(nanti aku story) terus mama ajak pergi beli barang. Alah aku beli sikit jerr.

Kalau ada sikit-sikit terlupa tu tak ape lah nanti hujung minggu aku balik. Cuma aku tak kemaskan lagi. Aku tak ada mood lah. Bukan banyak barang nak kena beli cuma barang yang aku rase memang perlu sebagai pelajar je. Macam toner printer. Kang memalam ade je assignment lah, borang itu inilah nak di print, potostat, scan. Kasut kena ade sebab memang setiap hujung sem kasut aku akan menghaus tak pun putus.

Macam baju-baju aku just rotate baju sama je setiap semester. Biarlah ade yang tegur kata baju aku pakai asyik baju sama. Itu maksudnya badan aku maintain je gemoknya. Tak makin gemok tak kurus-kurus. Hahaha
Antara senarai keperluan barang yang aku sediakan untuk balik ke Puncak.

Barang-barang lama aku macam bekas pensel, pensel, gunting, dan botol air (ade retak sikit dekat atas dia tapi okey lagi aku rase) yang still boleh digunakan lagi tu memang aku gunakan. Jadi, aku amalkan budaya berjimat-cermat. Aku dah lama tak meniaga. Jadi pendapatan aku sangat terhad. Tak ade macam dulu dah hujung bulan aku lah wanita paling bahagia sebab ade pendapatan sendiri atas usaha sendiri. Sekarang nonHado!

Ink printer jenis cartridge. Bewarna dan hitam. Aku memang guna yang cartridge sebab aku tak reti nak enjet2 dakwat ni kang salah enjet habis rosak terus printer. Aku beli hitam yang saiz XL tapi warna aku beli yang biasa je sebab tak ckup bajet. Warna punye kalau XL dah rm148. Fuhhh.

Kasut untuk ke kelas. Paling-paling kena ada dalam 3 pasang. Sebabnya kasut nak pergi kelas lain, presentation lain dan pergi research lain. Aku tak pakai heals pergi kelas sebab tu aku kena asingkan dengan kasut presentation. Presentation selalunya aku pakai yang ada heals sikit.

Alat tulis. Aku beli sebatang pen yang ada banyak warna haha senang sikit aku nak buat note. Pemadam sepeket terus ada dua (senang sikit sebab pemadam aku suka hilang). Sebuah buku nota (aku humban semua subject dalam tu jer). Dan liquid paper pun beli sepeket ada dua. Lain-lain aku pakai mana ade jerr.

Untuk stok makanan aku sediakan sikit je sebab aku kan nak balik hujung minggu ni. Harap dapatlah balik. Lepas tu bolehlah aku top up lagi stok makanan. 

Pendrive yang sentiasa kena ada dalam pensel case especially masa awal-awal sem ni kalau lect nak bagi notes or assignment senang kan. Ni pendrive lama dah sejak diploma lagi

Selain itu yang tiada dalam gambar, barang yang aku sediakan ialah  baldi, hanger, bakul baju kotor, bantal, cadar, ubat gigi, berus gigi, sabun badan, sabun baju, pencuci lantai, Air mineral sekotak haish ubat aku je dah satu beg ape lagi erk?

Oke, aku rasa tu je persiapan aku untuk masuk semester ni. Nampak macam tak banyak tapi bila bawak balik punye berlambak.. 

Okeylah aku nak sambung mengemas. Aku baru nak kemas sebenarnya ni. Saje update entry dulu. Esok nak balik puncak dah.. Sedihnya rasa lahaiii

6 comments:

  1. Stok makanan tuuu. Bagusnya bawak dari rumah. Saya pegi asrama, barulaa trhegeh2 nak beli. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. sebab kalau dekat kolej baru beli nanti kena pakai duit sendiri ehhehe

      Delete
  2. Walawehh dah siap dahh persiapan nak balik puncakk. Saya punya tak shopping/siap pape kelengkapan lagi nii. Haha #malasnakbalikpuncak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha alasan nak balik lambat lah tu hehehe

      Delete
  3. Bila sebut sekolah rasalah muda sikit .. Hoho ... Sama, selalu setiap sem kena tukar kasut dan makanan tuuhh benda wajib .. Haha

    ReplyDelete