Thursday, 25 February 2016

Hari yang Busy

Hari ni merupakan hari yang busy bagi aku. Malam tadi aku sibuk download kesemua bil-bil, yuran kolej, yuran pengajian untuk nak dibayar pada hari ini. Disebabkan printer aku tak ade dakwat, maka aku kenalah simpan dalam pendrive je esok pergi print dekat kedai je. 

Benonya aku dah bangun ingat nak pergi pagi pukul sembilan macam tu. Tapi aku cuba bukak student portal untuk settlekan daftar kos tapi still tak boleh lagi untuk corse aku. So, aku bantai tido je balik sebab takot kang aku dekat luar sibuk-sibuk kawan call kata dah boleh daftar. 

Tapi pukul 10 pagi tu aku dah turun bawah nak siap-siap tapi dalam pukul 11 lebih tu abah kata nanti baru dia amek duit. Dalam pukul 12 lebih macam tu baru aku ikot abah pergi ambek duit tapi aku naik keta lain-lain senang nanti aku boleh terus gerak sendiri.

Masa ni aku asyik dok refresh student portal je sebab takut terlepas untuk daftar course. Nasib baik aku sempat daftar kelas. Kawan aku ada yang tak sempat. Mana taknya student punye ramai tapi bukak kuota sikit je. Tak adil betol. Kesian dak2 post dip ni. Dah lah kelas kami kene kidnap dengan dak post2 lain. Sedih tau. 



Lepas tu aku terus gerak ke bangi untuk pergi bank islam.

Aku ke bank islam ni nak kena settle kan yuran pengajian dengan yuran kolej penginapan. 

Lepas settle je dekat bank islam, sekejap je pun sebab time aku pergi ni memang best sebab tak ramai orang.  Aku terus gerak ke alamanda untuk settlekan bil-bil rumah. 

Mase ni memang aku dah jadi tak keruan sebab kawan aku dok kata dah boleh isi untuk lagi satu subjek, aku tengah2 drive boleh register course okeyh sebab takut penuh punye pasal. 

Sampai je dekat alamanda aku terus ke TM point bayar bil-bil TM  sekejap je sebab tak ada orang pun. aku pun tak payah ambil nombor terus pergi kaunter je. Macam ni lah aku suka. Terus-terus aku naik atas untuk settlekan bil celcom. Dan nasib tak baik. Punye ramai orang. 

Nampak syok kan no aku lagi 5 orang. Tapi jangan tertipu okeyhh. Punyelah lama aku tunggu. Celcom kan ada banyak no untuk urusan lain-lain. No aku ni start dari no 5. 

Mula-mula diorang bukak tiga kaunter. 

Lepas tu orang makin ramai dia bantai bukak 2 kaunter je.

Hokalah boleh pulak macam tu. Aku menunggu satu jam lebih hokeyh daripada 2 . 44 yang ditulis dalam tiket tu, dah pukul 3.50 macam tu baru no aku dipanggil. Naik bosan aku menunggu. Yelah dah lah bateri henpon aku dah nak habis waktu ni. Kalau tak boleh la jugak aku stalk2 sana sini.

Dah lah mase awal-awal tu perempuan yang jaga depan pintu tu sombong kemain cakap dengan aku sebab aku tak nak bayar pakai  machine. Yelah mana tak nya, aku nak bayar banyak then aku mana ade duit kecik. Kalau pakai machine tu dia tak bagi duit baki. Kalau korang nak bayar rm 47 ringgit, tapi korang masukkan rm 50, machine tu akan tulis kau bayar rm50 bukan rm47 sebab dia memang tak bagi baki. Duit bapak aku bagi cukup-cukup je untuk aku bayar bil ikut harga bil. 

Eh lagi pun suka aku lah kan, aku kan pelanggan. Konghasam betul. Dia nak perli-perli aku pulak dia kata banyak mana banyak tu? Siap suruh aku amek nombor sendiri tekan sendiri. Sebelum ni aku pergi boleh je orang tu tekankan untuk aku. 

Aku syak kan, sebab aku pakai baju tshirt dengan seluar jeans. Tudung pulak tudung instant je. Alah yang sekali sarung tu. Stail mak cik- mak cik. Setakat nak pergi alamanda je pun. Bukan jauh dari rumah buat ape aku nak lawa kemain. Nak pergi bayar bil jerrr. 

Sebab ade satu mak cik ni gaya macam datin-datin, lawa lah kira. Elok je dia layan siap amekkan ic acik tu hantar dekat kaunter. Dekat aku tadi nonHado!  Masa nak kuar celcom tu aku dengar dia kene setepek dengan satu untie ni sebab dia tak menjawab soalan yang untie tu tanya. Mase tu aku gelak2 je tengok. Haha kejam aku.

Mungkin dia ingat aku ni dak-dak sekolah sebab mase keluar celcom, aku beratur nak beli air depan belakang aku adelah dak-dak sekolah yang baru balik sekolah lepak dekat alamanda. Lepas tu ade satu acik dengan anak dia. Diorang baru pindah aku rase sebab dia kata anak dia baru daftar sekolah tadi. Anak dia dok borak-borak lah dengan budak-budak tu then acik tu tnye sekolah mana? Tetibe acik tu tnye aku pulak sekolah mana? Aku terus mcm blur...
"Saya dah tak sekolah makcik." 
Acik tu terus "eh eh sorry2 saya ingat awak kawan-kawan diorang ni."

Dalam Hati ---> Punyelah gemok gedempol saya ni, ada rupa dak-dak sekolah ke.. Hehehe 

Lepas settle bil semua aku pergi cari barang sikit then terus drift balik rumah sebab dah nak pukul 5 petang. Takut nanti jammed pulak orang balik kerja. Balik tu aku mesej si paah ni sebab dia kata dia nak beli tiket nak balik jitra sebab akak dia nak menikah 29hb ni. Tarikh 4 tahun sekali memang banyak ong! Haaha

Sekali dia kata dia habis kelas pukul 7. So, di sebabkan henpon aku dah tak ada bateri, baik aku balik rumah dulu charge henpon. Pukul 6.30 macam tu baru aku gerak pergi ambek dia depan kelas terus. Malas aku nak tunggu dia dekat kolej dia. Kang dia nak tunggu bas lagi. Malas. 
Budak tengah usha harga tiket dengan waktu nak balik jitra. huhuhu

Alah orang tak ramai pun. Sekejap je dah settle beli tiket. Dekat TBS ni bagus. Bukak segala kaunter tak ade lah orang dok beratur je lama-lama. Dah macam sistem KLIA dah aku tengok siap amek nama kita smua kalau tiket hilang senang. Kalau lambat diorang akan announce nama kita.

Lepas habis beli tiket, aku ajak paah teman aku usha tudung untuk hakak aku sebab dia nak pakai pergi kerja. 

Then bawak dia ni p makan sebab dia lapaq katanya sebab makan pagi tadi ja.
Senyum-senyum syok lah tu dapat balik jitra. Baru masuk sem dah nak balik rumah. Oh ye, UiTM start lambat seminggu daripada UPM sebab tu paah dah balik kolej. 

"Hang ambek gambaq aku ka?"

Paah belanja aku air horlick tapi tk ade rase horlick pon. Rase susu pekat je lebih. 

Lepas makan, terus laju-laju hantar paah balik kolej dia then aku pun laju-laju balik rumah sebab dah pukul 9 lebih dah mase ni. Aku takut drive sensorang. Dekat merbok dulu pun aku bajet2 berani je. Hahaha. 

Ini bukan aku tadi. Ini gambar throwback. Saja nak upload dekat sini sebab rindu nak jalan-jalan. Aku tadi kemain selekeh dengan tudung sarung dah tersenget2 sebab jalan laju-laju. Hahaha

3 comments:

  1. Amvoi sombongnyaaa kakak lerja celcom tuuh .. Memilih , nak jenis mak datin jeeeee .. Uisshhh makanan tuuh sedap. Org jitra ? Perghhh org sekampung . haha .. Ikut dan jaa mgaku org sekampung ::p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bnyk naaauuuu typo .. Haha
      *amboi
      *kerja

      Delete
  2. kolagen banyak tu... tu yang mak cik tu tengok baya anak2nya.. hihi

    ReplyDelete